Thursday, May 18, 2017

KAILAN IKAN MASIN






         Kjee pasti ramai mengeluh tengok entri ini. Mengeluh sebab mereka tidak suka makan sayur. Well, maaflah ya kalau korang tak suka. Tetapi Kjee dan Nadia memang tak boleh makan nasi kalau tidak ada sayur. UnclePali species lain. Tapi dia suka Kailan masak camni.

         Kailan adalah antara makan wajib order kalau kami makan di luar. Tak kesahlah kalau gerai Tomyam atau di restoran lain yang sewaktu.

         Tetapi malangnya, seringkali cara memasak mereka tidak menepati selera kami. Banyak sangat minyak digunakan sedangkan boleh sebenarnya letak sikit minyak sahaja! Jangan membazir minyak masak lah!

         Mudah jer masak lauk ini. Tetapi ada penanam sayur Cina beritahu Kjee sayur ini setelah disiang, harus direndam lama sedikit. Lama tu dalam sejam kot. Dan dibilas guna air yang banyak kerana mereka yang tanam sayur ini guna banyak insecticide (racun serangga). Justeru, apabila beli kailan, jarang jumpa daunnya yang dimakan ulat.

         Tapi Kjee ambil langkah selamat iaitu beli yang haidroponik. Mahal sedikit tetapi tidaklah sampai buat kita jatuh miskin. Hehehe.

         Ikan masin yang digunakan tak payahlah yang jeruk (tetapi guna ikan tenggiri jeruk masin, tersangatlah sedap). |Apa juga ikan masin yang ada dalam rumah boleh digunakan. Goreng garing-garing dan ramas-ramas. Kemudian ditaburkan aje diatas sayur yang sudah siap dimasak, waktu hendak hidang.

         Cara Kjee masak sayur ini simple jer. Ketuk-ketuk bawang putih, tumis dalam minyak yang sedikit hingga garing (bukan hangus). Masukkan sayur dan balik-balikkan. Kalau suka tambah air sikit sahaja untuk masakkan sayur tu. Kemudian Kjee letak sedikit kicap cair ikan/sotong Thai atau nampla. Jangan banyak sebab nanti nak tabur ikan masin diatasnya.

         Bila dah hidang, taburkan sedikit lada sulah dan ikan masin yang telah digoreng dan ramas. Lauk ini Nadia yang masak hari tu.

       



5 comments:

  1. Sedapnyaaaa feveret saya nih.....nanti nak try versi kjee la plk...

    ReplyDelete
  2. Kegemaran saya dan juga suami. Selalunya saya hanya letak sedikit minyak atau no oil at all... bawang putih, air sedikit dan sayur. Itu pon sudah cukup kami bahagia makan :D

    ReplyDelete
  3. Boleh follow resepi ni.. memang sedap

    ReplyDelete