Pages

Friday, March 24, 2017

SAMBAL BILIS JAWA, LAGI PEDAS LAGI KAW!



       Omputih kata Appetiser. Orang Melayu kata pembuka selera. Orang Jawa kata... oppppsss Kjee orang Jawa tapi orak ngerti ngomong Jowo.

       Inilah pembuka selera paling sedap dan mudah disediakan. Kjee selalu buat ratah. Tetapi kalau makan dengan nasi panas-panas ataupun bubur nasi, memang susahlah nak cakap sedapnya.

       Kjee dapat resipinya masa mula-mula kahwin dengan arwah bapa Nadia. Bila dia kata nak buat sambal Jawa yang femes kat kampungnya di Parit Bengkok, Batu Pahat, Kjee senyum sinis jer. Tapi apabila dah rasa, kalau tak ada sambal ini (masa itulah), tak berselera nak makan.

       Hari ini Kjee buat kurang pedas sedikit kerana Kjee tak boleh pekena sambal cili atau apa jua lauk yang letak banyak cili padi. Tapi kalau tak letak langsung, rasanya tak ngam. So Kjee letak tiga biji cili merah, satu cili hijau (last stok dalam peti ais) dan dua biji cili padi bangla yang pedas terlampau itu.

      Cili tadi digoreng bersama 8 ulas bawang merah. Goreng sampai sedikit garing kemudian keluarkan dan toskan minyaknya. Dalam minyak yang sama, goreng satu mangkuk ikan bilis hingga garing.

       Kemudian tumbuk cili dan bawang tadi. Jangan halus sangat. Keluarkan dalam mangkuk. Selepas itu, tumbuk manja-manja ikan bilis tu. Kalau tak nak tumbuk pun ok. Selepas itu digaul bilis dengan sambal tumbuk tu, diperah limau nipis. Dan apa tunggu lagi! Ratahlah sikit dulu kan! Hehehe.

       Mudah sangat tau? Zaman Kjee boleh bedal semua yang pedas, Kjee buat Sambal Bilis Jawa ni banyak-banyak. Kemudian letak dalam bekas kecil-kecil dan simpan. Masa tengok TV pun boleh ratah.

       Tak lama lagi bulan Puasa kan? Tak terfikir ke nak buat untuk sahur? Kalau ada sambal ini, dengan lauk sampingan telor mata kerbau atau telor dadar pun, harus boleh makan nasi bertambah-tambah, masa sahur gitu. Hehehe



     



     


0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...