Tuesday, April 26, 2016

KERABU MANGGA DENGAN AYAM GORENG









Ini lunch Kjee tadi. Ratah begitu sahaja tanpa nasi. Bagi Kjee yang memang 'perut kecik', tersangatlah kenyang.  Sebenarnya, tak ada plan pun nak buat Kerabu Mangga Ayam Goreng ni. Awal pagi tadi Kjee ternampak dua biji mangga Siam dalam peti ais. Sejak akhir-akhir ni memang Kjee tak bernasib baik. Tiap kali beli, mesti terkena yang masam.

Apapun, sebelum ni Kjee curahkan aje serbuk Asam Boi kalau terlalu masam. Sekurang-kurangnya mangga tu taklah jadi habuan cik tong.

Sambil Kjee kupas kulit sebiji mangga tadi, Kjee terfikir pulak nak buat Kerabu Mangga. Wah kalau letak Ayam Goreng mesti sedap. Aritu Kjee buat letak ikan goreng Dory.

Kjee capai ayam dalam peti ais dan defrost dalam microwave selama 3 minit. Kemudian di cuci bersih-bersih, gauldengan kunyit dan garam. Perap seketika dalam peti ais.

Ricik mangga halus-halus. Kemudian mayang sebiji bawang Holland. Masa nak cari cili padi dalam peti ais, ternampak tomato. Kjee guna setengah biji bahagian yang tiada biji. Hiris. Campurkan dengan mangga. Kemudian Kjee ricik dua biji cili padi merah. Tak berani letak banyak-banyak sebab ia terlalu pedas.

Gaul sehingga rata. Kemudian letaklah gula lebih kurang 1 sudu besar. Terserahlah kalau korang nak letak lebih. Kemudian perah jus lemon atau limau nipis lebih kurang 1-2 sudu makan. Gaul lagi sampai mesra dan rasa. Tambahlah apa yang korang rasa kurang. Kalau nak sedikit masin, boleh letak kicap cair atau sos ikan atau nampla. Simpan seketika dalam petis ais.

Sementara itu goreng ayam hingga garing. Kemudian ayam dipotong-potong.

Letak Kerabu Mangga dalam piring dan bubuhlah ayam diatas kerabu. Harus dimakan segera kerana ayam goreng akan menjadi basah kalau dibiarkan terlalu lama atas kerabu. Hilang kerangupannya.

Sedap dimakan dengan nasi putih atau ratah begitu sahaja macam mokcik. Hehehe.




2 comments:

adda syuhada said...

tengok kerabu mangga tu..huhu

Amie said...

ngences saya dibuatnya kak jee....

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...