Sunday, April 24, 2016

KETAM SWEET SOUR BERLADA







Arwah Bonda kata kalau nak beli ketam mesti beli masa bulan gelap. Kalau bulan terang, nanti isinya tak padat. Kebetulan malam tadi bulan penuh 15 Rejab 1437. Jadi, isi ketam setelah dimasak, akan kosong, kalau ikut kata Arwah Bonda.

Tapi haruskah aku kena tunggu dua minggu lagi untuk masak ketam? Ohhh tidak. Dua minggu, 14 hari. Isyhhhhh lamanya!!! Dari semalam lagi dah kecur sangat apabila teringat Chili Crab.

So, macam biasa tanya frens kat FB. Alamak ada kata kalau nak beli ketam, elok bulan penuh! Seorang dua kata masa bulan gelap. Seorang lagi best. Dia kata, ala Kjee, timbang-timbang aje ketam tu dalam tangan, kalau berat, maknanya isinya penuhlah.

Hahaha kata-kata kawan tu tersangatlah logik. Seorang lagi pulak kata, Kjee terailah beli dan masak. Sekurang-kurangnya, dapatlah dipastikan samada betul tidak kata orang tua-tua beli ketam harus ketika bulan gelap.

Hmmm so pagi tadi lepas sarapan, Kjee dan UnclePali ke Hero Market. Semalam Kjee dah ternampak ketam yang berkilat-kilat. Tapi kerana asyik berkira-kira bulan terang bulan gelap, taklah beli. Hehehe. Tapi malangnya, ketam yang berkilat-kilat semalam udah tak ada yang berkilat-kilat. Tapi hari ni ada ketam Harimau.

Kjee disarankan beli ketam betina. Kjee pegang ketam berkilat yang warna biru tu. Semuanya ketam jantan! Beza antara ketam Harimau dan yang biru tu hanya dua tiga hengget jer. Ketam Harimau murah sikit (lebih kurang RM18 sekilo) tapi ada dua tiga ekor yang betina!!

Baru semalam Kjee belajar cara mengenali yang jantan dan yang betina. Bukan cara P Ramlee dalam Nujum Pak Belalang tau. Hehehe.






Kononnya yang betina ada telor yang digemari ramai. So sebab itu Kjee pilih ketam Harimau tadi. Ada kata ehhh ingatkan udang aje ada Harimau. Kjee pun baru tahu pagi ni. Tertulis kat situ Ketam Harimau. Tadi isinya setelah dimasak kasar sikit. UnclePali kata tak berapa fresh tapi Kjee rasa elok jer segarnya.

Kjee masak kali ini setelah Kjee google Singapore Chili Crabs. Sikit lebih kurang samalah dengan resipi yang Kjee buat selama ini. Bezanya cuma dia orang letak Tauchu. Selama ini Kjee makan, Kjee ingat dia orang letak petis atau otak udang! Entahlah. Tapi nasib tak baik, petis tak ada dalam fridge so Kjee ikutlah letak tauchu.

Nadia dah warning jangan buat pedas sangat sebab perut dia tak selesa sejak dua menjak ni. Jadi, untuk dua kilo ketam, Kjee letak lebih kurang 6 biji cili hidup, dua biji cili padi dan 2 sudu cili kering kisar. Kisar semua ini bersama 4 ulas bawang putih, 1 inci halia dan lebih kurang 2 sudu makan taucu. Kisar sampai halus.









Ketam tu setelah dibersih dan dicuci, Kjee celur dalam air panas (menutupi paras ketam) hingga tiga suku masak. Toskan dan simpan air rebusan itu.

Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar hingga garing. Kemudian masukkan air rebusan ketam tadi dan masak sehingga tinggal separuh sahaja kuah tersebut. Masukkan satu mangkuk sos cili, 2 sudu sos tomato, 1 kiub bilis, 2 sudu makan Hoisin Sauce atau  boleh digantikan dengan sos tiram. Kemudian masukkan ketam dan terus masak hingga mendidih.

Bancuh dua sudu besar tepung jagung bersama 4 sudu air. Besarkan api. Masukkan ke dalam kuali bersama ketam tadi dan kacau pantas-pantas sampai kuahnya pekat. Kemudian rasa. Kalau perlu letaklah kicap cair. Tapi Kjee tak letak sebab dah cukup rasa.

Kemudian pecahkan tiga biji telor, pukul manja-manja dan curah keatas ketam. Biar seketika kemudian kacau hingga rata. Padam api.

Kjee hidang bersama roti bakar. Kalau makan ketam, Nadia dan Kjee suka makan dengan roti bakar. Cicah roti dengan kuah. Sedapnya. Tapi tadi UnclePali lapar kot. Selain makan dengan roti, dia turut makan dengan sedikit nasi.

Itulah cara Kjee buat Chili Crabs. Ala-ala sweet sour gitu kan?

NOTA KAKI:
Tak pasti samada ianya kebetulan... tapi ketam yang Kjee beli tadi, penuh isinya. So Kjee rasa tak timbul pasal bulan mengambang atau gelap. Pilih ketam yang berat kalau nak isinya padat. Hehehe.
Ketuk-ketuk sepit ketam sebelum dicelur ya.




3 comments:

  1. assalam Kjee
    arwah bonda mertua saya dulu setiapkali masak lauk ketam dia ketuk2 penyepit ketam tu ngan lesung batu, supaya senang anak menantu cucu nak makan isi ketam tu. kjee saya tengok celur aje dulu ketam tu.. same effect ker? senang nak makan?

    ReplyDelete
  2. Wkmsalam innoza. Memang kena ketuk2 dulu sepitnya. Terlupa nak catat tadi. Ada banyak cara nak masak ketam resipi ni. Ada goreng separuh masak, ada celur dan ada masuk terus ketam ke dalam kuah. Tapi kena masak lama sikit. Tujuan dicelur ialah supaya air rebusan itu menjadikan kuah lebih manis. Wallahualam.

    ReplyDelete
  3. hari minggu lepas, adik belanje ketam..buat masak lemak cili api aje..die kirim kwn beli kat jeti pantai remis..murah..mmg bahagia la makan ketam banyak2.. isi pun mmg penuh.. puas hati kali ni..

    ReplyDelete