Pages

Thursday, March 2, 2017

CUCUR (FRITTERS) KENTANG+JAGUNG+UDANG








       Hari ini tekak Kjee hanya teringin nak makan cucur kentang. Omputih panggil fritters. Depa pun tahu jugak nak makan cucur. Hehehe. Tapi cucur Mat Salleh letak macam-macam.

       Ini kali ketiga Kjee buat cucur atau fritters kentang letak jagung. Selain itu, Kjee juga letak udang halus yang dicincang-cincang.

       Oleh kerana untuk makan sorang, Kjee kupas dua biji kentang yang sederhana besar. Kjee sagat guna box grater (sagat kotak). Lepas tu Kjee perah air kentang yang telah disagat. Tak tahu kenapa mesti perah tetapi rata-rata resipi yang Kjee intai, semua perah. Dia orang perah guna kain muslin yang bersih. Kjee perah dengan tangan sahaja.




Kalau tak ada sagat begini, ricik kentang halus-halus



       Selepas perah, Kjee masukkan jagung (ikut suka banyak mana). Kjee beli jagung manis dalam peket. Hari tu Nadia ada beli jagung manis berkerim dalam tin. Tapi rasanya tak kena kalau guna jagung itu. Lagipun, Kjee dah plan nak buat dessert guna jagung manis berkerim esok.

       Setelah dicampur udang dan digaul rata, Kjee masukkan pulak daun bawang yang telah dihiris. Daun bawang itu sebagai gantian bawang. Setelah itu, Kjee masukkan jugak lebih kurang dua sudu besar tepung gandum. Kemudian ramaskan satu kiub bilis, sedikit ajishio pepper (kalau guna) dan gaul lagi sampai sebati.

       Oleh kerana Kjee nak buat cucur leper, Kjee buat bulat-bulat adunan dan susun dalam pinggan.  Kemudian panaskan minyak. Apabila minyak cukup panas, leperkan adunan yang telah dibulatkan dan masukkan perlahan-lahan ke dalam minyak panas. Hati-hati ya.

       Adunan yang mengandungi kentang mengambil masa lama sedikit untuk garing. Balik-balikkan. Apabila sudah warna keemasan, keluarkan dan tos atas tisu dapur.

       Makan sebaik siap. Boleh dimakan dengan sos, mayonaise atau begitu sahaja.







0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...