Pages

Sunday, July 9, 2017

SAYUR ASPARAGUS GORENG BELACAN




               Ini untuk buktikan yang Kjee ada masak untuk Berbuka Puasa sepanjang Ramadhan yang lalu. Cuma Kjee malas jer nak jadikan entri.

               Daripada sebulan kita berpuasa, Kjee hanya berbuka di luar sebanyak dua kali dan dua kali lagi, lauk tunjuk. Hehehe.

               Asparagus ini Kjee beli di NSK Sri Rampai. Harga RM5 untuk satu ikat. Kjee rembat dua ikat sebab bab sayur Kjee memang tamak. Hehehe. Aritu kami pergi Cameron Highlands, Kjee beli juga Asparagus. Dua ikat RM12. Apabila Kjee tanya kenapa mahal sedangkan di KL boleh dapat lebih murah, Ah Soh tu kata sebab fresh. Tanam sendiri. Ya lah tu. Kjee simpan dalam peti ais. Dua hari kemudian terpaksa buang sebab dah kuning dan layu!!! Grrrrrrrr!

              Sayur ini memang mahal kalau makan di restoran baik restoran Cina Muslim atau Thai. Sepiring kenit berbelas ringgit. Itu sebabnya kalau jumpa di supermarket, Kjee mesti beli.

              Cara memasak favorit Kjee ialah Goreng Belacan letak udang.  Cara masak yang mudah. Tumbuk cili padi (ikut kepedasan masing-masing). Kemudian tumbuk juga bawang putih dan akhir sekali tumbuk sekali dengan sedikit belacan.

              Sayur ini bahagian batangnya agak keras. Jadi pengalaman Kjee selalu tengok chef omputih di TV ialah dengan mengambil satu batang dan patahkan hujung asparagus. Kalau mudah dipatah, maknanya guna setakat itu jer. Yang hujung itu pastu liat. Alahai faham ker? Cubalah buat sendiri dan korang akan faham apa maksud Kjee. Hehehe.

              Setelah dipatah-patahkan sepanjang lebih kurang dua inci, cuci dan toskan. Tumis bahan tumbuk hingga garing dan naik bau. Kemudian masukkan udang. Kalau tak letak pun ok. Selepas itu, masukkan sayur asparagus dan sedikit air. Goreng sehingga sayur itu lembut. Perasakan dengan kicap cair atau fish sauce.

              Hidang panas-panas.





3 comments:

Amanda Suria said...

Salam Kak Gee, lamanya tak singgah sini...asparagus memang kegemaran SA...selalu masak dengan daging...sedap..lama dah x buat ni

sukasukitulisblog said...

nmpk sedap ;)

Mrs. A said...

Terliur tengok gambar tu.
Mrs. A pun suka asparagus betul tu kalau makan di restoren yang dah siap dimasak memang mahal.
Mudah je resepi ni nanti nak try lah

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...