Pages

Wednesday, March 16, 2016

HIDANGAN RINGKAS FETTUCCINI CARBONARA






Apabila tekak sakit ekoran batuk berterusan, maka kena lupakan seketika makanan yang pedas-pedas. Kalau nak ikutkan selera tekak, masa demam ni sedap kalau hirup sup Tom Yam. Hari pertama Kjee demam aritu, Nadia belikan sup tersebut. Tapi lepas itu, tanggung sendirilah pedih perut dan tekak. Hehehe.

Apabila usia sudah over the hill, kata omputih atau dah melewati senja, apabila demam selsema batuk menyerang, proses baik pulih amik masa yang agak lama. Dulu tiga empat hari setelah telah antibiotik dah ok. Tapi sekarang makan masa lebih kurang dua minggu. Kena ulang dua kali ke klinik baru okay.

Oleh kerana dah banyak hari Kjee tak masak, hari ni Kjee gagahkan diri buat Fettuccine Carbonara. Tango Cafe yang hidangkan makanan sama yang sedap hanya sepelaung aje dari rumah Kjee. Tapi malangnya, tak ada sapa nak hangkut Kjee ke sana siang-siang ni.

Kjee buat versi orang sakit yang kurang berdaya. Kjee guna canned Mushroom Soup atau Sup Cendawan dalam tin. Kjee tak pernah guna jenis prego sebab was-was dengan product tu. Kejap kata halal kejap tak. So kata omputih, If In Doubt, Leave It Out. Hehehe.

Kjee memang lama dah plan nak buat carbonara ni guna Dory Fish. Tapi korang boleh letak apa sahaja baik ayam atau seafood.

Mula-mula sekali Kjee keluarkan sekeping Dory Fish beku, letak pada suhu bilik.

Kemudian Kjee celur broccoli (kalau suka) dengan sedikit garam. Tos dan tepikan. Ketuk 3 ulas bawang putih.









Masukkan sup cendawan ke dalam mangkuk. Sukat satu tin sama susu segar. Kacau susu bersama sup tadi sehingga sebati. Kemudian masukkan satu atau dua keping keju ceddar. Hancurkan dan biar seketika.

Didih air dan masak pasta fettuccini selama lebih kurang 15 minit. Letak garam secukup rasa serta sedikit minyak.

Pada masa sama Kjee tumis bawang putih guna sedikit minyak jagung. Jugak boleh campur sedikit butter. Apabila bawang sudah perang, susun ikan Dory yang telah dipotong empat keping dalam kuali bersama bawang. Goreng sehingga ikan itu garing di kedua-dua belah.

Kalau pasta sudah elok lembut, toskan airnya.

Masukkan sup cendawan yang telah dicampur susu segar dan cheese ke dalam kuali berisi ikan Dory tadi. Masak guna api perlahan sehingga mendidih. Tabur sedikit lada hitam yang ditumbuk kasar.

Curah sos tadi keatas pasta. Kemudian suduh kepingan ikan Dory serta Broccoli. Jugak taburkan sedikit hirisan daun parsley Inggeris. Makan sebaik sahaja dihidangkan.

Ikan Dory mudah didapati dalam bentuk beku di mana-mana pasaraya besar. Boleh guna spaghetti, macaroni atau apa jua pasta untuk resipi ini.





0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...