Monday, February 29, 2016

KALI KEDUA BUAT VADEI






Ini kali kedua Kjee buat Vadei. Kali pertama dulu, boleh tahanlah.... keras. Hehehe. Ada rupa Vadei masa itu tapi tak berapa nak rasa vadei. Hahaha.

Jadi, kali ini Kjee tanyalah sahabat FB Kjee, Vuthara Kumari. Resipi dia memang sempurna cuma Kjee silap teknik. Bukan salah awak Vuthara. Hehehe.

Dia suruh Kjee beli dhal Ulunthu. Dhal bijian kecik-kecik warna off white (putih susu). Siap suruh beli jenama AKS. Katanya, itu jenama elok. Kjee pergi Hero Market, nampak lah Ulunthu Dhall tu. Terus rembat 1 peket. Masa tu, Kjee lupa Vuthara suruh beli jenama AKS. Manalah nak ingat masa tu. Hehehe.

Pagi tadi, Kjee keluarkan dan rendam ikut resipi Vuthara. 1 cawan dhal dan 1 sudu besar beras direndam selama 5 jam. Dia ada tulis rendam sekali bersama 1 sudu besar nasi. Kjee terlupa nak masukkan nasi tu.

Kjee hanya letak nasi masa Kjee kisar dalam food processor. Vuthara kata jangan letak banyak air. Sikit aje, berulang kali dia pesan. Kjee pun tos dhal bersama beras yang sudah direndam tu dan masukkan ke dalam Food Processor. Letak 1 sudu besar nasi.

Kena blend sampai halus, pesan dia lagi. Okaylah Kjee pun kisar selama lebih kurang 5 minit. Rasanya dah cukup halus.

Kjee keluarkan. Dadu satu biji bawang besar, satu batang cili hijau dan koyak-koyak satu tangkai daun kari. Masuk ke dalam bahan kisar bersama garam. Gaul sampai rata.

Bahan-bahan ini kena bentuk macam vadei yang ada lubang di tengah-tengah. Senang guna plastik atau daun pisang. Tetapi, alamak camner adunan Kjee boleh lembik sedikit. Kjee tak letak air pun. Cuma berbaki air selepas ditos. Tak boleh bentuk langsung!

Nak buang sayang. So, Kjee teruskan operasi. Kjee amik sejemput adunan, letak dalam minyak panas dan guna belakang sudu buat lubang di tengah-tengah. Hah tengok tu. Pandai tak mokcik?

Maka inilah hasilnya Vadei Ulunthu mokcik. Korang janganlah ketawa. Lepas ni mokcik buat lagi. Mesti jadi perfect. Insya Allah.

Tetapi rasanya, sedap. Garing. Rasa vadei lah. Tak macam Kjee buat kali pertama dulu. So, kalau korang nak buat, pastikan tos bahan-bahan yang direndam hingga kering baru dikisar ya. Hehehe.






PULUT MANGGA KUAH SANTAN







Musim Mangga Manis baru aje bermula. Kjee seringkali nampak lori yang menjual mangga manis sepanjang Kampung Datuk Keramat dan jugak Taman Melawati. Tetapi setiap kali melintas, kereta dah terlajak. Nak berhenti dah susah.

Tak apalah, pujuk hati. Nanti singgah Hero Market, belilah. Tapi Nadia kata aritu dia singgah Hero Market tak nampak pun mangga. Aiseyman.

Kebetulan kalau asyik dah sebut, malam tadi singgah di Hero Market dan nampaklah tiga jenis mangga dari Thailand. Antaranya Golden Water Lily. Kjee amik dua biji. Walaupun warnanya kuning macam dah masak, tapi my instinct tells me, mesti masam-masam manis ni.

Tak apalah, pujuk hati ni lagi. Kalau tak manis sangat, boleh adjust kuah santannya nanti. Letak lebih sikit gula untuk seimbangkan rasa masam dan manis. Anyway, itulah cara orang Thai masak. Apa jua yang mereka masak, baik lauk pauk yang pedas mahupun desserts, harus mereka seimbangkan rasa masam, masin dan manis.









Memang betul seperti dijangka. Mangga Golden Water Lily ini indah khabar dari rupa. Rasanya tidaklah masam mengigit tetapi ada sedikit rasa manis. Justru Kjee tak buang masa buat kuah santan yang manis sedikit dari biasa.

Walaupun Kjee selalu beli Pulut Mangga ni kalau terserempak dengan Expo Thai di Kolumpo tetapi sebenarnya boleh dinikmati setiap hari di Restoran Hayaki.

Korang nak resipi intai DISINI.

Tadi masa mengukus pulut, Kjee curahkah beberapa sudu santan pekat ketika pulut hampir masak. Kacau hingga sekata. Rasa-rasanya sebelum ini Kjee buat pulut kosong sahaja kerana kuahnya sudah bersantan.

Selamat mencuba.

NOTA KAKI:
Kuah atau sos santan yang dicurahkan, mestilah seimbang rasa manis dan masin ya. Garam mesti secukup rasa.





Saturday, February 27, 2016

AYAM LADA HITAM







Our dinner malam tadi. Mestilah malam tadi. Sebab tu namanya dinner bukan bekfes. Hehehe lawak yang ngundang penampor pagi ni.

Sebenarnya, Kjee tak happy sangat dengan kejadian gambar. Gambar aje tapi lauknya alhamdullilah sedap. Hehehe. Kjee start masak kul 6.30 petang. Dekat kul 7 baru siap. Lighting dah teruk. Tu yang jadi foto tak semengah jer.

I cooked this without a recipe. Plan awal nak masak Black Pepper Beef tapi kesian pulak kat UnclePali sebab dia berpatang. Tak boleh makan daging. Tu yang Kjee buat guna ayam.

Pastu kelmarin pergi Hero cari Capsicum merah dan hijau, hanya ada yang kuning. Hantam sahajalah labu. Untuk bagi kaler sikit, Kjee dadu jer cili hijau.

Mudah aje resipi Kjee. Ayam (bahagian isi sahaja) dihiris nipis. Kemudian diletak sedikit garam dan tepung jagung. Perap lebih kurang 20 minit.

Satu labu bawang besar di belah empat dan dileraikan. Dua ulas bawang putih dihiris. Dan Kjee jugak guna empat cili kering yang dikerat dua atau tiga. Dua inci halia dihiris.

Kjee ambil mangkuk kecik dan letak dua sudu besar sos tiram, satu sudu kicap cair (Kjee guna fish sauce) dan 1 sudu kicap hitam pekat yang tak ada perisa. Bancuh dengan sedikit air. Dalam tiga atau empat sudu. Jugak letak lada hitam. Kjee letak satu sudu besar. Kacau.

Panaskan kuali. Letak dalam 3 sudu besar minyak dan goreng ayam yang telah diperap tadi sampai hampir-hampir masak. Tepikan ayam di hujung kuali dan masukkan bawang besaar, bawang putih, halia dan cili kering. Goreng seketika. Kemudian dicampurkan dengan ayam.

Masukkan sos tadi ke dalam kuali. Letak lebih kurang ½ cawan air dalam mangkuk tu dan tuang ke dalam kuali. Rendidih sehingga ayam cukup masak dan kuahnya pekat.

Kemudian masukkan cili capsicum dan cili hijau serta lada hitam. Gaul hingga sekata. Rasa. Kalau perlu, tambah kicap cair. Kemudian titiskan minyak bijan, kalau guna.

Itu jer. Sedap ratah. Hehehe.




Friday, February 26, 2016

BUBUR BUTIR NANGKA IDAMAN KALBU







Arwah Bonda panggil Bubur Biji Nangka. Ada Kawan kata Bubur Butir Nangka. Dan ada kawan lain kata Bubur Candi. Yang mana satu tepat, wa pu cher taw (gua tak tau). Yang pasti, Kjee tau bubur ni sedap dan Kjee suka sangat. Hehehe.

Buatnya sangat mudah. Asal ada tepung pulut dan santan, siap!! Hari ini Kjee letak sedikit sagu biji sebab masa bukak pantri nak ambil santan kotak, ternampak peket sagu biji. Rendam sikit jer lebih kurang 10 minit.

Bubur yang letak santan, stail orang kita. Tapi haritu Kjee pergi restoran Pappa Rich, dia ganti santan dengan susu soya. Sedap jugak tau. Cuma susu soya tu kosong aje. Tak ada gula. Dan Butir Nangka tu pun tak ada rasa dan dibiarkan putih. Kalau diletak gula dan diberi sedikit warna, mungkin sedap. Dan ianya dhidang panas-panas.

Kjee suka makan Bubur Butir Nangka ni, chilled. Letak dalam peti ais. Dan sejuk baru dihidangkan. UnclePali siap letak ice cubes. Hehehe.

Itu aje lah nak cerita pasal Bubur Butir Nangka ni. Resipi cam biasa mokcik malas nak taip semua. Korang INTAI kat link ni. ya.






Wednesday, February 24, 2016

MINUM PETANG JEMPUT-JEMPUT LABU






Masa kemas peti ais tadi, baru teringat ada sepotong Labu Manis yang Kjee beli kat Hero Market, Ahad lalu. Ingatkan nak buat Bingka tapi ubah fikiran apabila teringat Jemput-Jemput Labu masa singgah Restoran Jaja Jazz House hari tu. Tapi kerana dah kenyang, Kjee tak teringin pulak nak rasa.

Kjee buang kulit, dadu satu mangkuk kecik dan rebus sampai empuk. Kemudian Kjee lenyek sampai halus. Letak tiga sudu besar gula perang (soft brown sugar) dan secubit garam. Gaul rata. Kjee hanya letak dua sudu gula sahaja. Tapi seeloknya biarlah manis sedikit.

Kemudian dicampur labu lenyek tadi ke dalam satu mangkuk sama tepung gandum yang telah diletak satu sudu baking powder. Kacau sampai rata. Kalau dirasakan perlu, letaklah satu atau dua sudu lagi tepung gandum.

Panaskan minyak dan ambil sejemput dan masukkan perlahan-lahan ke dalam minyak. Buat sampai habis. Goreng guna api sederhana sehingga warnanya menjadi keemas-emasan.

Comel dan bulat-bulat jadinya. Itulah minum petang kami hari ini. Tapi kalau diberi pilihan antara Jemput-Jemput Pisang dan Labu, Kjee pilih jemput-jemput pisang.






SANDWICH PANGGANG CHEESE DAN CORNED BEEF







Segan sebenarnya Kjee nak share cara buat Grilled Corned Beef and Cheese Sandwich ni. Tetapi semalam ada a few friends kat FB yang mintak resipi masa Kjee tayang sandwich ni. Kata mereka, untuk panduan anak-anak buat hujung minggu ni.

Sukanya Kjee dengar bila dia orang kata nak suruh anak-anak buat. Kjee terus buat sekali lagi pagi tadi, setelah mendapat permintaan sedemikian. Ini sandwich biasa-biasa jer. Cuma roti dipanggang atau digril hingga garing baru letak cheese dan corned beef. Telangkup dan terus panggang lagi hingga cheese cair. Lebih kurang 3 atau 4 minit.

Kjee guna grill pan. Kjee beli di Ikea, a few years ago. Kjee gunakan grill pan atau dia orang panggil grill skillet, untuk bakar ikan, daging dan ayam. Kesan calar dia yang nampak menarik. Kalau tak ada, boleh guna kuali biasa. Not to worry.

Selain, itu, kalau ada yang tak makan corned beef, bolehlah diganti dengan ayam goreng. Kjee selalu buat dengan ayam lebihan KFC. Carik-carik isinya dan susun atas cheese atas roti gril tu.

Corned Beef boleh dibeli di kebanyakkan pasaraya. Ada macam-macam jenis dan pelbagai harga. Caranya, masukkan tin corned beef itu ke dalam peti sejuk semalaman. Kemudian, keluarkan ketika ia masih sejuk dan beku dari tin. Terus dihiris dan disimpan kembali dalam bekas bertutup sehingga mahu dimakan. Jika dibiarkan di suhu bilik, ia akan menjadi lembik.

Rasanya sangat sedap. Kjee selalu hiris dan simpan dan peti ais. Kemudian diratah aje. Namun kerana ia agak masin, lebih elok dimakan dengan roti.







Cara membuat sandwich ini supaya garing dan enak ialah, semua bahan-bahan seperti roti, butter, cheese, corned beef dan grill pan mesti disediakan sebelum bermula.

1. Panaskan grill pan

1.


2. Hiris butter dan letak dipermukaan roti


2.


3. Kemudian diletak atas grill pan.

3.


4. Api mesti sederhana. Terlalu besar roti akan hangus. Balik-balik. Kedua-dua belah mesti garing. Tak perlu tekan dengan sudip.



4.

5. Apabila sudah cantik garing, letak cheese dan corned beef. Telangupkan dengan sekeping lagi.
    Biarkan seketika. Dalam 3 minit atau kalau nampak cheese sudah cair. Angkat.


5.

6. Potong serong dua bahagian atau empat.


6.


Sedap dimakan ketika masih panas. Selamat mencuba





Monday, February 22, 2016

KEPAK AYAM GARING PANGGANG








Ini kali pertama Kjee bakar Kepak Ayam dalam Magic Pan atau Pemanggang Ajaib. Resipi asalnya adalah oven baked. Tetapi Kjee hanya nak buat untuk makan seorang sahaja siang ni. Sambung masak malam nanti apabila Nadia dan UnclePali balik kerja. Jadi, lebih mudah dan menjimatkan guna Magic Pan.

Memang magic lah. Dalam masa tak sampai 10 minit (membakar/grill) dah boleh makan. Bayangkan kalau masuk oven. Nak kena panaskan oven 10 hingga 20 minit. Pastu bake lagi lebih kurang 30 minit. Kira satu keputusan yang cerdiklah guna Magic Pan.

Kepak ayam ni sepatutnya Nadia buat untuk dinner semalam. Tetiba, selepas dia buat perapan dan simpan dalam peti ais, dia kata nak keluar dinner pulak dengan Mama. So Kjee suruh dia masukkan ayam yang sudah diperap itu ke dalam freezer.

Sebenarnya, resipi yang Kjee skodeng dari blogger My Kitchen Snippets tu kata, kalau perap semalaman, lebih sedap. Okay lah tu.

Oleh kerana semalam Kjee sibuk buat Kuih Tako, Nadia yang perap kepak ayam tersebut. Katanya ada 9 ketul kepak. Dia bersihkan dan potong dua ikut sendi. Jadi 18 ketul. Kemudian dia toskan kering.








Sementara itu, dia ambil mangkuk dan siapkan perapan. Resipi asal guna cayenne pepper dan paprika. Tapi Kjee suruh Nadia guna bahan-bahan tempatan. Ada sebotol Paprika kat pantry tapi Kjee takut dah expired. Tak pasti bila kami beli dulu.

Jadi, Nadia guna serbuk cili babas, AjiShio Black Pepper (kalau tak ada guna serbuk lada hitam aje), garam, 2 sudu besar madu, 2 inci halia dan dua ulas bawang putih. Halia dan bawang putih, Nadia sagat. Bahan-bahan tadi dikacau dan dilumurkan kepada kepak ayam. Perap dalam peti ais sekurang-kurangnya 2 jam. Kalau semalaman lagi elok.

Pagi tadi Kjee keluarkan kepak yang telah beku itu. Kjee rasa tak mahu bakar semua kepak itu sebab tak sedap makan kalau disimpan hingga malam. Jadi, Kjee ambil 6 ketul dan selebihnya disimpan balik dalam peti ais.

Kemudian Kjee sediakan bahan untuk menyalut kepak ayam itu sebelum dipanggang.

Kjee guna 3 sudu besar tepung beras, 1 sudu besar tepung jagung, 1 sudu besar cili flakes dan garam secukup rasa. Chili Flakes ini ada dijual di semua pasaraya besar. Ada jenama tempatan dan ada jugak diimport.

Ambil seketul ayam dan golek-golek dalam tepung. Salut semua hingga habis.

Panaskan Magic Pan. Kemudian susun kepak ayam tersebut dalam Magic Pan. Titis (drizzle) sedikit minyak zaiton atas kepak ayam. Jaga sewaktu panggang. Balik-balikkan setiap satu atau dua minit. Masaknya cukup pantas.

Hidang sebaik sahaja masak. Sedap dimakan begitu sahaja kalau sudah cukup perasa masa perap dan pada tepung yang diguna untuk menyalut. Tidak perlu lagi sos cili.





Sunday, February 21, 2016

KUIH TAKO VERSI KJEE






Bukan senang nak beli Kuih Tako kalau di luar musim Ramadhan. Mungkin ada dijual di Pasar Malam atau Pasar Tani. Kjee ni bukannya kaki merayap ke tempat-tempat macam itu. Justru, tak pernah lah jumpa kecuali di bulan Puasa.

Dua hari lepas Kjee teringat akan Kuih Tako.Mana nak cari. So, kenalah buat sendiri.

Kemudian Kjee tanya friends FB samada mereka ada pengalaman guna tepung Hoen Kwe. Ada yang panggil tepung Hong Kong. Tepung itu asalnya dari Indonesia. Sebab itu ejaan kuih nya menjadi kwe. Gamaknyalah. Hehehe.

Rata-rata mereka kata lebih sedap guna tepung Hoen Kwe. Kjee pernah guna tepung itu buat kuih Talam satu ketika dulu. Kawan-kawan Kjee kata, guna tepung yang ori dari Indonesia. Ada jugak pemibikin tempatan buat tapi tak sedap. Tulisan yang hijau (foto bawah), tepongnya warna hijau. Tulisan biru, tepungnya warna putih.







Lepas tu, Kjee pun google cari resipi. Tersinggahlah pulak di blog Azie Kitchen yang guna tepung Hoen Kwe. Maka, itulah kejadian tadi dengan bantuan anak dara kita.

Resipinya mudah sangat. Yang sukar ialah membuat kelongsongnya dari daun pandan. Harus daun pandan yang lebar-lebar sikit. Kalau tidak, kotak kelongsongnya pun ceconit. Dengan bantuan Nadia, kami keliling satu taman dan jumpalah tapi tidaklah lebar sangat. Hmmm jadi lah kan.

Kjee bukanlah pakar buat kelongsong kuih tako ni. Main hentam jer. Sekejap jadi sekejap senget benget. But who cares! Kalau ada nak kutuk, silakan. I know who you are!! Hehehe. Terasa ker? Habis nak buat camner? Dah itu memang kerja kau, memanjang cari kesilapan aku!!









Nadia tolong Kjee sukat semua bahan-bahan. Kjee buat tiga kali ganda dari sukatan asal sebab rasanya penat dan buang masa aje ikut resipi asal yang hanya guna 25gms tepong Hoen Kwe.

Rasanya, sukatan tiga kali ganda itu boleh dapat dalam 40 biji kuih Tako. Kjee dapat dalam 32 biji sahaja sebab dah malas nak buat lagi kelongsong. Baki adunan Nadia tuang dalam bekas plastik.

Nak resipi penuh, sila tengok di Azie Kitchen. Terima kasih Azie kongsi resipi.

Oh lupa nak bagitau. Kjee tak letak sengkuang Cina sebab Nadia tak suka. Dulu ada sekali Kjee buat. Masa tu Kjee guna tepung jagung. Kjee letak sekuang Cina. Habis Nadia keluarkan masa nak makan. Buat penat aje aku dadu kecik-kecik.

Kuih Tako ni sedap di makan setelah didinginkan dalam peti ais.

NOTA KAKI:
Memang puas hati guna tepung Hoen Kwe buat Kuih Tako. Rasanya lemak dan wangi.






Thursday, February 18, 2016

SHEPHERD'S PIE IN POTATO SKIN







Shepherd's Pie pulak? Aritu Beef Pie!

Yup betul. Sejak dua menjak ni, selera Kjee dah beralih. Susah sangat nak makan nasi. Hanya terbuka selera kalau nampak makanan yang tidak ada kaitan dengan nasi. Justru, tiap hari Kjee google cari makanan yang boleh buat Kjee berselera.

Pagi tadi, tak payah susah-susah nak fikir. Tetiba Kjee nampak Shepherd's Pie In Potato Skin kat Newsfeed facebook . Orang mengantuk disorong bantal. Actually Shepherd's Pie versi biasa pun dah lama Kjee tak buat.

Kebetulan dalam gerobok ada lima biji Russet Potato yang dibeli Ahad lepas. Kjee tak ingat beli kentang tu untuk apa. Russet Potato yang berasal dari US, mempunyai kandungan kanji yang tinggi. Ada dijual kat banyak pasaraya besar sekarang.

Kentang tu harus digosok bersih dan dicuci tanpa merosakkan kulitnya. Cucuk-cucuk dengan garfu (ikut resipi dia kata 6 kali). Kemudian dilumur dengan minyak Zaiton dan disusun atas baking tray. Tabur sedikit garam dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan selama 50 minit. Suhu 250 darjah.














Selepas 20 minit balikkan sekali kentang itu. Ianya cukup masak kalau kulitnya nampak kering. Ambil garfu, dan cucuk. Kalau sudah masak, ia senang ditusuk.

Potong sedikit bahagian atasnya, keluarkan isi kentang guna sudu. Isi itu harus terus dilenyek masa panas-panas setelah letak sedikit butter, susu (Kjee guna susu cair dalam tin) dan sedikit garam serta lada hitam. Lenyek dan gaul rata. Tepikan.

Sementara menunggu kentang tu masak dalam oven, Kjee buat inti.






Resipi asal perlu 250gms minced beef. Kjee tak ada daging yang telah dicincang. So Kjee keluarkan daging batang pinang dan cincang. Dapat dalam 500gms. Ada kawan Kee guna daging burger. Perlu diingat, daging burger yang sudah diproses mengandungi lemak yang tinggi. Biasanya, kalau guna daging burger (ataupun daging cincang beku), Kjee akan rebus dulu daging tersebut setelah dihancur-hancurkan. Rebus lebih kurang 15 minit. Kemudian, tapis buang air itu. Cara itu, hampir keseluruhan lemak (yang tak elok) akan keluar. Pastu tumis macam biasa.

Kjee dadu dua labu bawang besar dan jugak 2 ulas bawang putih. Tumis guna minyak Zaiton dan sedikit butter hingga layu. Kemudian masukkan dua sudu besar tepung gandum. Goreng hingga tepung tu keperang-perangan. Kemudian masukkan daging dan goreng hingga daging kecut. Kemudian letak dua cawan air dan rendidih sehingga pekat.

Kjee letak dua beef cubes dan satu sudu besar lada hitam yang telah ditumbuk kasar-kasar. Masak lagi hingga daging lembut. Kalau masih tak lembut, letak air lagi. Masak hingga hampir kering kemudian masukkan 1½ cawan mixed vege.

Gaul hingga rata dan masak selama lebih kurang 10 minit. Dah masak, sejukkan. Oleh kerana Kjee letak dua beef cubes, sudah cukup rasa. Tak perlu letak garam.

Setelah kentang ditebuk dan dikeluarkan isinya, letak satu atau dua sudu inti ke dalam kentang berupa acuan itu hingga padat. Kemudian ambil mashed potato dan tutup bahagian atas kentang yang telah diletak inti. Boleh jugak dipaip guna nozzle.

Bakar dalam oven lebih kurang 15 minit atau sudah kelihatan keperang-perangan pada mashed potato.

Hidangkan ketika panas.

NOTA KAKI:
Shepherd's Pie versi ini boleh dibekukan setelah diletak mashed potato. Bila hendak makan, terus masukkan ke dalam oven dan bakar hingga garing.















RENUNG-RENUNGLAH SELALU








Wednesday, February 17, 2016

KASTAD TELOR GULA MELAKA








Ini antara desserts kesukaan Kjee. Mudah untuk dibuat tetapi harus ada tahan kesabaran tinggi kerana ia sangat sensitif ketika dikukus. Terlalu besar api, ia akan bersarang. Terlalu kecil api, maka kena tungggu lama untuk kastad itu mengeras atau set.

Dah banyak kali Kjee buat ini guna resipi ibu saudara Nadia sebelah arwah abah dia. Kak Zah bagi resipi kastad telor dia masa Kjee mula-mula kahwin. Sukatannya, 6 biji telor, 1 tin susu manis dan 1 tin yang sama, air.

Susu manis tu tin separuh dari yang ada sekarang. Dah lama Kjee tak nampak. Mungkin dah dihentikan produksinya.

Kak Zah ajar cara buat gula hangus. Tetapi Kjee tak suka sebab pahit jadi, Kjee adjust sendiri letak gula Melaka. Cara Kjee, gula Melaka dimasak dengan air hingga pekat. Tapis. Hanya dicurah ikut suka masing-masing diatas kastad telor yang sudah siap dikukus.

Hari ni Kjee tak buat cara Kak Zah. Kjee buat cara kastad telor savoury yang Kjee buat hari tu. Milik blogger Sichuan Cina. Kjee adjust letak susu sebab Kjee suka dengan kelembutan kastad telor savoury tersebut.

Hasilnya, Kjee suka sangat. Texturenya halus dan sedap sangat dimakan kalau sudah disejukkan dalam peti ais.

Jom kita tengok resipinya.







KASTAD TELOR GULA MELAKA

sumber asal: Sichuan China

BAHAN-BAHANNYA:

6 biji telor
2 cawan air (450ml)
6 sudu susu manis (boleh tambah)
secubit garam
1 sudu kecil esen vanilla
sedikit pewarna kuning (optional)
1 ketul Gula Melaka
1 cawan air

CARA:

Masak gula Melaka dengan 1 cawan air hingga pekat. Sejukkan.

Jerang air dalam bekas pengukus. Apabila sudah mendidih, perlahankan terus api.

Campur susu manis dengan air hingga sebati. Pukul telor dan campurkan kepada susu yang telah dicampur susu manis. Kacau perlahan-lahan satu arah hingga sebati.

Masukkan secubit garam, esen vanilla dan pewarna kuning (kalau suka).

Tapi ke dalam acuan yang kecil-kecil atau bekas apa yang sesuai. Biarkan ia rehat lebih kurang 10 minit. Ini penting untuk larutkan buih-buih dalam adunan.

Kukus selama 15 hingga 20 minit atau sehingga kastad mengeras.

Sangat penting untuk kawal api. Terlalu besar, kastad akan bersarang.

Oleh kerana Kjee guna kukusan bamboo maka Kjee tidak tutup permukaan acuan atau bekas. Kalau guna kukusan biasa, pepandailah guna kain atau alluminium foil untuk elak air dari penutup kukusan menitis keatas permukaan kastad.

Curah sirap gula Melaka ketika hendak dihidang.


















Tuesday, February 16, 2016

WHATEVER LAH




Monday, February 15, 2016

BEEF AND SHITAKE MUSHROOM PIE





Kjee tak pernah buat sendiri Beef Pie. Selalu makan kat Cafe atau Deli sahaja. Tapi Kjee rajin buat Chicken Pies. Pernah jugak niaga dulu.

Tapi a few days ago, kami singgah di Dave's Deli, IOI City Mall. Dahlia, office mate Nadia, yang transfer ke RHB Bank kat situ, belanja Nadia for her birthday. Since Nadia cuti, dia hangkut sekali Kjee.

Dan masa mencari tempat makan yang sesuai, kami nampak Dave's Deli yang kebetulan sepelaung aje dari RHB Bank, tempat Dahlia kerja.

Dave's Deli serves the best Steak Pies! Ikut citarasa Kjee ler. Hehehe. Kami memang makan kat Dave's Deli, Alpha Angle, Setapak sejak Nadia kecik. Tapi restoran tu dah lama tutup. Bukak banyak cawangan lain, sampai kami jumpa kat IOI City Mall.

Kjee selalu teriur tengok Wan Noorizan buat. Beef pie ni makanan ruji Johan, British husband dia. Mat Salleh yang hanya mahu makanan dia orang. Hehehe.

So kelmarin, Kjee try buat. Mula-mula buat pastri. Tak ada resipi yang specific. Cuma yang Kjee ingat, shortcrust pastry guna satu sukatan tepung, ½ sukatan lelemak (butter atau campur separuh vegetable shortening) dan sedikit air yang dicampur dengan ketulan ais. Butternya mesti beku.

Bahan-bahan dan cara membuatnya seperti di bawah.









Kjee buat pastri guna 300gms tepung gandum, 170gms unsalted butter, 11 sudu makan air sejuk (air ais) atau one third cup iced water dan secubit garam. Butter harus didadu kecil-kecil dan dibekukan seketika (dalam 10 minit). Ayak tepung bersama garam. Ramas butter sejuk ke dalam tepung hingga jadi macam breadcrumbs yang kasar. Tak perlu ramas lama-lama-lama. Jangan risau kalau ada ketulan butter yang masih kasar. Masuk kan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Kjee guna lebih kurang 11 sudu makan. Nadia sukat air tu dan katanya dalam one third standard measuring cup.
Sebaik sahaja menjadi ketulan doh, jadikan ia bebola, terus bungkus dalam plastic wrap dan simpan dalam peti ais. Rehatkan lebih kurang sejam.

Masa menunggu doh direhatkan, Kjee buat intinya.








Kjee guna 300gms daging batang pinang, 1 labu bawang besar, 2 ulas bawang putih, 2 sudu besar butter, sedikit minyak zaiton (olive oil), 2 sudu besar tepung, 2 sudu kecik lada hitam kisar, kacang peas beku dan 1 bay leaf (kalau ada).

Daging dipotong bite size. Kemudian dilumur tepung. Panaskan butter bersama Olive Oil. Kemudian masukkan daging. Susun hingga menutupi kuali atau periuk yang digunakan. Balikkan daging itu apabila sudah brown di one side. Kemudian, keluarkan dan buat baki daging lain sampai habis. Tak perlu terlalu masak.

Masukkan bawang yang telah didadu ke dalam bekas minyak tadi. Apabila bawang serta bawang putih sudah naik bau, masukkan balik daging tadi bersama lebih kurang dua cawan air. Letak jugak lada hitam kisar. Kjee jugak letak 1½ beef cube Knorrs serta 1 helai bay leaf.

Masak guna api sederhana sehingga daging lembut dan kuahnya pekat. Kalau masih belum lembut daging tu, letak lagi air dan masak guna api perlahan.

Apabila sudah puas hati daging sudah lembut, masukkan kacang peas ikut suka banyak mana. Dan juga cendawan shitake segar. Kjee biarkan cendawan itu, tanpa dihiris. Biasanya orang letak carrots tetapi Kjee tak letak. 

Masak lagi selama 10 minit. Biarkan kuahnya pekat, rasa dan padam api. Sejukkan.



Blind Bake









Ketika ini, doh sudah bersedia untuk digelek. Kjee guna acuan alluminium yang besarnya 6inci (kalau tak silap). Korang bolehlah guna apa jua pie pan yang ada asalkan inti itu mencukupi. Acuan alluminium itu cukup-cukup inti yang Kjee buat. Dohnya ada ada lebih. Itu boleh dibekukan dalam freezer dan guna hari lain.

Kjee ambil ¼ dari pastri tadi, bulatkan dan roll out untuk isi dalam acuan. Kemudian Kjee guna garfu cucuk-cucuk bahagian dalamnya dan tutup dengan alluminium foil, isi beras/kekacang dan blind bake. Nak tau kenapa harus blind bake, sila google. Hehehe. Bake selama 25 minit suhu 200 darjah. Atau sehingga pastri itu cantik warnanya.

Keluarkan beras bersama alluminium foil.

Isi inti hingga paras penuh. Kemudian ambil ¼ atau kurang sikit lagi pastri, di roll out dan tutup permukaan pie. cucuk-cucuk dipermukaan pastry. Hias ikut suka.  Mokcik tak pandai hias. Main hantam sahaja lah labu sebab masa ni dah keletihan. Hehehe.

Sapu egg wash atas pastri dan bakar selama lebih kurang 15 minit guna api bahagian atas. Apabila dah nampak warna keemasan, bolehlah keluarkan.

Sedap jugak kalau dimakan dengan blackpepper sauce. Curah atas pie dan ngapppp. Serbuk Blackpepper sauce jugak ada dijual di supermarket terpilih. Kjee selalu beli jenama Cormick. Tapi hari ni Kjee buat sendiri.








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...