Pages

Friday, April 28, 2017

CUCUR BILIS YANG BULAT






         Kjee masih ingat dulu. Kalau buat Cucur Bilis atau yang sewaktu dengannya, mesti jadi leper. Itu cara Bonda buat. Tapi leper pun, habis dibedal. Especially kalau dicicah dengan sos cili Lingham. Hehehe.

         Anyway, apabila sudah ke penghujung lima series barulah mokcik belajar cara nak bagi dia bulat-bulat! Aiseyyyy malunya. Tapi Kjee tak malu nak ngaku tau. Belajar pun dari Facebook. Banyak faedah juga FB ni kan?

         Kjee dulu nampak orang tu (maaf Kjee lupa siapa) buat Cucur Manis. Cantiknya kejadiannya. Bulat-bulat. So Kjee pun cuba terai test buat yang savory sebab my housemates kureng sikit kalau buat Cucur Manis.

         Maka tiga tahun lalu, Kjee buatlah Cucur Udang Bulat-Bulat (Kjee panggil molat-molat) yang pertama. Fren FB tu panggil Cucur Manis Kembung! Klik SINI. Happy sangat masa tu. Maklumlah dah lama sangat makan spesies yang leper.

         Ini kejadian Ahad lepas. Lepas Subuh, Kjee terus ke dapur bancuh tepung dan masukkan ikan bilis. Apabila dua housemates dah bangun tidur baru goreng. Oppppsss Nadia yang goreng.

         Cubalah. Ada teknik rupa-rupanya.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...