Tuesday, March 14, 2017

REBUNG MADU MLCP







       Apabila membeli rebung, Kjee suka jenis yang jeruk. Yang dihiris nipis-nipis. Rasanya masam-masam dan sedap dimasak Lemak Cili Padi (mlcp). Tetapi setelah diperkenalkan kepada Rebung Madu pertama kalinya beberapa tahun lalu, Kjee jatuh cinta pulak. Rasanya manis dan tidak masam. Sedap dimasak kari jugak.

       Tadi Kjee suruh Unclepali beli Rebung Madu di The Hero Market. Apabila sampai rumah, Kjee tengok ia sudah siap dihiris. Aikkk tak pernah pulak dijual seperti ini sebelum ini. Tapi, seronok jugak sebab tak perlu hiris lagi. Boleh jimatkan kerja mokcik sikit.

       Jadi Kjee masaklah lemak cili padi macam biasa. Letak sedikit ayam. Mulanya ingat nak letak daging. Tak jadi sebab lupa nak defrost daging.









       Kjee masak cara orang Nismilan. Tumbuk cili padi dengan sedikit garam, letak kunyit hidup. Tumbuk lagi sampai kunyit tu halus. Kemudian Kjee tumis guna sedikit minyak, masukkan ayam dan serai. Tunggu ayam kecut, masukkan sedikit air dan rebung. Apabila dirasakan ayam dan rebung dah lembut, masukkan santan. Kjee guna 1½ kotak santan. UnclePali lupa beli kelapa. Hehehe.

       Itu aje cara masaknya. Kjee jugak masukkan sekeping asam gelugur. Tetapi sebaik sahaja rasa, terkejut Kjee kuahnya masam! Cepat-cepat keluarkan asam keping yang baru dimasuk tak sampai seminit! Confirm dah rebung madu tu telah dijerukkan terlebih dahulu. Redho dan pasrah.

       Inilah rezeki kami sekeluarga. Kjee juga buat Ayam Goreng Berempah. Itu entri esok ya. Hehehe.







   
     

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...