Sunday, March 5, 2017

DAGING GORENG KUNYIT MUDAH









       Dah buntu tak tahu nak masak apa. Tetapi UnclePali suka sangat kalau daging digoreng dengan kunyit. Hari tu Kjee buat, habis sepiring dia ratah. Oleh kerana ada lagi berbaki daging dalam 450 gms, Kjee beritahu dia nak buat daging gooreng kunyit. Punyalah dia senyum.

       Tetapi hari tu Kjee goreng begitu sahaja, setelah diperap dengan kunyit. Tadi Kjee olah sikit letak carrot, bawang besar, bawang putih dan cili padi.

       Kjee guna daging batang pinang kerana gigi kami berdua, sepesen. Dah hampir-hampir nak luruh. Tapi kalau korang tak ada daging batang pinang yang lembut, mungkin boleh rebus daging biasa hingga lembut, dihiris dan diperap dengan kunyit dan garam.

       Selepas diperap, biarkan lebih kurang setengah jam. Ketika itu, boleh siapkan bahan-bahan lain. Kjee potong carrot selebar mancis, bawang besar dipotong dua kemudian dibelah tiga. Bawang putih dihiris. Kjee juga guna cili padi yang ditoreh sedikit hujungnya.

       Selepas siapkan semua bahan-bahan, UnclePalli terus goreng daging. Guna api besar dan kepingan daging tidak perlu terlalu banyak sekali goreng. Nanti suhu kepanasan minyak akan turun. Goreng hingga masak tetapi jangan terlalu garing. Luar garing dan dalamnya masih lembut. Buat sampai habis.

       Kjee guna kuali lain untuk tumis bahan-bahan yang dipotong tadi. Minyak yang sama digunakan iaitu lebih kurang dua senduk. Apabila bahan-bahan sudah layu, masukkan daging tadi. Perasa lagi dengan garam dan sedikit pak aji (kalau guna). Gaul sampai rata dan padam api.

       Hidang panas-panas dengan nasi putih. Boleh juga letak kacang panjang jika suka. Kacang panjang itu dimasukkan bersama carrot.







1 comment: