Sunday, March 6, 2016

PUDING MANGGA MANIS








Lama dah tak buat puding letak mangga ni. Apabila ternampak kat blog Sichuan China aritu, tetiba timbul keinginan nak buat. Lagipun, sekarang Kjee tengok dah ada orang jual mangga. Buah di awal musim, jadi tak lah elok sangat buahnya. Dan harga pun tak lah berapa nak murah.

Pagi tadi dah usher Nadia gi beli mangga manis kat lori berhampiran round-about AU2 Keramat. Semalam lalu kat situ, tak ada pulak jual. Ohhh mungkin abang tu cuti solat Jumaat. Tapi tadi nasib baik ada.

Kjee pilih empat biji Mangga Lemak Manis. RM10 sekilo. Tak manis menyegat macam Mangga Madu. Murah pulak Mangga Madu tu...cuma RM7 sekilo.

Dalam pantri ada satu peket agar-agar serbuk warna kuning. Resipi Sichuan China tu kata dua keping gelatin atau 10gms serbuk agar-agar.










Resipi asal guna 160ml susu segar dan 60ml krim. Tapi Kjee adjust. Kjee letak 200ml susu segar dan 100ml susu cair. Kenapa? Entahlah Kjee rasa kalau ikut sukatan cecair asal, puding tu jadi keras. Alhamdulillah Kjee ikut gerak hati sendiri.

Nadia tolong masukkan buah mangga (tanpa air) dalam Food Processor (blender pun okay). Trrrrr sampai halus. Katanya, dapat dalam lebih sedikit dua cawan mango puree.

Panaskan susu dengan lebih kurang ¼ cawan gula. Kjee guna gula perang atau soft brown sugar dan kurangkan 1 sudu besar. Letak jugak 10 grams serbuk agar-agar dan masak guna api sederhana sampai agar-agar larut.

Kemudian campurkan dengan mango puree tadi. Kacau sampai rata. Terus tuang ke dalam bekas kesukaan. Mangga itu harus diblend halus ya.

Kemudian hiaslah dengan mangga yang dipotong kecil-kecil. Sekejapan sahaja mengeras. Chill dalam peti ais.

Sedapnya apabila sudah sejuk. Terasa macam letak sugee. Nadia kata rasa macam Kesari (kuih sugee India). Hehehe





0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...