Monday, May 16, 2016

KERANA MU CIKGU...








Hari ini Hari Guru. Teachers Day.

Kjee cuba mengimbau kembali zaman Kjee bersekolah. Sekolah rendah di merata tempat. Pernah sekolah rendah di Peel Road Convent Kuala Lumpur, Kota Road Covent Taiping dan Sekolah Rendah Sultan Abdul Aziz, Teluk Intan yang dulu dikenali sebagai Teluk Anson.

Arwah bapak kerja di Pejabat Tanah. Justru dia seringkali mintak dipindahkan dari satu negeri ke negeri lain untuk menambah pengalaman. Anak-anak diheret dan jadilah mereka 'mangsa perpindahan' sekolah. Hehehe.

Masa sekolah menengah, Kjee berjaya menghabiskan di satu sekolah sahaja sebab bapak dah penat pindah randah iaitu SMK Air Panas Setapak dari 1968-1972. Pernah beberapa bulan budak-budak sekolah Air Panas tumpang sekejap kat Ampang Road Girls School sementara menunggu sekolah kami siap dibina. Pelik, masa tu Kjee tak perasan bakal suami (arwah bapak Nadia) belajar kat Ampang Road Boys School. Sekolah yang berjiran, tahun yang sama! Hehehe.

Anyway, Kjee kira pelajar pioneer lah kat Air Panas Girls School, Air Panas, Setapak. Dari 1968 - 1972. Opppppsss 1968 tahun UnclePali dilahirkan. Alamak. Hehehe.

Tak syok jadi penghuni pertama sekolah baru sebab masa P.E. (sekarang Pendidikan Jasmani), dikerah cabut duri kat padang. Kalau nakal, itu jugak antara denda. Hehehe.

Guru-guru masa tu yang menjadi favorite Kjee ialah Miss G Kumar (English Teacher), Puan Aishah (cikgu BM), Miss Lim (Art Teacher), Cik Zabedah (Home Science Teacher) dan... oppppsss tak ingat lagi. Maklumlah dah hampir 50 tahun berlalu!









Tadi tu guru favorite. Guru paling tak favorite, Mrs Ganalingham (Kjee call dia Mrs Naga sebab garang cam Naga hehehe), Guru Matematik yang tak suka langsung kat kita. Dia masuk kelas, Kjee dan beberapa pelajar lain kena keluar kelas! Betul ni sebab kami selalu gagal dalam mata pelajaran itu. Eh sepatutnya, kami bodoh, dia ajarlah kan? Tapi dia halau kami keluar.

So bila kena halau, kami (tak salah Kjee ada lima orang... seorang Melayu, seorang Cina, seorang India, seorang Benggali dan seorang Filipino), duduk kat tepi padang sekolah dan cabut duri. Hehehe. Muhibbah betul geng kami. Yang Filipino tu Fatima Villannueva, belajar kat sekolah kami sebab bapak dia kerja di satu syarikat minyak. So, satu famili dia jugak pindah randah ke seluruh Asia Tenggara sebab ikut bapak kerja. Now Kjee dengar dia kat Singapura. Kahwin dengan rakyat Singapura nama Green Traazil. Kjee cuba jejak tapi gagal.

Kalau nak tahu, sebelum Kjee kena halau dengan Mrs Naga sebab bodoh, ada kisah yang cukup ngeri! Satu hari dia panggil Kjee ke depan dan marah. Lepas marah, dia amik exercise book matematik Kjee dan lempar ke luar bilik darjah. Masa tu kelas kami kat tingkat 1. Lepas dia campak, dia suruh Kjee pergi angkat buku tu.

Nak tahu apa jadi apabila Kjee sampai kat bawah nak amik buku tu. Jeng jeng jeng masa buku tu melayang keluar, kebetulan Guru Besar Mrs HE David tengah lalu. Pelepuk buku tu jatuh depan dia! Masa Kjee sampai nak amik, Mrs David, dah pegang buku tu dan memberi isyarat satu jari ikut dia masuk pejabat dia!! Kena marah second time. Huhuhu. Lol.




With the late Miss Kumar



Guru favorite Kjee pulak ialah Ms Kumar, guru BI dan Puan Aishah guru BM. Dua-dua sayang kita babe! Tiap kali kita buat English Essay dalam kelas Miss Kumar atau Karangan dalam kelas Puan Aishah, Kjee akan dipanggil ke depan. Kenapa korang ketawa? Kau ingat Kjee kena marah? Oh tidak!! Kjee akan disuruh baca essay atau karangan di depan kelas. Kelazzz Jah gua punya Essay dan Karangan. Satu kelas tepuk tau! Mokcik punyalah bangga masa tu.

Justru kerana sayangkan Miss Kumar dan Puan Aishah, Kjee dapat A1 dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut! Pasal tu aku jadi wartawan kot. Terrer BI dan BM. Hahaha.

Mata pelajaran lain? Matematik? Kenapa korang sibuk nak tahu? Lol.

Baru-baru ni Kjee dengar Miss Kumar sudah dua tahun meninggal dunia. RIP Miss Kumar. Kjee seringkali terserempak dengan Miss Kumar dulu sebab kami tinggal dalam kejiranan yang sama. Tiap kali berjumpa dengan Miss Kumar, Kjee cium tangan dia dan dia peluk Kjee.

"I am so proud of you girl! You were my best student! And you're such a good journalist! Get your daughter to come and get English tuition from me." Ewah kembang mokcik dengar dia kata camtu. Dia ni suka cakap kuat-kuat. Orang yang lalu lalang kat situ pandang Kjee sambil senyum. Sampai ke sudah, Nadia tak pergi amik English Lessons from Miss Kumar. So sad kan!

Guru-guru lain Kjee tak berkesempatan untuk bertemu. So not much to write about them. Guru Besar Mrs David pun, Kjee dengar dah tak ada.

Itu sahajalah kenangan yang boleh Kjee coretkan pasal zaman sekolah Kjee bersama guru-guru.

Selamat Hari Guru semua guru-guru yang dicintai. Moga segala usaha cikgu mendidik anak bangsa akan mendapat dikenang anak murid sehingga akhir hayat mereka. Just like I did!

Baca entri INI. Sangat menyayat hati.








0 comments:

Post a Comment