Friday, May 5, 2017

SAMBAL KERING JAWA







         Lauk Jawa ke ni? Hmmm hantam sajalah labu. Tapi kerana airtangan orang Jawa, maka jadilah dia lauk Jawa kan? Hehehe.

         Kjee letak tempe, kentang, petai dan bilis. Kentang itu optional. Kjee letak sebab tengok dua biji kentang dalam bakul bawang dah mula menampakkan usianya yang sudah lanjut. Jadi terpaksa selamatkan. Tapi sedap juga bila dah letak.

         Bilis Kjee goreng garing dan letak last sebelum hidang. Cara ini, ikan bilis yang telah digoreng garing itu tidak lemau. Sedap kan kalau dimakan ada rasa kruk kruk.

         Petai pulak, Kjee kikis kulit luar atau orang panggil kulit ari yang warna hijau tu. Kemudian baru Kjee potong-potong ikut suka. UnclePali yang mintak kulit tu jangan dibuang. Ada orang kata kulit itu ada khasiatnya. Wallahualam. Tapi tak salah kalau korang buang kulit amik bijinya sahaja. Orang putih panggil petai itu Stink Beans atau Kacang busuk. Hmmm durian pun dia orang kata busuk... macam-macam species tu kan!










         Lauk ini popular kalau makan untuk berbuka puasa atau sahur. Tetapi tak digalakkan sangat untuk sahur sebab esok kan nak kerja. Hehehe.

         Resipinya mudah jer. Korang buatlah sambal tumis biasa. Yang hanya letak bawang merah dan bawang putih. Tumbuk halus kemudian tumis guna minyak banyak. Apabila sudah wangi, masukkan cili kisar. Tumis sampai garing dan naik minyak. Kjee tak letak belacan sebab Kjee guna 1 ketul kuib bilis. Apabila sudah cantik masaknya, sejukkan. Oh ya kalau nak tambah sikit gula pun boleh. Tapi Kjee tak letak. Lepas siap, kaup minyak dia dan buang.

         Kenapa mesti buang? Minyak ini kata dia orang sedap lah. Goreng Mi, buat nasi goreng! Ya ker? Entahlah daripada apa yang Kjee baca, semua minyak lepas digoreng, tidak sihat dikitar semula. Dulu Kjee tak tahu. Lepas goreng ayam, Kjee simpan. Dan minyak itu Kjee guna untuk buat Sambal Hijau.

         Well kalau korang rasa minyak itu sedap, bawalah bekas pergi restoran makanan segera ayam goreng tu. Mintak minyak dia orang goreng ayam. Kan minyak tu sedap! Balik boleh guna buat goreng Mi atau nasi! Kalau korang tengok warna minyak yang telah diguna untuk goreng ayam berpuluh-puluh kali, pasti korang serem. Oppppsss termasuk pulak cerita serem. Hehehe.





Buang minyak ni. Jangan recycle. Tak sihat!



        Berbalik kepada sambal yng kena sejukkan dulu. Kenapa sejukkan? Sebab kalau dimasukkan semua bahan-bahan gorengan dalam sambal yang masih panas, ia akan cepat melemaukan bahan-bahan tersebut. Rasanya lah.

        Selepas siap sambal baru Kjee goreng bahan-bahan. Mula dengan tempe. Kemudian kentang dan kemudian petai. Kalau letak jering tua yang telah dihiris-hiris pun sedap tau. Goreng sampai separuh masak jer jering tu. Kjee suka sebab texture jering tu macam kentang. Rasa pun macam kentang cuma ada bau jering ajerlah. Last sekali goreng bilis garing-garing. Semalam masa nak hidang baru Kjee goreng bilis dan gaul.

         Apabila semua bahan gorengan dah siap, bolehlah digaulkan ke dalam sambal sampai rata. Itu sahaja. Sedap sangat makan dengan nasi putih, lemang ataupun nasi impit. Pada Kjee, tak perlu lauk lain.









0 comments:

Post a Comment