Pages

Saturday, January 14, 2017

BRONOK ATAU KUIH SAGU










      Kuih ini antara favorite Nadia sejak kecil lagi. Banyak mana pun dia boleh habiskan. Kalau ke pasar Ramadhan, mata dia akan liar mencari kuih ini. Kerana dia suka, Kjee selalulah buat masa dia kecik dulu. Modal tak besar, buat pun mudah.

      Hari ini masa ke dapur setelah banyak hari tak masuk dapur, Kjee ternampak satu peket sagu biji. Baki dalam satu cawan setelah guna sedikit buat Pengat Pisang dan Pengat Keladi hari itu. Kjee ingat nak buat Sagu Gula Melaka. Tetapi bila fikirkan, yang makan nanti, Kjee sorang maka Kjee pun buatlah Bronok atau Kuih Sagu Kacau.

     Khabarnya orang Singapura panggil kuih Awol-Awol sementara adik Kjee, Indra Surya Buman yang asal orang Perak kata, disana dia orang panggil Kuih Lopis Sagu.

      Sebenarnya, sagu biji ini satu bahan yang sangat versatile. Boleh buat macam-macam. Kjee suka jugak kuih Abuk-Abuk tapi tak reti buat. Hehehe.

      Untuk Kuih Sagu Kacau hari ini, Kjee hanya buat satu cawan sagu sahaja (cawan metric standard),  tiga cawan air, ½ cawan gula (nak manis boleh tambah), sedikit pewarna merah (Kjee tak suka guna pewarna Rose), kelapa parut yang putih dan sedikit garam. Oh ya jangan lupa dua helai daun pandan.

      Mula-mula rendam sagu dalam air lebih kurang 10 minit. Kemudian cuci dan toskan airnya. Siapkan kukusan dan didihkan airnya.

      Sementara itu jerang tiga cawan air bersama gula dan dua helai daun pandan yang telah disimpul. Masukkan jugak pewarna merah dan didih air tersebut. Didih lebih kurang 10 minit atau sampai air dah mendidih.

      Kemudian keluarkan daun pandan, masukkan sagu dan kacau pantas-pantas sampai ia menjadi pekat. Kemudian pindahkan ke dalam loyang atau acuan dan kukuslah lebih kurang 20-30 minit atau sampai tak lagi kelihatan mata ikan atau sagu yang berbiji putih.

      Dah puas hati sagu tu dah tak ada mata ikan, padam api dan sejukkan. Kemudian bila dah betul-betul sejuk, guna pisau plastik atau spatula dan potong ikut suka.

      Golek dalam kelapa parut yang telah dicampur garam secukup rasa. Kalau nak kukus kelapa itu pun boleh supaya tak basi. Tapi Kjee suka kelapa fresh. Lain rasanya.

      Selamat mencuba.
   
       


Selepas dikukus 

1 comments:

Gee® said...

K.jee... nak bronoks sepiring... kelapa lebih ye... hehe

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...