Pages

Tuesday, May 9, 2017

SALTED EGG SOFT SHELL CRABS







         Kjee mula merasa makan soft shell crabs (ketam kulit lembut) di restoran Jepun. Macam-macam cara masakannya. Tapi kami suka Temaki with Soft Shell Crabs. Kami sekeluarga memang minat makan ketam. Tetapi bukan dimasak di rumah. Selalunya kami makan Singapore Chilli Crabs di sebuah restoran di Petaling Jaya. Hanya ratah dan cicah kuahnya dengan roti bakar. Kalau kat rumah masak cara apapun, tetap tak laku. Mungkin suasana makan di kedai dengan bunyi orang ketuk ketam sambil makan tu yang menyelerakan.

         Anyway, hari itu Kjee nampak Chef Shearson Lian masak Soft Shell Crabs with salted egg yolk. Mudahnya!! Kjee pernah masak lauk resipi sama guna udang. Tak pasti ini resipi Cina atau India sebab guna daun kari. Mungkin dah di fusion kan. Hehehe.

         Seperti biasa Kjee tanya frens FB mana nak beli soft shell crabs. Tak pernah nampak di Hero Market. Kata mereka ada di Sri Ternak Market, Selayang. Tapi ada seorang tu kata ada di Kampung Baru. Lihat foto bawah.






Empat ekor 500 grams


         Maka Kjee pun pergilah ke kedai tu. Sepelaung jer dari rumah arwah atuk di Jalan Raja Alang. Kjee pun pernah tinggal sama kawan-kawan kat flet PKNS, Jalan Raja Muda Musa Kampung Baru masa bujang dulu. Satu kilo RM55. Kjee minta 4 ekor. Bila ditimbang, beratnya 500 grams. Ok lah kan. Baru first time buat. Kalau sedap lain kali boleh ulang beli.

         Sampai rumah Kjee google pula cara nak bersihkan ketamkan tu sebab ia tiada kulit keras. Rupa-rupanya sama jer macam ketam biasa. Buang selaput hitam yang macam kulit tu, bersihkan insangnya dan kerat dua. Kenit sangat-sangat hehehe. Simpan sekejap dalam peti ais.

         Kemudian Kjee follow cara Sherson. (Kjee telah rakam rancangan itu). Mula-mula pecahkan telor asin (Kjee guna 4 biji. Tamak lah. Tiga pun cukup sebenarnya). Asingkan yang putih dengan kuning. Sherson suruh kukus seketika telor kuning. Kjee buat. Tapi lain kali tak payah kukus.









Setelah digoreng


         Bahan lain ialah bawang putih, cili padi, sedikit tepung jagung dan daun kari. Bawang putih dan cili padi dicincang. Kjee guna 5 biji bawang putih dan 6 biji cili padi.

         Celup satu ketul ketam ke dalam tepung jagung kemudian celup dalam telor putih tadi. Kemudian goreng hingga garing. Buat sampai habis.

         Panaskan satu ketul butter (dalam satu sudu besar) bersama sedikit minyak. Kjee guna minyak zaiton. Korang gunalah apa sahaja yang ada. Apabila sudah cair, masukkan bawang putih dan daun kari. Goreng hingga bawang putih keperang-perangan dan daun kari dah jadi garing. Masukkan kuning telor, pecah-pecahkan. Oleh kerana sudah dikukus, kuning telor tu jadi keras. Lain kali Kjee tak nak kukus. Kemudian masukkan cili padi dan ketam. Gaul hingga rata dan mesra. Rasa.

         Kjee tak letak langsung garam kerana Nadia kata sudah cukup rasa kemasinannya dari telor asin tadi. Hidang ketika panas.

         Rasanya? Pada Kjee okay sahaja. Kjee lagi suka guna udang yang besar-besar. Lagi puas makan. Tapi at least Kjee dah cuba buat sendiri di rumah kan!




3 comments:

rahel said...

Salam Kak Fauziah.Sedap ketam lembut tu,tapi susah juga dapat bekalan.Nyam nyam...

Kjee said...

Betul tu Rahel. Tapi taklah sedap sangat. Lagi sedap udang. Pada tekak Kjee lah.

raihanah said...

wah sedp ni

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...