Thursday, January 26, 2017

KACANG KUDA TIDAK MENGEMUKKAN?





      Kacang kuda antara makanan yang dikatakan paling berkhasiat. Hah korang dah tahu?!! Malunya... Kjee baru tahu. Itu pun dapat bantuan Cik Google. Elok bebenor untuk mereka yang tak ada kerja lain selain mengunyah. Opppsss mokcik tak termasuk senarai, ok!

      Jadi elok percaya kalau ada pakar kata makan Kacang Kuda tidak mengemukkan. Yayyy itu mokcik like!!!








      Selalu kalau beli kacang kuda (baik yang putih atau yang hitam), Kjee rendam semalaman setelah letak sedikit garam dan kunyit. Semalam suruh Nadia rendam. Lupa nak pesan letak garam dan sedikit serbuk kunyit, Justeru, kacang yang direbus pucat giler. Masa nak rebus barulah letak garam.

      Oleh kerana dah ada pressure cooker, maka Kjee pun rebus kacang tadi dalam periuk tu. Sepuluh minit sahaja dah cantik kejadiannya. Kjee tak pasti berapa lama kalau rebus guna kaedah biasa. Cuma yang pasti, mengambil masa jugaklah.

      Ada pelbagai cara kacang kuda dimasak selepas direbus. Kalau sebelah Timur Tengah, dia orang buat Humus atau paste untuk dicicah dengan roti mereka. Orang India pulak terutama yang vegetarian, ada macam-macam cara menyediakannya termasuk masak Masala atau dimasukkan ke dalam kari. Sedap sangat!










      Tetapi oleh kerana dalam rumah ini ada yang suka dimakan begitu sahaja, maka Kjee pun buatlah Kacang Kuda tumis biasa-biasa.

      Beberapa batang cili kering direndam seketika dalam air panas kemudian dikerat-kerat dan bawang merah dimayang. Panaskan minyak, (Kjee guna minyak Zaiton), campakkan sedikit biji sawi dan daun kari. Apabila sudah naik baru masukkan bawang dan cili kering. Apabila bawang sudah hampir garing, masukkan kacang kuda rebus sedikit serbuk kunyit dan garam (jika masih belum cukup masin. Kacang tadi kan sudah direbus dengan garam). Golek-golekkan dan padam api.

      Itu aje cara Kjee yang kurang rajin pagi ini. Kjee tengok ada yang rajin buat sambal kemudian goreng garing-garing ikan bilis. Lepas tu campurkan dengan kacang kuda dan ikan bilis goreng ke dalam sambal. Sedap jugak kan?!

      Jadi, kalau ada yang kerjanya tak henti-henti mengunyah, cubalah kunyah kacang kuda pulak selepas ini. Kandungan nutrisi cukup tinggi. Yang penting tiada lemak. Yo lah tu kalau makan kurang dari seguni sehari. Hehehe





     

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...