Pages

Friday, November 3, 2017

KUIH LOMPANG TEPUNG BERAS







          Ini kali pertama Kjee buat Kuih Lompang. Banyak sebab kenapa baru sekarang baru Kjee nak buat sendiri. Kuih ini sebenarnya cukup senang nak dapat. Biasanya kalau orang jual kuih di gerai, kuih ini mesti ada sebab modalnya kecil dan nak buat pun mudah. So, pasti lebih mudah beli kan?

          Anyway, just out of curiosity, Kjee pun teringin nak buat. Apatah lagi ketika UnclePali kemas setor hari tu, Kjee ternampaklah acuan kaca (eh ceramic kot) yang ramai kata antik. Entahlah antik ke tidak sebab rasanya Kjee beli 5 tahun lalu di sebuah kedai barangan Cina yang dah nak wind up. Dia tutup kedai sebab nak rehat. Orangnya pun dah antik. Masa Kjee intai-intai dalam kedai tu, jumpa lah acuan ini. Beli sebanyak dua dozen. Harga dah lupa.

          Alhamdullilah my first try, menjadi. Ada kata kalau ada lesung pipit, considered success! Selepas 25 minit mengukus, Kjee intai. Yayyyy semua ada lesung pipit lah.

          Kjee mula dengan buat air gula. Kjee masak air panas. Kemudian curahkan satu cawan air itu ke mangkuk berisi ½ cawan gula merah. Ini gula merah timbang yang beli kat kedai Mamak. Kjee sengaja pilih gula merah timbang sebab warnanya yang gelap. Resipi asal ½ cawan gula Melaka dan ½ cawan gula pasir. Tapi Kjee letak ½ cawan gula merah dan satu sudu besar gula pasir. Gula Merah ni agak manis. Dah larut gula, ditapis dan campur satu lagi cawan air. Kacau.

          Panik juga tadi tengok Tepung Beras ada secoit. Resipi perlu 1¼ cawan tepung beras dan ¼ cawan tepung ubi. Rezeki Kjee, tepung beras ngam-ngam aje! Kalau tidak, UnclePali kena keluar beli. Campur secubit garam kepada tepung, gaul rata dan curahkan air gula sebanyak dua cawan tadi. Whisk sampai sebati. Masukkan ¾ camca teh air kapur dan kacau sehingga sebati.

          Sebelum itu Kjee panaskan kukusan dan susun acuan kaca tu. Ada kata kalau acuan kaca tak payah disapu minyak. Hanya sapu minyak pada acuan plastik. Apabila acuan itu sudah panas, Kjee tuang adunan ke dalam acuan guna teko. Ini lebih mudah dan bersih.

          Kukus selama 25 minit. Tutup tudung kukusan dengan kain. Selepas 10 hingga 15 minit, padam api dan sejukkan baru diumpil guna pisau plastic. Kemudian diletak kelapa putih yang telah dicampur sedikit garam.

          Itu aje. Selama mencuba.
       

       





0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...