Pages

Sunday, November 12, 2017

POPIA VIETNAM / VIETNAM SPRING ROLLS







          Kjee first time buat Popia Vietnam ini lima tahun lalu. Kemudian terlupa sehingga ternampak chef entah mana kat Asia Food Network buat beberapa hari lepas. Terfikir juga nak makan tapi nak ke Jaya Grocer beli Rice Paper Sheets ini, hmmm malas pulak. Dah cuba cari kat Giant ataupun Hero Market tapi tak jumpa.

          Tetapi kalau dah rezeki, kata orang. Kjee tengah menyusun pantri dan terjumpa. Ya Allah happy nya mokcik! Maka tanpa membuang masa, pagi tadi Kjee ajak UnclePali pergi Hero Market. Tak cek pun resipi bahan apa yang perlu dibeli. Cuma yang Kjee ingat, mesti ada udang, sos cili dan salad. Yang lain, pandai-pandailah adjust.

          Sampai di Hero, Kjee capai salad, daun pudina, daun selasih dan juga daun kesom. Itu antara herba orang Vietnam dan juga Thai. Mujur semua yan Kjee hajati, ada depan mata. Kalau dulu (masa buat first time KLIK SINI), Kjee tak letak bihun tetapi kali ini nak ikutlah cara orang Vietnam. Mana tahu sedap kan! Hasilnya memang sedap!

          Dan sebagai ganti kepada udang celur, Kjee letak kunyit dan garam pada udang dan shallow fry (goreng guna minyak sedikit). Sekejap aje gorengnya. Asal berubah warna dan dah masak, keluarkan dan sejukkan.

          Selain herba-herba yan Kjee sebut tadi, Kjee juga guna timun Jepun yang dihiris memanjang. Orang Vietnam kalau Kjee tak silap, guna timun dan carrot yang telah dijerukkan dalam cuka dan gula. Kjee tak boleh kena cuka kerana gastrik. Jadi Kjee hiris timun itu sahaja.

          Nak buat Popia atau Spring Rolls Vietnam ini, semua bahan-bahan haruslah sudah tersedia diatas meja. Daun-daun hendaklah dibersihkan dan dikeringkan guna Kitchen Tissue.

          Sediakan satu besen berisi air sejuk. Pinggan leper mengadap kita. Kemudian celupkan rice paper dalam air untuk satu atau dua saat, Cepat-cepat letak atas pinggan dan susun. Salad dulu, kemudian timun serta herba-herba yang dipilih dan sedikit bihun. Bihun ini mestilah ditos selepas dicelur.

          Kemudian gulung ketat-ketat. Jangan gulung sampai habis sebab nak susun udang pula. Lepas itu baru gulung habis. Ulang sehingga semua bahan habis. Cicah dengan sos cili.

          Itu aje. Sangat sedap dan ringan. Bagus untuk mereka yang ada plan nak diet. Selamat mencuba.




1 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...