Friday, April 15, 2016

JAZZ JUICE, TARIKAN DI REST JAJA JAZZ

JALAN-JALAN CARI MAKAN



Terletak di Jalan 5/5 Wangsa Delima, Wangsa Maju 






Nak letak nama kena bagitau Jaja masa order. Hehehe



Selalunya kita minum jus buah-buahan yang sarat barat dengan rasa buah (bukan perisa ya) di hotel-hotel dan restoran 5 bintang sahaja. Tetapi dengan kreativiti Chef Jaja, kita sudah boleh menikmati jus buah yang nyaman dengan dengan harga mampu milik. Hehehe.

Memang tidak dinafikan, sekarang ni ramai merungut kalau order minuman di restoran. Kekadang harga tak masuk akal. Kjee pernah order Kopi O Ais di sebuah restoran di Taman Melawati. Harganya RM9.50! Kerana Nadia yang bayar, Kjee tak perasan harganya sehingga satu hari Kjee terjumpa resitnya. First and last lah you all!!

Anyway, Jaja ni memang terrer lah bab menggoda orang dengan jus yang sedap. Jus Asam Boi Limau Kasturi yang Kjee buat niaga dulu, resipi dia lah.

Dua minggu lepas Kjee singgah kat Jaja's Jazz House di Jalan Wangsa Delima 5, Wangsa Maju, Setapak.  Kalau Waze, gerenti sampai.  Dulu restoran ni terletak di Kampung Baru dengan nama Jazz House Steamboat. Dah niaga elok-elok dekat tiga tahun, rasanya, tuan tanah nak balik premis tu. Jadi, Chef Jaja pun berpindah ler ke tempat baru ni. Dah tak jual steamboat lagi tapi pelbagai juadah kampung untuk makan tengah hari. Dia orang start niaga kul 7 pagi, jual pelbagai jenis sarapan. Petang ada goreng-goreng, ada kuih muih juga. Selain tu, sahabat dia Juanna jual pelbagai jenis pasta, lasagna bagai. Adik Jaja, Zol pulak bukak kiosk jual pelbagai jenis smooties, ice blended dan kopi macam kat restoran Star Bucks.



Chef Jaja ditemubual untuk satu rancangan TV baru-baru ini



Masa Kjee pergi aritu, terkejut Kjee dihidangkan pelbagai jenis jus.

Chef Jaja bagi nama Jazz Juice. Ada jus tembikai yang dihidangkan dalam sebiji tembikai. Kalau customer request, siap boleh tulis nama kat situ. Personalised gitu. Sebiji tembikai itu boleh diminum dua orang! Harganya antara RM12 hingga RM14 ikut saiz. Kalau nak tambah laici, extra RM2 jer. Tapi memang berbaloilah. First time Kjee minum air tembikai macam tu. Terbaek. Jaja boleh jugak buat yang sama untuk buah Rock Melon dan jugak Nenas. Harga mengikut saiz buah pada harga pasaran.

Kalau tak nak minum dalam buah, Jaja juga hidangkan dalam gelas dengan hiasan yang comel. Ada pelbagai jenis jus termasuk Dragon Fruit. Kalau dalam gelas, harganya antara RM4.50 hingga RM5. Jusnya memang pekat dan sedap. Tak percaya, cubalah.

Alamat Jaja Jazz ialah di Jalan Wangsa Delima 5, Wangsa Maju, Setapak. Bukak tiap hari kecuali Sabtu dan  Ahad. Tapi kalau ada function misalnya, birthday, group makan-makan ker, maka Jaja kata dia akan buka. Boleh call/whatsapp Jaja  011-18944179.



Ini Abib, atau Syed Muhammad Gadaffi bos Jamu Mak Dara

Jija dan Bondanya (tauke Karipap Frozen)





Jus Nenas

Jus Rock Melon


Jus Belimbing

Jus Dragon Fruit



0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...