Pages

Thursday, April 13, 2017

MI SIAM BERKUAH







         Ini Mi Siam versi yang Kjee kenali sejak kecil. Ada banyak versinya. Sudah semestinya kalau resipi ibu kita, kita akan kata ia yang paling sedap. Kjee tak ada nak komen secara spesifik resipi orang lain. Cuma Kjee, kekadang suka makan Mi Siam yang berkuah. Berkuah meaning dicurah sedikit kuah ketika kita hendak makan. Bukan yang bergenang kuah macam Mi Kari.

         Seingat Kjee, arwah Bonda tak pernah buat Mi Siam yang ada kuah. Mungkin dia pun tak sedar wujudnya Mi Siam berkuah. Kjee pasti kalau dia tahu, mesti dia suka.

         Kjee dapat tahu rupa-rupanya kuah Mi Siam guna rencah sama yang kita tumis untuk buat Mi Siam. Kjee ada resipi pemberian ibu kepada seorang sahabat. Tetapi apabila Kjee google, Kjee dapati ada yang letak pelbagai jenis bahan termasuk santan! Resipi yang dibisikkan ibu sahabat Kjee itu hanya ada dua bahan tambahan iaitu air asam Jawa dan gula!

         Ini resipi untuk Mi Siam




       



        Untuk buat kuah pula, hanya perlu masak rencah lebih sedikit. Apabila sudah masak, keluarkan satu atau dua senduk dan letakkan dalam periuk kecil lain. Masukkan sedikit gula dan air asam Jawa. Agak-agaklah air asam Jawa itu mengikut kuah yang diperlukan. Begitu juga gula. Jangan terlalu banyak. Jerang sehingga mendidih. Padam api.

         Ada orang buat cair sedikit dengan meletakkan lebih air dan asam Jawa. Rasanya harus pedas, masam dan sedikit manis. Kuah ini dicurah ketika hendak makan dan banyak mana ikut suka. Kjee rasa terbikin pekat sikit kuah kali ini. Terserah kepada citarasa masing-masing.

         Hias dengan telor yang telah didadar nipis dan dihiris. Arwah bonda dulu suka juga letak tauhu goreng dan juga fish cake. Kali ini Kjee letak hirisan daging ketika memasak rencah.

         Bagaimanapun, Kjee ada sedikit masalah ketika buat Mi Siam. Ia tidak tahan lama. Jika masak sebelah pagi, kena habiskan sebelum petang. Kalau disimpan, nanti sudah mula rasa nak basi. Kjee tak pasti kenapa. Mungkin kerana diletak taugeh. Lagipun, biasanya Kjee masak mi atau mihun atau kway teow yang dibubuh taugeh, Kjee selalu masa bahan itu separuh masak sahaja,






0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...