Tuesday, March 29, 2016

JEM NENAS UNTUK BUAT TART






Selalu Kjee beli yang dah siap kat kedai jual barang-barang bakeri. Tapi masa singgah kat Sri Ternak, Ahad lepas, nampak pulak nenas. Kecik-kecik jer. Sebiji RM2. Kira murah lah. Kalau musim nak Raya, dijual lebih kurang RM4 sebiji!

Kjee rembat 3 biji nak buat jem tart nenas Nyonya. Lama dah tak buat.

Masa beli masih kehijau-hijauan. Simpan dua hari dah masak. So Kjee cepat-cepat kupas pagi tadi takut busuk lah pulak.

Selepas dibuang kulitnya, Kjee belah empat, buang empulurnya dan masuk dalam food processor. Trrr tanpa air sehingga halus. Kalau korang nak sagat pun bolehlah. Tak ada beza pun.

Kjee masukkan ke dalam periuk, letak 1 kayu manis dan jerang atas api sederhana. Kena jaga takut hangus. Masak hingga ¾ kering. Kemudian baru letak gula. Letak gula ikut suka tapi tangan terlalu banyak. Letak sikit dulu kemudian rasa. Kalau tak cukup baru tambah.













Kjee buat kaedah masak hingga hampir kering baru letak gula supaya jem tak mudah hangit. Dah lama Kjee buat cara ini dan alhamdullilah ok. Tapi tak bolehlah tinggalkannya atas dapur. Kena jaga selalu.

Kjee jugak letak sedikit pewarna kuning telor (egg yellow) nak bagi terang sikit kalernya. Kalau korang tak nak letak, tak kesah.

Kjee jugak letak sedikit butter (dalam 1 ketoi kecik) ke dalam jem yang hampir masak untuk nampakkan ia cantik berkilat.

Sejukkan di dalam peti ais. Dah sejuk, korang keluarkan dan gentel sebesar mana yang korang suka. Pastu susun elok-elok dalam bekas dan letak balik dalam peti ais sehingga digunakan.

Esok atau lusa, kalau sihat Kjee buat Tart Nenas Nyonya.







5 comments:

  1. Nak tanya selepas proses air nenas kan banyak. Puan tak tapis kan . Saya buat pun mcam tu. Tetapi sangat lambat nak kering. Bila masak dia tak boleh bulatkan macam Puan buat. Sebab gula letak kemudian?

    ReplyDelete
  2. Banyak air mungkin sebab awak blend letak air. Kjee langsung tak letak air. Kalau terlalu banyak air, tapis air tu dan masak air itu hingga hampir kering. Kemudian masukkan hampas dan terus masak. Apabila sudah hampir nak kering, masa itulah baru letak gula. Sambung masak hingga kering. Masa ini jaga dan seringkali kacau untuk elak inti hangit. Penting untuk masak hingga kering supaya boleh digentel. Sejukkan betul-betul dalam peti ais, kemudian baru gentel dan masukkan kembali ke dalam peti ais sehingga sedia untuk digunakan. Kalau letak gula terlalu banyak, inti akan menjadi keras. Terlalu sedikit, inti menjadi lembik.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih akan saya cuba method ni.

    ReplyDelete
  4. Nak tya.. saya beli nenas yg dah siap tapi terlalu lembik tak boleh nak bentukkan.. bila isi dlm peti baru kita bulatkan.. adakah masa dah siap jd biskut nanti nenas pun akan lembik.. saya lebih suka kalau nenas tu keras..kalau saya tambah gula betul ke nenas tu akan jadi keras bila dimakan dengan biskut

    ReplyDelete