Wednesday, April 27, 2016

IKAN SALMON PANGGANG





Ada merasa pelik apabila Kjee seringkali tayang apa yang Kjee masak. Dan Kjee kata, buat ratah aje. Serius... Kjee memang dah lama tak masak nasi dalam rumah Kjee. Hanya masak nasi untuk anak-anak bulus Kjee.

Tetapi ini tidak bermakna Kjee tak makan nasi langsung. Adalah makan kat luar seminggu sekali. Itu pun susah nak dihabiskan. Malam tadi Kjee makan Nasi Goreng Kampung kat Fatihah Cafe, Taman Melawati. Kjee makan empat lima suap dah tak habis. Waitress tanya kenapa tak habis? Tak sedap? Hmmm kalau tak sedap, sentuh satu suap dah stop. Hehehe.

Kalau ada Grilled Salmon atau Ayam serta Daging, memang laju Kjee habiskan.

Grilled Salmon ini kejadian minggu lepas.  My lunch. Oleh kerana Kjee tak boleh hidup tanpa sayur, maka Kjee goreng kacang buncis bersama bawang Holland yang banyak. Kemudian diratah dengan ikan Salmon panggang ni. Ikan Salmon agak hanyir, jadi harus diperah lemon sebelum makan. Sedap dimakan dengan sos cili atau mayonaise.

Bagi Kjee, sepinggan ini amat mengenyangkan. Ada kata ala-ala Atkins Diet. Hehehe Kjee dah intai cara pemakanan Atkins tu. Isyhhh tak lalu kalau bertelor rebus siang malam. Hehehe.

JOM SLIM SEBELUM HARI RAYA






Dah lama tak post pasal L'arome Warm Serum. Kjee masih terima orders walaupun tak rancak macam dulu, buat promo.

Pagi tadi Kjee terima whatsapp dari seorang customer dari Brunei yang puas hati dengan product ini setelah menyapunya selama tiga minggu!

"Alhamdulillah kak jee.. i can wear my old jeans now.
Also i can wear my kain kebaya smoothly without being stuck at the thighs.
It took less than 3 weeks.
Thanks so much kakjee. It has made me one happy woman.😘"

Walaupun sekarang Kjee dah slow down sapu warm serum tu, tapi Alhamdullilah inci-inci yang hilang tu tak datang balik. Hahaha mokcik pun a very happy woman!

Kalau korang minat nak sapu L'arome sebab nak nampak cantik Raya nanti, boleh WA 01131771389. Empat botol RM410 pos percuma, di Semenanjung. Kjee jugak jual loose satu botol kalau nak. Tetapi harganya RM160 sebotol. Rugi babe. Kalau nak try mokcik tak kesah tapi kalau share dengan empat orang baru jatuh RM102.50 sebotol. 

Bagi mereka yang tak tahu apa yang mokcik cerita ni, bolehlah klik kat SINI.

Tuesday, April 26, 2016

KERABU MANGGA DENGAN AYAM GORENG









Ini lunch Kjee tadi. Ratah begitu sahaja tanpa nasi. Bagi Kjee yang memang 'perut kecik', tersangatlah kenyang.  Sebenarnya, tak ada plan pun nak buat Kerabu Mangga Ayam Goreng ni. Awal pagi tadi Kjee ternampak dua biji mangga Siam dalam peti ais. Sejak akhir-akhir ni memang Kjee tak bernasib baik. Tiap kali beli, mesti terkena yang masam.

Apapun, sebelum ni Kjee curahkan aje serbuk Asam Boi kalau terlalu masam. Sekurang-kurangnya mangga tu taklah jadi habuan cik tong.

Sambil Kjee kupas kulit sebiji mangga tadi, Kjee terfikir pulak nak buat Kerabu Mangga. Wah kalau letak Ayam Goreng mesti sedap. Aritu Kjee buat letak ikan goreng Dory.

Kjee capai ayam dalam peti ais dan defrost dalam microwave selama 3 minit. Kemudian di cuci bersih-bersih, gauldengan kunyit dan garam. Perap seketika dalam peti ais.

Ricik mangga halus-halus. Kemudian mayang sebiji bawang Holland. Masa nak cari cili padi dalam peti ais, ternampak tomato. Kjee guna setengah biji bahagian yang tiada biji. Hiris. Campurkan dengan mangga. Kemudian Kjee ricik dua biji cili padi merah. Tak berani letak banyak-banyak sebab ia terlalu pedas.

Gaul sehingga rata. Kemudian letaklah gula lebih kurang 1 sudu besar. Terserahlah kalau korang nak letak lebih. Kemudian perah jus lemon atau limau nipis lebih kurang 1-2 sudu makan. Gaul lagi sampai mesra dan rasa. Tambahlah apa yang korang rasa kurang. Kalau nak sedikit masin, boleh letak kicap cair atau sos ikan atau nampla. Simpan seketika dalam petis ais.

Sementara itu goreng ayam hingga garing. Kemudian ayam dipotong-potong.

Letak Kerabu Mangga dalam piring dan bubuhlah ayam diatas kerabu. Harus dimakan segera kerana ayam goreng akan menjadi basah kalau dibiarkan terlalu lama atas kerabu. Hilang kerangupannya.

Sedap dimakan dengan nasi putih atau ratah begitu sahaja macam mokcik. Hehehe.




Sunday, April 24, 2016

KETAM SWEET SOUR BERLADA







Arwah Bonda kata kalau nak beli ketam mesti beli masa bulan gelap. Kalau bulan terang, nanti isinya tak padat. Kebetulan malam tadi bulan penuh 15 Rejab 1437. Jadi, isi ketam setelah dimasak, akan kosong, kalau ikut kata Arwah Bonda.

Tapi haruskah aku kena tunggu dua minggu lagi untuk masak ketam? Ohhh tidak. Dua minggu, 14 hari. Isyhhhhh lamanya!!! Dari semalam lagi dah kecur sangat apabila teringat Chili Crab.

So, macam biasa tanya frens kat FB. Alamak ada kata kalau nak beli ketam, elok bulan penuh! Seorang dua kata masa bulan gelap. Seorang lagi best. Dia kata, ala Kjee, timbang-timbang aje ketam tu dalam tangan, kalau berat, maknanya isinya penuhlah.

Hahaha kata-kata kawan tu tersangatlah logik. Seorang lagi pulak kata, Kjee terailah beli dan masak. Sekurang-kurangnya, dapatlah dipastikan samada betul tidak kata orang tua-tua beli ketam harus ketika bulan gelap.

Hmmm so pagi tadi lepas sarapan, Kjee dan UnclePali ke Hero Market. Semalam Kjee dah ternampak ketam yang berkilat-kilat. Tapi kerana asyik berkira-kira bulan terang bulan gelap, taklah beli. Hehehe. Tapi malangnya, ketam yang berkilat-kilat semalam udah tak ada yang berkilat-kilat. Tapi hari ni ada ketam Harimau.

Kjee disarankan beli ketam betina. Kjee pegang ketam berkilat yang warna biru tu. Semuanya ketam jantan! Beza antara ketam Harimau dan yang biru tu hanya dua tiga hengget jer. Ketam Harimau murah sikit (lebih kurang RM18 sekilo) tapi ada dua tiga ekor yang betina!!

Baru semalam Kjee belajar cara mengenali yang jantan dan yang betina. Bukan cara P Ramlee dalam Nujum Pak Belalang tau. Hehehe.






Kononnya yang betina ada telor yang digemari ramai. So sebab itu Kjee pilih ketam Harimau tadi. Ada kata ehhh ingatkan udang aje ada Harimau. Kjee pun baru tahu pagi ni. Tertulis kat situ Ketam Harimau. Tadi isinya setelah dimasak kasar sikit. UnclePali kata tak berapa fresh tapi Kjee rasa elok jer segarnya.

Kjee masak kali ini setelah Kjee google Singapore Chili Crabs. Sikit lebih kurang samalah dengan resipi yang Kjee buat selama ini. Bezanya cuma dia orang letak Tauchu. Selama ini Kjee makan, Kjee ingat dia orang letak petis atau otak udang! Entahlah. Tapi nasib tak baik, petis tak ada dalam fridge so Kjee ikutlah letak tauchu.

Nadia dah warning jangan buat pedas sangat sebab perut dia tak selesa sejak dua menjak ni. Jadi, untuk dua kilo ketam, Kjee letak lebih kurang 6 biji cili hidup, dua biji cili padi dan 2 sudu cili kering kisar. Kisar semua ini bersama 4 ulas bawang putih, 1 inci halia dan lebih kurang 2 sudu makan taucu. Kisar sampai halus.









Ketam tu setelah dibersih dan dicuci, Kjee celur dalam air panas (menutupi paras ketam) hingga tiga suku masak. Toskan dan simpan air rebusan itu.

Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar hingga garing. Kemudian masukkan air rebusan ketam tadi dan masak sehingga tinggal separuh sahaja kuah tersebut. Masukkan satu mangkuk sos cili, 2 sudu sos tomato, 1 kiub bilis, 2 sudu makan Hoisin Sauce atau  boleh digantikan dengan sos tiram. Kemudian masukkan ketam dan terus masak hingga mendidih.

Bancuh dua sudu besar tepung jagung bersama 4 sudu air. Besarkan api. Masukkan ke dalam kuali bersama ketam tadi dan kacau pantas-pantas sampai kuahnya pekat. Kemudian rasa. Kalau perlu letaklah kicap cair. Tapi Kjee tak letak sebab dah cukup rasa.

Kemudian pecahkan tiga biji telor, pukul manja-manja dan curah keatas ketam. Biar seketika kemudian kacau hingga rata. Padam api.

Kjee hidang bersama roti bakar. Kalau makan ketam, Nadia dan Kjee suka makan dengan roti bakar. Cicah roti dengan kuah. Sedapnya. Tapi tadi UnclePali lapar kot. Selain makan dengan roti, dia turut makan dengan sedikit nasi.

Itulah cara Kjee buat Chili Crabs. Ala-ala sweet sour gitu kan?

NOTA KAKI:
Tak pasti samada ianya kebetulan... tapi ketam yang Kjee beli tadi, penuh isinya. So Kjee rasa tak timbul pasal bulan mengambang atau gelap. Pilih ketam yang berat kalau nak isinya padat. Hehehe.
Ketuk-ketuk sepit ketam sebelum dicelur ya.




Tuesday, April 19, 2016

LONTONG JAWA SEMARANG YANG UNIK






First time makan Lontong Jawa air tangan my ex-SIL dulu (orang Jawa asal dari Semarang, Indonesia), Nadia ngan Kjee memang jatuh cinta habis! Bayangkan Kjee yang memang peminat nombor satu lontong biasa, boleh tak pandang lagi lontong lain lepas tu!

Over sangat Kjee memuji ni ker? Whatever lah. Memang kena dengan citarasa Kjee dan Nadia. UnclePali dulu, amik sikit dulu. Maklumlah orang Kedah mana reti sangat bab makan lontong ni. Tapi, sejak itu, kalau Kjee buat Lontong Jawa ni, dia pun makan bertambah.

Ini antara hidangan wajib pagi Raya. Tak ada lemang ketupat tak apalah tapi kalau ada, lagi syiok kan asalkan ada Lontong Jawa. Hehehe.

Malam tadi lepas gi dinner dengan Nadia, ajak dia singgah Hero Market nak beli bahan-bahan untuk buat Lontong Jawa. Seingat Kjee, dalam pantri dah ada nasi impit Adabi. Bahan asas buat kuah Lontong Jawa hanya sayur-sayur seperti Kobis, Terung, Petola, Nangka Muda dan Tempe serta santan. Kalau ada daun Belinjau okay jugak. Tapi tak ada.

Oleh kerana dah lewat ke Hero malam tadi, hanya ada  Kobis, Terung dan Petola. Hmmmm Tempe pun tak ada. Tapi tak kesahlah. Kjee pernah buat masa darurat dulu, guna tiga sayur tu aje. Mujur dalam freezer ada daging. Kalau letak ayam pun sedap.

Maka pagi tadi, lepas Subuh Kjee mulakan projek. Dan hasilnya amat-amat menggumbirakan mokcik. Dah terlalu teringin sangat nak makan. Pedas sebab memang disengajakan!! My SIL dulu tu kata kalau tak pedas, tak sedap. Very true.

Yang bestnya Lontong Jawa ni, tak payah makan dengan kuah kacang atau sambal atau letak telor rebus. Sedap dimakan begitu sahaja. Tumpang iklan roti Gardenia. Hehehe. Kjee syorkan mereka yang malas nak sediakan lontong yang harus dimakan dengan kuah kacang dan sambal, cuba resipi mudah ni. Insya Allah tidak mengecewakan.

So hari ni, my lunch and tea adalah Lontong Jawa resipi Semarang mari!!  Kalau ada baki boleh bedal untuk dinner. Nadia ada jumpa kawan malam ni so maybe dia tak dinner kat rumah.

Okay kalau nak resipi, KLIK SINI.





Saturday, April 16, 2016

IZA AZMI... ANTARA AYAH DAN CITA-CITA







Izzah Azmi akan hanya menyambut hari jadinya yang ke 23 pada November ini. Tetapi anak gadis yang pemalu dan manis senyuman ini, adalah pemilik sebuah Boutique Cafe di pinggir Kuala Lumpur. Satu pencapaian yang amat membanggakan bagi seorang semuda dia! Wataknya lemah lembut tetapi tegas dalam mencorak masa depannya.

Kjee seronok berbual dengan Iza. Sangat low profile dan bercita-cita tinggi dalam bidang yang diminatinya sejak bangku sekolah. Walaupun nampak pemalu dan agak timid, tetapi bagi Kjee Iza cukup tegas apabila terpaksa berhadapan dengan ayah yang mahukan dia mengejar karier dalam bidang perakaunan. Mungkin mahu melihat anaknya menjadi seorang Akauntan.

Iza adalah anak kedua dari empat beradik. Kedua ibu bapanya memiliki Ijazah dari sebuah Universiti di Amerika. Justru mungkin Ayahnya mahu Iza mengikuti jejak langkah mereka.

"Puas Iza pujuk Aunty. Ayah tetap tegas. Hanya Mak sahaja yang memahami apa yang Iza citakan. She's my pillar of strength! Dalam diam, kami memujuk Ayah. Pun demikian, masih belum berjaya. Satu hari Iza nekad beritahu Ayah yang Iza boleh ikut kehendak Ayah dapatkan ijazah dalam bidang yang beliau hajati. Tetapi selepas dapat puaskan hati Ayah, beliau kena ikut pulak impian Iza mahu jadi Fashion Designer."

Itu sebab Kjee kata, Iza seorang anak gadis yang tegas. Dia mengambil Diploma dalam jurusan Fashion and Retail Design di Universiti Lim Kok Wing. Hanya setelah semester ketiga pengajiannya, barulah Iza dapat merasakan restu Ayahnya.



Diploma dari Universiti Lim Kok Wing





Bersama ibu tersayang, Latifah Omar



Sudah setahun Iza membuka sebuah Boutique Cafe di Taman Bukit Cheras. Ketika mula-mula butik itu dibuka, Iza mengambil upah menjahit pakaian teman-teman terdekat serta saudara mara sahaja. Tetapi kini dia mampu menggaji tiga pekerja iaitu dua tukang jahit berpengalaman dan seorang pembantu di butiknya. Bab mencorak design pelanggan terletak di bahunya.

Dengan pemantauan ibunya, Puan Latifah Omar, pemilik Warung Bistro berhampiran, Iza kemudian membuka butiknya ala Vendor Butik, sebaik sahaja tamat belajar di universiti. Ini bermakna, Iza membuka peluang bagi mereka yang ingin berniaga secara kecil-kecilan barangan berkaitan fesyen (pakaian dan aksesori), menyewa sudut-sudut dalam butiknya.

Cara ini akan membolehlah Iza memberi perhatian sepenuhnya kepada minatnya iaitu membuat design pakaian. Iza juga memiliki koleksi kecil pakaian pengantin untuk disewakan. Bagaimanapun, dia turut menerima tempahan untuk pakaian pengantin. Semuanya direka dan dijahit sendiri.








Sudut yang disewakan dalam butik Iza


Iza kata dia tidak minat membuat design mengikut trend semasa. Dia lebih suka membuat pemerhatian kepada fesyen-fesyen yang menjadi ikutan dari zaman ke zaman dan dia mencantumkannya menjadi fesyen terkini. Buku-buku fesyen dan internet menjadi rujukkannya.

Apa impian yang ingin dicapainya?

"Iza nak bukak Fashion Gallery... tak tahu bila tetapi itu adalah matlamat Iza," katanya penuh harapan.

Di usia sebegitu muda, tika rakan-rakan persekolahan seusianya (mungkin) masih bingung memikirkan masa depan, Iza sudah berdikari. Punya pendapatan yang boleh menyara butik dan tiga pekerjanya dengan selesa.

Pada mereka yang ingin menempah pakaian di Izzah Boutique and Cafe ini, cepat-cepatlah buat tempahan sebelum dia tutup amik order menjelang bulan Ramadhan. Iza kini juga sedang sibuk dengan projek tempahan Telekung yang diperolehinya baru-baru ini.

Sebelum Kjee pulang, Kjee dapat merasakan kegembiraan di hati gadis manis ini setelah dapat mengapai apa yang dicita. Masih terngiang-ngiang di telinga Kjee, kata-katanya... "Iza boleh ikut kehendak Ayah kejar ijazah dalam bidang Akaun, tapi selepas itu izinkan Iza penuhi pulak cita-cita Iza.."

Izzah Azmi Boutique Cafe dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 7 malam. Selain menjamu mata di butik Iza, pelanggan juga berpeluang minum teh/kopi di Cafe yang dikendalikan adiknya Ain. Pelbagai jenis kek dan cookies yang disediakan sendiri oleh Ain dijual di mini cafe tersebut.







Friday, April 15, 2016

JAZZ JUICE, TARIKAN DI REST JAJA JAZZ

JALAN-JALAN CARI MAKAN



Terletak di Jalan 5/5 Wangsa Delima, Wangsa Maju 






Nak letak nama kena bagitau Jaja masa order. Hehehe



Selalunya kita minum jus buah-buahan yang sarat barat dengan rasa buah (bukan perisa ya) di hotel-hotel dan restoran 5 bintang sahaja. Tetapi dengan kreativiti Chef Jaja, kita sudah boleh menikmati jus buah yang nyaman dengan dengan harga mampu milik. Hehehe.

Memang tidak dinafikan, sekarang ni ramai merungut kalau order minuman di restoran. Kekadang harga tak masuk akal. Kjee pernah order Kopi O Ais di sebuah restoran di Taman Melawati. Harganya RM9.50! Kerana Nadia yang bayar, Kjee tak perasan harganya sehingga satu hari Kjee terjumpa resitnya. First and last lah you all!!

Anyway, Jaja ni memang terrer lah bab menggoda orang dengan jus yang sedap. Jus Asam Boi Limau Kasturi yang Kjee buat niaga dulu, resipi dia lah.

Dua minggu lepas Kjee singgah kat Jaja's Jazz House di Jalan Wangsa Delima 5, Wangsa Maju, Setapak.  Kalau Waze, gerenti sampai.  Dulu restoran ni terletak di Kampung Baru dengan nama Jazz House Steamboat. Dah niaga elok-elok dekat tiga tahun, rasanya, tuan tanah nak balik premis tu. Jadi, Chef Jaja pun berpindah ler ke tempat baru ni. Dah tak jual steamboat lagi tapi pelbagai juadah kampung untuk makan tengah hari. Dia orang start niaga kul 7 pagi, jual pelbagai jenis sarapan. Petang ada goreng-goreng, ada kuih muih juga. Selain tu, sahabat dia Juanna jual pelbagai jenis pasta, lasagna bagai. Adik Jaja, Zol pulak bukak kiosk jual pelbagai jenis smooties, ice blended dan kopi macam kat restoran Star Bucks.



Chef Jaja ditemubual untuk satu rancangan TV baru-baru ini



Masa Kjee pergi aritu, terkejut Kjee dihidangkan pelbagai jenis jus.

Chef Jaja bagi nama Jazz Juice. Ada jus tembikai yang dihidangkan dalam sebiji tembikai. Kalau customer request, siap boleh tulis nama kat situ. Personalised gitu. Sebiji tembikai itu boleh diminum dua orang! Harganya antara RM12 hingga RM14 ikut saiz. Kalau nak tambah laici, extra RM2 jer. Tapi memang berbaloilah. First time Kjee minum air tembikai macam tu. Terbaek. Jaja boleh jugak buat yang sama untuk buah Rock Melon dan jugak Nenas. Harga mengikut saiz buah pada harga pasaran.

Kalau tak nak minum dalam buah, Jaja juga hidangkan dalam gelas dengan hiasan yang comel. Ada pelbagai jenis jus termasuk Dragon Fruit. Kalau dalam gelas, harganya antara RM4.50 hingga RM5. Jusnya memang pekat dan sedap. Tak percaya, cubalah.

Alamat Jaja Jazz ialah di Jalan Wangsa Delima 5, Wangsa Maju, Setapak. Bukak tiap hari kecuali Sabtu dan  Ahad. Tapi kalau ada function misalnya, birthday, group makan-makan ker, maka Jaja kata dia akan buka. Boleh call/whatsapp Jaja  011-18944179.



Ini Abib, atau Syed Muhammad Gadaffi bos Jamu Mak Dara

Jija dan Bondanya (tauke Karipap Frozen)





Jus Nenas

Jus Rock Melon


Jus Belimbing

Jus Dragon Fruit



Wednesday, April 6, 2016

BUBUR LAMBUK TELOR ASIN YANG SPECIAL







Apa hal lah special sangat ni. What's so special? Hmmm special sebab telor asin dipecahkan ke dalam bubur semasa tengah mendidih. Mana ada orang buat kan? Dan special sebab suka kita lah nak letak. Kita yang buat dia kan? Hehehe.

Actually kan, Kjee letak nama tu sebab masa Kjee niaga dulu, ramai yang datang makan kata nak Bubur Lambuk Special. Ada yang mintak dua telor kuning asin. Tu yang meniti dari bibir ke bibir Bubur Lambuk Special. Maka Kjee pun amik kesempatan guna nama tu. Hehehe.

Ini resipi arwah Bonda dan Kjee. Arwah Bonda tak letak telor asin kat dalam. Dia hanya buat bubur daging biasa letak sikit santan. Tapi Kjee yang pepandai pecahkan telor asin ke dalamnya.

Kjee buat bubur hari ni untuk kakak kesayangan Kjee, Maziyah Abdul Razak. Tauke Mazia Katering yang femes tu. Dia punyalah terer masak tapi bab bubur ni, katanya selalu tak lulus buat. Tiap kali bertemu dengannya, mesti diselit cerita pasal bubur lambuk Kjee.








So, hari ni Kjee buatlah memandangkan ada stok daging, telor asin dan santan. Telor asin ni yang Kjee buat sendiri aritu. Beli telor itik dari LubukMas Farm pastu direndam dalam air garam selama dua minggu.

Kjee letak 8 biji telor asin tadi. Kjee memang tak pernah letak garam dalam bubur yang Kjee buat. Kjee bimbang telor asin tu terlajak masin. Tapi Alhamdullilah selama ni tak masin. Kjee pun pelik. Jadi Kjee selalu tambah ler garam.

Tetapi, jeng jeng jeng, bubur yang Kjee buat tadi, punyalah buat Kjee saspen! Kjee letak 8 biji. Dah pecahkan 8 biji ke dalam periuk bubur yang tengah mendidih, baru Kjee teringat, telor asin yang Kjee buat kali ni, tersangatlah masin! Kjee tawakkal dan doa agar tidak terlajak masin!

Alhamdullilah selepas masak tadi Kjee rasa, elok-elok aje masinnya!! So kalau korang buat, hati-hati ya. Kalau tawar boleh tambah garam tapi kalau terlajak masin, habuan Cik Tong lah nanti kan?

Okay kalau nak resipi, korang intai SINI.






Tuesday, April 5, 2016

SHUMAI ATAU SIEW MAI?






Dah lama Kjee panggil Siew Mai tapi bila Kjee google kat bloggers Antarabangsa, dia orang panggil Shumai lah pulak! Whatever lah. Kalau terpelat sikit sebut Siew Mai jadi Shumai. Hehehe.

Kjee buat Shumai arini sebab tercabar tengok Tyler Florence (Tyler Ultimate fame) buat kat cooking show dia di AFC. Mat Salleh ni buat letak putih telor. Dia kata nak bagi Shumai ringan dan gebus. Hmmm ya ker? Cam tak ada apa-apa beza pun. Hehehe.

Anyway, Kjee tak lah ikut 100 peratus resipi Tyler sebab dia campur daging haram. Selalu Kjee buat hanya guna udang dan isi ayam bahagian dada. Tapi hari ini, Kjee buat letak Shitake Mushrooms yang segar.








Kjee guna dua keping isi ayam bahagian dada (beli kat Ayamas), lebih kurang 6 biji cendawan Shitake, 2 ulas bawang putih, kicap cair (kjee fish sos Thai ikut rasa) dan lebih kurang 2 sudu besar tepung Jagung. Kjee masukkan semuanya dalam Food Processor dan trrrrr sampai sebati dan halus. Tyler letak 1 inci halia. Tapi tak payah letaklah sebab tak sedap.

Kali ini Kjee letak kuning telor asin. Kjee rebus dua biji telor asin, hancurkan dan letak diatas Shumai sebelum masuk kukusan. Kukus lebih kurang 10-12 minit.

Untuk dua keping dada ayam tadi Kjee dapat dalam 12 biji. Hidang panas-panas. Sedap dicicah dengan sos cili.

Resipi penuh dengan cara membentuknya, klik SINI.










Sunday, April 3, 2016

KJEE JUAL KEMBALI BISKUT RAYA ITAS DELIGHT





Kita akan mula berpuasa di bulan Ramadhan tahun ini pada 6 Jun  2016. Hari Raya Puasa pula pada 7 Julai. Kjee rasa ramai dah buat persiapan bab pakaian Raya untuk diri sendiri dan juga untuk anak-anak. Kemudian tiba bab penting selain perhiasan rumah, iaitu Biskut Raya.

Dua tahun Kjee tak jadi agent Cookies Raya Itas Delight sebab tak berapa sihat. Kini dah boleh uruskan balik diri, maka Kjee jual cookies Raya balik sebab permintaan yang amat memberangsangkan. Alhamdullillah.

Seperkara yang Kjee seronok sangat dengan Itas Delight ini, ialah pengeluar biskut Raya lain sudah lama naikkan harga jualan mereka. Rupa-rupanya dalam masa Kjee 'berehat' dari jadi agent Itas Delight, harganya masih maintain tahap lama! Tahniah!

Mereka yang pernah order dari Kjee dulu, pasti dapat mengesahkan kesedapan biskut Raya Itas Delight ini. Biskutnya bukan sahaja sedap tetapi cantik-cantik.

Satu bekas 47-52 biskut masih dijual dengan harga RM26, sementara satu bekas Tart Blueberry ataupun Tart Nenas Gulung RM28!

Tetapi maaf, Kjee hanya jual kepada mereka yang tinggal di Lembah Kelang (KL, Petaling Jaya dan Shah Alam). Paling jauh pun Kjee hantar ke Putrajaya. Kjee akan beritahu beberapa station di tempat-tempat tersebut untuk tujuan pick up nanti.

Opppssss luar kawasan Lembah Kelang pun boleh tapi bersyarat. Korang boleh suruh adik beradik atau kawan-kawan yang balik kampung beraya, tolong amikkan dan bawak balik.

Tarikh akhir Kjee terima order ialah seminggu sebelum 6 Jun 2015. Order harus diiringi dengan bayaran. Order minima 3 bekas. Tiada caj penghantaran.

Kepada mereka yang berminat untuk order, sila WA 01131771389. Sila guna nombor kod dibawah untuk order. Semak betul-betul. Takut pulak tersalah kod nanti biskut lain yang sampai.


#1001   CHUROS STRAWBWERRY ICE
#1002   ALMOND LONDON
#1003   PARADISE HAZELNUT
#1004   RICOCO CHEREO
#1005   HAVENLY CHOC KISSES
#1006   APPLICIOUS
#1007   OTTIS CHOCOLATE
#1008   SCOTISH ORICA
#1009   SEMPERIT CHOC
#1010   ROMERO DIAMOND
#1011   FLAKY BYTE
#1012   NUTTY CHOCOLATE
#1013   COFFEEIFY CHOC
#1014   ROYALE CAPPUCINO
#1015   SUJI OREO
#1016   SEMPERIT
#1017   BROWNIES FLAKES
#1018   DOLLY PEARL
#1019   BUTTEROAT CRISPY
#1020   RED PEARL
#1021   TART GULUNG
#1022   TART BLUEBERRY


BISKUT RAYA AKAN HANYA DIHANTAR DUA MINGGU SEBELUM RAYA. SEKARANG INI TAK ADA JUAL. 














Semua biskut diatas RM26 satu bekas



Hanya dua biskut ni RM28 satu bekas






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...