Pages

Saturday, May 20, 2017

KARI IKAN MACKEREL JEPUN






         Dah lama Kjee tak masuk Hero Market, baik yang lama di Section 6 Wangsa Maju atau yang baru di Taman Melawati. Selalunya, Kjee bagi list samada kat UnclePali atau Nadia. Apa yang dalam list, mereka beli.

         Semalam, Kjee insist nak masuk Hero. Mulanya UnclePali tak benarkan tetapi apabila Kjee pujuk, akhirnya dia mengalah dan bawa Kjee masuk. Siap dia standby tongkat takut isteri dia rebah. Nak bawak kerusi roda, leceh lah pulak. Hehehe.

         Kjee teringin nak makan kari. Ikan yang jadi pilihan ialah Jenahak. Kjee tau UnclePali tak kenal ikan tu sebab itu Kjee nak masuk sendiri ke Hero Market. Kami ke Hero baru di Taman Melawati. Kat situ, pilihan tak sebanyak di Hero lama tetapi sana susah pulak parking.

         Memang ikan Jenahak yang diingini, tidak ada. Kjee pun angkat dua ekor ikan Bawal Hitam. Itu fav Nadia kalau masak kari. Kemudian ternampak Ikan macam rupa ikan Tongkol tetapi bukan. Kjee pergi dekat-dekat dan nampak tertera Mackerel. Ohhh inilah Mackerel yang selalu Kjee tengok chef kat AFC guna bila masak! Kjee terus rembat tiga ekor. Tersangatlah murah. Rasanya RM8.99 sekilo. Ikan import dari Jepun.

         Kawan-kawan kat FB kata ikan ini sedap dibakar. Ada kata buat kari pun sedap. So Kjee terai ajelah. Murah jer so no problem. Kalau tak sedap boleh bagi anak-anak bulus makan.

         Setelah dipotong-potong dan dicuci dalam air asam Jawa, Kjee pun masak kari. Half way through memasak, Kjee baru perasan isi ikan ini agak pejal! Tapi taklah sepejal ikan Tongkol. Tapi kalau masak lama mana pun, rasanya isinya tak pecah berderai.


  1.          Ada kata dia pernah bakar ikan itu dan baunya sangat hanyir. Kjee rasa semua ikan bukan dari perairan sebelah sini kuat hanyirnya termasuk Salmon. Ada yang boleh uwekkk dengan bau Salmon yang telah dimasak. Justeru kita kena pandai-pandailah cuba kurangkn sikit bau itu. Tetapi heran pulak apbila macam Sushi atau Sashimi, Salmon yang dihidang mentah tidak pulak hanyir!


         Kjee tidak ada masalah semalam. UnclePali yang paling sensitif dengan bau hanyir ikan pun tak komplen.

         Tapi lain kali kalau beli Mackerel ini, Kjee akan cuba bakar pula. Cicah dengan air asam atau budu pasti sedap. Lemak rasanya dan banyak isi.

         Kakak angkat Kjee, Kak Hawa yang sudah berpuluh tahun tinggal di Australia beritahu,  ini Ikan Mackerel Jepun. Ikan Mackerel Spanyol (Spanish Mackerel) lagi besar. Indian Mackerel pula seperti Ikan Kembung atau Temenung.

         Kalau buat kuah Laksa Johor sedap ini. Banyak isi dan lemak.

         Anyway Kjee gandingkan Lauk Kari semalam dengan Kerabu Mangga (resipi  SINI), sambal belacan, jeruk petai (lihat SINI) dan jugak bendi celur. Untuk resipi kari ikan, klik SINI.




Japanese mackerel


     

7 comments:

Anonymous said...

Kak jee... Ikan nie buat bakar mmg terbaik ataupun ikan masak belah belakang
banyak minyak omega 3
kat UK £1 seekor skrg nie

Kak Nab said...

sedap ikan ni.

Anonymous said...

Salam Kak Jee & Selamat menyambut Ramadhan

Kak Jee saya pergi makan tempoyak Ikan Patin kt Gobang Maju Wangsa Maju lepas baca review dlm blog Kak Jee

Banyak kali jugak pergi nya

Ingat lagi hujung dec 2016 pergi makan situ Cuba mkn Pais Tempoyak Ikan Tilapia

Seekor tu lps di timbang adalah dlm RM20. Rasa berbaloi sbb Ikan besar dan tempoyak nyer pun bnyk...

Tp baru2 nie dlm bulan April 2017, sekali lagi pergi lunch di situ dan order menu yg sama

Pelayan letak harga RM 28.. sebab Dh order dan dicuit Ikan nyer pejam mata je lah

Bersangka baik mungkin Ikan Dh mahal

Tp bila kami yg berempat ni makan dikuis2 Isi Ikan terus rasa tulang. Di Tanya pada pelayan jawab nyer Ikan tu sebelah... kata nyer kami yg tak mintak Ikan seekor

Pelli nyer masa order tak pulak di explain ada sebelah atau seekor

Mcm mana lah Boleh di buat sebelah sbb kepala Ikan nyer penuh.. cuma Isi sebelah Dh hilang dan untuk Ikan sebelah harga Boleh tahan melampau..

Nak komplen di Facebook Gobang Dh mcm tak aktif..

Sbb Kak Jee Kenal personally owner dia.. minta2 sampai kan lah "Salam" saya ini

Terima Kasih yer...

Cik Kiah said...

Salam Kak Jee.
You're so talented! Kalau saya nak inspirasi utk memasak, mesti akan bukak blog kak jee. Saya harap kak jee akan hasilkan buku resepi. Sungguh teruja tengok masakan kak jee.

NORMYZA said...

Rindunya dengan celoteh Kak Jee... cari kat FB takder...

Sumiyati said...

Salam Kak Jee.
You're so talented! Kalau saya nak inspirasi utk memasak, mesti akan bukak blog kak jee. Saya harap kak jee akan hasilkan buku resepi. Sungguh teruja tengok masakan kak jee.

Amanda Suria said...

Ikan ni sedap dibakar dan goreng berlada...SA x pernah cuba lagi masak kari..nak cuba la nanti...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...