Tuesday, April 25, 2017

DURIAN DALAM BUBUR KACANG HIJAU






        Apa sahaja makanan yang diletak durian, mesti sedap. Maksud Kjee kalau anda ini hantu durian lah ye. Makan dengan nasi dicurah santan dan letak gula sikit pun sedap. Apa lagi kalau makan pulut dengan cara yang sama kan?

        Semalam sewaktu kami keluar dinner, Nadia bisik nak makan durian. Memang kami dua beranak hantu durian. Tetapi minat kami kepada durian pudar selepas berkahwin dengan UnclePali. Dia tidak berhantu sangat macam kami jadi entah mengapa makin lama minat kami itu makin tipis.

        Tetapi mujur Nadia sebut nak makan sebab Kjee ni kan berpenyakit. Jadi, selalunya tak berani menyebut hendak makan benda-benda yang boleh menyebab meningkat gula dalam darah.

        Malam tadi Nadia beli tiga peket di tepi jalan dekat Sri Rampai, Setapak. Dua peket kami bedal sebaik sampai rumah. Kjee warning dia jangan dibuka satu peket lagi sebab Kjee nak buat bubur kacang.

        Maka inilah kejadian Bubur Kacang berdurian siang tadi. Kacangnya Nadia dah rendam semalam dan rebus dalam pressure cooker malam tadi. Herannya UnclePali. Dia tak berapa minat durian tetapi boleh habis satu mangkuk besar bubur kacang berdurian tengah hari tadi.

        Tekak orang birthday kot. Happy Birthday abang. Tak ada kek tahun ini. Makan bubur durian sahaja. Tunggu saya dah kurang sibuk nanti kita celebrate. Hehehe.

        Resipi korang intai SINI. Kjee sekarang sibuk kembali dengan projek buku. Satu buku sudah siap hampir separuh. Dua lagi sedang menunggu. So kalau Kjee tak update blog, paham-paham sahaja ya. Hehehe.

0 comments:

Post a Comment