Saturday, March 11, 2017

KUIH LOPES DULU DULU




       Tak ramai budak-budak sekarang tahu apa itu Kuih Lopes. Well, tak ada kena mengena dengan aktres Hollywood Jennifer Lopez. Kalau dia datang Malaysia, harap-harap ada yang sudi belanja dia makan kuih yang cukup terkenal satu ketika dulu. Hehehe

       Kjee membesar dengan kuih ini. Air tangan Bonda. Rajin dia buat. Rendam beras pulut letak sedikit air kapur supaya kenyal. Kemudian dia bungkus bentuk tiga segi dengan daun pisang. Dah siap, dia ikat empat atau lima biji dengan tali dan rebus. Selalunya Bonda buat sebelah malam. Pagi esoknya, Kjee lah kena kukur (parut) kelapa. Golek kuih lopes dalam kelapa yang telah dicampur sedikit garam dan dicurah dengan sirap gula Melaka.

       Korang rasa Kjee buat ke Kuih Lopes ini? Isyhhhh tak lah. Tak nak tipu kata Kjee buat. Tapi Kjee ada google kat internet. Kebanyakkan blog ambil jalan mudah dengan buat lopes ala nasi impit. Tak selera pulak nak makan.

       Kemudian Kjee rewind fikir macam mana arwah bonda. Tu lah kan, masa dia masih hidup tak nak belajar buat. Sekarang kan dah nyesal!

       So, Kjee pun buat keputusan. Beli ajelah sedangkan yang makan nanti bukannya penghuni rumah ini. Dia orang tak berapa excited macam Kjee. Kalau beli setakat empat atau lima biji lagi mudah dan murah.

       Jadi, Kjee kol member Kjee yang bukak gerai sebelah gerai jual kuih lopes terkenal di Kampung Baru. Pesan dia  booking 10 biji. Katanya 80 sen sebiji. Kjee cakap nak beli yang masih dibalut daun pisang. Jadi, tiga biji Kjee keluarkan dan lebihnya simpan dalam freezer. Bila nak makan, kukus ler balik. Jimat masa. Kos RM8 jer untuk 10 biji. Cerdik tak mokcik? Hehehe.

       Kalau korang nak resipi, korang carilah sendiri. Ada banyak pilihan. Nak yang original atau yang moden. Nak tahu cara balut, korang tengok kat You Tube.




0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...