Pages

Thursday, February 11, 2016

WONTON? BUKAN WANTON? WHATEVER LAH








Ya betul. Kita main hentam sahaja sebut. Kejap Wantan, kejap Wanton. Rupa-rupanya sebutan sebenarnya ialah Wonton. Sungguh ni. Bekas wartawan ni dah tanya Cik Google. Hehehe.

Ini kejadian minggu lepas, masa Kjee tak sihat. Nadia tanya nak makan apa? Kjee geleng kepala. Apa pun tak menyelerakan. Kemudian Kjee teringat nak makan Wonton Dumplings Soup kat Restoran Yong Taufoo. Tapi Dr Ina Harlina dah warning jangan makan yang berminyak, pedas dan berempah.

Korang yang biasa makan Wonton Soup pasti tahu ia bergenang dengan minyak. Jadi, alternatifnya? Of course buat sendiri. Mujur Kjee memang sentiasa ada stok wonton wrappers dalam fridge. Beli kat Hero Market. Semua pasaraya dah ada jual. Kalau tak ada, buat sendiri. Resipi pun tolong google sendiri ya. Hehehe.

Aritu Kjee suruh Nadia beli udang halus putih. Plan nak guna untuk Chinese Fried Rice. Tapi akhirnya Kjee suruh dia keluarkan untuk buat inti Wonton Dumpling soup ni.

Resipinya korang KLIK SINI.

Kerana inti terlebih, Kjee pun buatlah Wonton goreng. Tapi ia serap minyak yang banyak. Kjee makan dua ketoi jer.





0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...