Thursday, February 18, 2016

SHEPHERD'S PIE IN POTATO SKIN







Shepherd's Pie pulak? Aritu Beef Pie!

Yup betul. Sejak dua menjak ni, selera Kjee dah beralih. Susah sangat nak makan nasi. Hanya terbuka selera kalau nampak makanan yang tidak ada kaitan dengan nasi. Justru, tiap hari Kjee google cari makanan yang boleh buat Kjee berselera.

Pagi tadi, tak payah susah-susah nak fikir. Tetiba Kjee nampak Shepherd's Pie In Potato Skin kat Newsfeed facebook . Orang mengantuk disorong bantal. Actually Shepherd's Pie versi biasa pun dah lama Kjee tak buat.

Kebetulan dalam gerobok ada lima biji Russet Potato yang dibeli Ahad lepas. Kjee tak ingat beli kentang tu untuk apa. Russet Potato yang berasal dari US, mempunyai kandungan kanji yang tinggi. Ada dijual kat banyak pasaraya besar sekarang.

Kentang tu harus digosok bersih dan dicuci tanpa merosakkan kulitnya. Cucuk-cucuk dengan garfu (ikut resipi dia kata 6 kali). Kemudian dilumur dengan minyak Zaiton dan disusun atas baking tray. Tabur sedikit garam dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan selama 50 minit. Suhu 250 darjah.














Selepas 20 minit balikkan sekali kentang itu. Ianya cukup masak kalau kulitnya nampak kering. Ambil garfu, dan cucuk. Kalau sudah masak, ia senang ditusuk.

Potong sedikit bahagian atasnya, keluarkan isi kentang guna sudu. Isi itu harus terus dilenyek masa panas-panas setelah letak sedikit butter, susu (Kjee guna susu cair dalam tin) dan sedikit garam serta lada hitam. Lenyek dan gaul rata. Tepikan.

Sementara menunggu kentang tu masak dalam oven, Kjee buat inti.






Resipi asal perlu 250gms minced beef. Kjee tak ada daging yang telah dicincang. So Kjee keluarkan daging batang pinang dan cincang. Dapat dalam 500gms. Ada kawan Kee guna daging burger. Perlu diingat, daging burger yang sudah diproses mengandungi lemak yang tinggi. Biasanya, kalau guna daging burger (ataupun daging cincang beku), Kjee akan rebus dulu daging tersebut setelah dihancur-hancurkan. Rebus lebih kurang 15 minit. Kemudian, tapis buang air itu. Cara itu, hampir keseluruhan lemak (yang tak elok) akan keluar. Pastu tumis macam biasa.

Kjee dadu dua labu bawang besar dan jugak 2 ulas bawang putih. Tumis guna minyak Zaiton dan sedikit butter hingga layu. Kemudian masukkan dua sudu besar tepung gandum. Goreng hingga tepung tu keperang-perangan. Kemudian masukkan daging dan goreng hingga daging kecut. Kemudian letak dua cawan air dan rendidih sehingga pekat.

Kjee letak dua beef cubes dan satu sudu besar lada hitam yang telah ditumbuk kasar-kasar. Masak lagi hingga daging lembut. Kalau masih tak lembut, letak air lagi. Masak hingga hampir kering kemudian masukkan 1½ cawan mixed vege.

Gaul hingga rata dan masak selama lebih kurang 10 minit. Dah masak, sejukkan. Oleh kerana Kjee letak dua beef cubes, sudah cukup rasa. Tak perlu letak garam.

Setelah kentang ditebuk dan dikeluarkan isinya, letak satu atau dua sudu inti ke dalam kentang berupa acuan itu hingga padat. Kemudian ambil mashed potato dan tutup bahagian atas kentang yang telah diletak inti. Boleh jugak dipaip guna nozzle.

Bakar dalam oven lebih kurang 15 minit atau sudah kelihatan keperang-perangan pada mashed potato.

Hidangkan ketika panas.

NOTA KAKI:
Shepherd's Pie versi ini boleh dibekukan setelah diletak mashed potato. Bila hendak makan, terus masukkan ke dalam oven dan bakar hingga garing.















1 comments:

adda syuhada said...

sedap plak nengoknya...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...