Wednesday, May 11, 2016

SOS PASTA HALAL DARI JJc TIDAK LAMA LAGI, INSYA ALLAH




































Sejak akhir-akhir ni Kjee tengok semakin ramai yang sudah mula minat dengan spaghetti meatballs, bolognese, nachos, pizza, lasagna, baked macaroni dan semua pasta yang berkaitan dengan makanan dari Itali. Salah satu sebab kerana ianya mudah di sediakan ibu-ibu bekerja.

Dalam pada itu, ramai was-was dengan product sos untuk membuat makanan tersebut yang di import dari luar negara. Walaupun berasaskan tomato, namun jika tersilap beli, ada terselit satu atau dua bahan yang tidak halal.

Sekejap Kjee dengar ada yang kata halal product sos tomato dalam botol jenama popular itu, dan sekejap tak halal. Bagi ibu-ibu yang rajin macam mokcik, tentu boleh google cari resipi. Tetapi Kjee tahu ramai yang lebih mudah pergi supermarket dan beli saja botol off the shelves.

Setakat ini Kjee belum dengar lagi ada kilang bumiputra yang keluarkan sos tersebut. Tiada jawapan kenapa walaupun Kjee rasa sos ini antara tarikan kalau ianya halal.

Justru Kjee terkejut apabila kawan Kjee,  Juanna Rahman, beritahu semuanya ini bakal menjadi kenyataan setelah product nya melalui beberapa proses pengiktirafan dari MARDI sedikit masa lagi. Buat masa ini Juanna menjualnya secara online atau di kiosk nya. Setelah mendapat sijil MARDI barulah Juanna mengeluarkannya secara kommersil dan menjualnya di kedai-kedai runcit dan pasaraya.



Juanna Rahman 


Kjee kagum apabila Juanna mahu mengeluarkan product ini sendirian dengan modal yang boleh dikatakan terlalu kecil. Kalau dengar cerita pembabitan Juanna dalam bisnes makanan, mesti ramai yang tidak percaya dia sedang menjalani satu fasa besar dalam hidupnya.

"Saya bermula dari rumah, buat biskut Raya, terima tempahan untuk kek. Kemudian slowly terima tempahan utk Hi-tea.  Menu lebih cenderung kepada Western dish. Tapi local dish pun buat jugak. Dulu bekerja di office. Masa kerja pun berniaga dan terima tempahan. Bila sampai satu point, I decided to resign and fully concentrate on my biz. At the same time boleh habiskan masa bersama Mak dan Nayli. Masa tu (2012) saya sewa kedai di Section 2, Wangsa Maju untuk dijadikan dapur."

Sedikit demi sedikit ibu tunggal ini menapak. Dan pada bulan September 2006, lahirlah jenama JARIJEMARI crEATion atau JJc.







Semua makanan diatas boleh dihasilkan dari sos JJc


Apabila mula mendapat tempatan yang banyak, terutama sekali makanan berasaskan pasta, Juana baru terfikir untuk mengeluarkan sos tomato yang versatile. Yang boleh digunakan untuk bolognese, topping pizza, lasagna, baked macaroni, nachos dan meatballs.

"Pasta Sauce ni saya dah buat 3 tahun. Masa mula-mula masak periuk kecil jer. Sekarang ni periuk dah berkali-kali saiznya. Alhamdullilah permintaan meningkat dari semasa ke semasa.  Saya sedang dalam proses untuk memperluaskan pasaran PASTA SAUCE JJc.

Salah satu cara untuk memperkenalkan sos selain Facebook, IG, dan rakan-rakan, saya buka kiosk dengan menjual produk dari hasil Pasta Sauce JJc seperti  Lasagna, Baked Macaroni, Meatball dan Nachos. Alhamdullilah, sambutannya cukup memberangsangkan."



Baked Makaroni



Sekiranya semua berjalan lancar, Juanna berkata dia mahu product Pasta Sauce JJc dijual di semua pasaraya. Harga sebotol yang dijualnya sekarang ialah RM10. Bagi mereka yang berminat bolehlah hubungi Juanna di 0183207315. Juanna pun menerima tempahan makanan. Khabarnya yang paling meletop ialah Baked Macaroni (lihat foto).

Kjee, yang minat semua jenis pasta, memang sukalah semua food yang dihasilkan Juanna di kiosknya di Restoran Jaja Jazz, Jalan Wangsa Delima 5, Wangsa Maju, Setapak. Setiap kali ke sana, Kjee akan order Nachos, Meatballs, Baked Macaroni dan apa saja yang Juanna jual hari tu. Menu bertukar setiap hari.

Resipi sos Pasta ini adalah rekaan Juanna sendiri. Menurutnya, dia banyak kali menokok tambah dan memperbaiki resipinya dan beri kawan-kawan rasa. Setelah berpuas hati dengan hasilnya, barulah dia berani menjual sos tersebut.









Bagaimana cara menghidangkan Pasta Sauce JJc?

"Biasanya saya rekemen customer campurkan sos itu dengan susu segar. Nisbahnya  1:1 untuk rasa yang boleh diterima tekak orang kita.

"Dipanaskan sos dan susu kemudian dimasukkan daging, ayam,  seafood. Kemudian dihidangkan bersama pasta kegemaran. Antara hidangan yang sesuai ialah spaghetti Bolognese, Lasagna, Meatball with Gravy.

"Sos boleh digunakan terus sebagai dipping sauce untuk Nachos. Ia antara makanan favorite customer saya apabila mengunjungi kiosk," katanya lagi.

Jugak boleh gunakan sos sebagai spread untuk sandwich dan jugak pizza sauce spread.


Pasta Sauce boleh dibeli di kiosk Juanna seperti dibawah. Tapi sebelum ke sana, sila call dulu ya.

JARIJEMARI crEATion 
0183207315
Facebook : Juanna Rahman
IG : JARIJEMARI CREATION



0 comments:

Post a Comment