Friday, April 14, 2017

PULUT SERUNDING KELAPA MUDAH








         Kuih Pulut Serunding ini rasanya kuih bermusim. Di Kuala Lumpur, boleh diperolehi dengan mudah ketika bulan Ramadhan. Tetapi di bulan Ramadhan, apa makanan yang tak ada di Kolumpo? Ramai orang berhjirah sebulan dari negeri-negeri satu Malaya untuk mencari rezeki di sini.

         Tetapi Kjee tak pasti samada di luar Kolumpo kuih ini senang diperolehi. Asal dari mana pun Kjee tak pasti. Tapi mungkin kuih satu Malaysia. Hehehe.

         Seperti biasa kalau nak sedap kuih ini, Serundingnya mesti sedap. Cukup asam garamnya. Kjee buat Pulut Serunding sahaja. Pulut ditanak, dikepal dan digolek dalam serunding. Tetapi Serunding Kelapa ini versatile. Boleh buat Pulut Panggang dan juga Kuih Cucur Badak.

         Ada orang buat Serunding ini letak daging. Arwah Mak pernah buat. Makan dengan Nasi Impit ataupun Lemang di pagi Raya. Sedap. Tapi Kjee tak pernah buat. Kjee buat guna udang kering sahaja.






       


 
         Semalam Kjee buat sikit jer. Dalam setengah biji kelapa parut yang putih sahaja. Kemudian Kjee rendam dua sudu udang kering selama lebih kurang setengah jam atau sampai ia lembut. Toskan airnya. Lepas tu Kjee sangai satu sudu kecik jintan manis dan satu sudu kecik jintan putih. Sebaik sahaja dah naik bau, terus tumbuk hingga halus.

         Bahan-bahan lain yang harus ditumbuk bersama ialah empat biji cili merah (nak pedas tambah), satu inci kunyi hidup (Kunyit serbuk pun ok), sebiji bawang besar atau 4 biji bawang merah, 2 ulas bawang putih dan dua batang serai yang diracik halus. Semua ditumbuk bersama jintan tadi hingga halus. Bila dah halus, tumbuk sekali udang kering. Ada orang letak lengkuas tapi Kjee tak letak. Tapi Kjee ricik dua helai daun limau purut dan tumbuk sekali. Saja nak bagi naik bau.

         Apabila bahan semua sudah halus, tumislah dalam kuali. Minyak tak perlu banyak. Tumis guna api sederhana panas sehingga garing. Apabila sudah garing, masukkan kelapa dan gaul rata dan terus goreng lagi. Jangan sampai terlalu kering.

         Apabila sudah siap masak, rasa. Kalau cukup masin tak perlu letak garam. Ada orang letak sedikit gula putih. Kjee tak letak. Dan ada juga letak sedikit air asam Jawa. Juga Kjee tak letak.

         Itu sahaja caranya,

         Untuk tanak pulut guna rice cooker, pulut tak perlu rendam. Cuci bersih, letak dalam rice cooker, air separas atau lebih sikit sahaja dari paras beras pulut. Kalau nak letak santan, bolehlah letak dalam paras yang sama. Jangan lupa letak sedikit garam.

         Jangan menyibuk bukak penutup rice cooker walaupun lampu pada periuk itu sudah padam. Biarkan lebih kurang 10 minit. Kemudian baru kais-kais guna garfu.

         Bagaimanapun, kekadang ada juga beras pulut yang 'degil'. Kalau pulut masih mentah, kukuslah dalam 10 minit. Insya Allah okay selepas itu.



   














4 comments:

  1. sedapnye kak jee...umo saya dh 45 taun...tp x pernah sekali pun masak pulut...padahal saya ni pulut lover...kalau nk tanak pulut...airnye byk mane ye kak jee? -hunnyza-

    ReplyDelete
  2. Tengok pada jenis-jebis pulut. Kalau nak tanak, airnya tutup paras pulut atau lebih sikit. Boleh letak sedikit santan. Masukkan ke dalam rice cooker dan tanak. jangan dibuka sehingga sudah benar-benar masak dan kering.

    ReplyDelete
  3. http://www.dapurkakjee.com/2011/04/233-pulut-lemak-sambal-daging.html

    ReplyDelete
  4. tq kak jee...nk memulut lak esok ni... -hnnyza-

    ReplyDelete