Sunday, February 12, 2017

JUS EPAL CAMPUR SERAI... UBAT SEDAP!






   
      Beberapa minggu lalu, Kjee ternampak satu post pada page seorang kawan mengenai tips untuk mendapat kelegaan dari sakit sendi dan lutut. Kjee tengok sepintas lalu sahaja. Kemudian beberapa hari lalu, seorang kawan menyarankan Kjee amalkan minuman Jus Epal dan Serai. Manalah tahu dengan izinNya, kesakitan yang Kjee alami boleh berkurangan.

       Well, no harm trying. Bahan-bahan yang senang diperolehi. UnclePali ada tanam serai dalam pasu. Bukan dia yang tanam tetapi dia hangkut balik sini dari kampung. Epal pun banyak dalam peti ais sebab Nadia jadikannya kudapan.

       Maka semalam Kjee pun ke dapur untuk cuba membuat jus epal dan serai ini. Bahan diperlukan hanya dua biji epal hijau dan empat batang serai. Epal dipotong kecil-kecil, serai diketuk-ketuk dan masukkan dalam periuk bersama 1 litre air.

       Rebus guna api sederhana lebih kurang 30 minit atau sehingga dirasakan airnya sudah tinggal dua mug. Lenyek-lenyekkan epal dan tapis airnya. Sejukkan. Boleh juga simpan dalam peti ais. Itu arahan yang diberi.

       Kjee pun ikutlah. Tapi gelas pertama Kjee minum ketika suam. Kjee memang kurang minum air sejuk dalam peti ais. Tetapi satu gelas lagi Kjee suruh UnclePali simpan dalam peti ais seperti mana diarahkan. Kjee ikut sebab takut airnya basi.

       Malam tadi, sebelum tidur Kjee teringat pasal jus epal yang letak dalam peti ais. UnclePai ambil dan beri Kjee minum. Terkejut Kjee!! Sedap sangat-sangat! Patutlah disarankan minum ketika sejuk!

       Insya Allah Kjee akan buat jus Epa Serai ini minuman setiap hari. Selain daripada sedap, mana tahu memang boleh sembuh sakit sendi dan lutut kan?

        Korang tak percaya, sila cuba. Tak payah letak gula. So bila tak ada gula, pepaham ajelah kan. Tentu ia juga elok untuk kesihatan!

       Tapi kalau nak letak ais mungkin boleh adjust letak gula ataupun madu. Selamat menerai.



   


     

4 comments:

Normala Saad said...

Salam KJee...nak try juga. Thanks for sharing ya...

Anonymous said...

Saya tunggu hasilnya, moga-moga ada perubahan sakit sendi lutut itu. Bolehlah saya guna untuk pulihkan sakit sendi lutut ibu saya. Dipohon Aunt Jee pos gambar epal yg telah dilenyek dan air hasilnya. Terima kasih.

Syed

Kjee said...

Assalammualaikum Syed. Aunty dah minum air rebusan ini dekat seminggu. Alhamdullilah rasa badan ringan dan lutut kurang sangat sangat berbanding sebelum ini. Ikhtiar lah.

kak ina kl said...

Nak cuba gaklah, senang ajer nak buat

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...