Pages

Monday, May 8, 2017

THAI OX TAIL SOUP





     
         Ini favorite UnclePali. Selalunya balik dari kerja, mesti singgah kat Niara Tomyam berhampiran rumah kami. Seminggu tiga kali.  Dia akan beli satu bungkus bawak balik di hari Kjee tak masak. Nasi memang sentiasa ada sebab anak meow nak makan nasi campur ikan rebus for dinner. Satu bungkus RM9 untuk tiga ketoi ekor yang kecik-kecik. Kekadang daging ekor tu keras berdengkang tapi dia telan juga.

         Tetapi satu malam, dia pening. Kjee kata mungkin sebab selalu makan sup ekor. Lantas dia berhenti beli. Dah dekat dua minggu kot. Nak dipendekkan cerita, Kjee ikut Nadia masuk Hero Market Melawati the other day dan ternampak ekor lembu. Kjee terus rembat dua peket. RM11 satu peket. Dua peket ada 15 ketul kesemuanya, Murah!!

         Kjee tak pernah masak sup ekor ala Thai. Selalu beli buat stew. Tapi Kjee ini Kjee nak bagi surprise kat UnclePali. Kjee google resipi kat internet. Alahai mudah sangat. Semua bahan ada dalam peti ais.

         First thing first. Kjee bersihkan ekor dan masukkan ke dalam pressure cooker. Tak ada bonjot rempah dalam pantri so Kjee letak 1 batang kayu manis, 3 biji buah pelaga dan 3 biji bunga lawang. Rebus dalam PC sampai lembut. 45 minit rasanya. Terlerailah daging dari tulang. Melt in the mouth gitu. Kalau tidak, kena rebus biasa lebih kurang 4 atau 5 jam!

         Kemudian Kjee alihkan rebusan itu ke dalam periuk lain. Tambah air kalau perlu. Kemudian masukkan sebiji tomato yang telah dikerat empat dan hiris kasar-kasar batang seleri. Kalau tak silap Kjee guna 3 pelepahnya. Kemudian bawang besar dipotong empat, cili padi (kjee guna 6 biji) diketuk-ketuk dan masukkan. Campakkan juga 1 kiub pati daging (beef cube). Rendidih lagi sehingga sayur-sayuran tadi dah lembut. Jumlah air (termasuk air rebusan ekor tadi), pepandailah korang adijust. Cukup-cukup ajelah nak hirup supnya.

         Apabila sudah puas hati, adjust perasa pulak. Rasa dulu. Kemudian baru letak kicap ikan atau sos nampla, ikut rasa. Selepas itu, masukkan perahan jus dari dua biji limau nipis. Nak masam lagi, tambahlah jus tu.

         Tarrraaaa dah siap. Mudahkan! Tadi UnclePali kata lain kali tak payah nak beli kata Niara Tomyam lagi. Yalah kan sebab isteri dia juga tahu masak Sup Ekor kesukaan dia! Nadia kata lebih sedap. Hehehe.

         Masa nak hidang boleh taburkan bawang goreng dan juga daun sup kalau suka. Ada orang buat tumis darat bawang merah dan bawang putih. Tapi Kjee tak buat.

         Selamat mencuba.






0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...