Pages

Tuesday, November 28, 2017

SUP CAMPUR SUKATI (SUKA HATI)






          Hehehe Kelakar kan? Tahulah ini sup tapi tak tahu nak bubuh nama apa. Ada fucuk, ada kentang, ada lobak putih dan juga cendawan telinga tikus atau wood ear fungus. Bahan-bahan ini semua Kjee jumpa dalam peti ais dan kitchen kabinet.

          Ada satu peket fucuk keras atau fucuk stick, ½ batang lobak putih, sebiji kentang dan segenggam kecik cendawan telinga tikus. Jangan tanya kenapa nama cendawan itu Telinga Tikus. Arwah Bonda yang kata. I follow.

          Jadi apabila ada bahan-bahan ini tetapi dalam jumlah yang sedih, maka selain daripada jadi habuan Cik Tong, Kjee terfikir nak leburkan semua jadi sup. Kebetulan UnclePali setuju aje. Maka inilah kejadian hari ini yang Kjee namakan Sup Campur Sukati (suka hati).

          Mula-mula sekali kena rendam fucuk. Kjee guna fucuk keras atau fucuk stick. Kjee tak suka yang keping itu sebab texture dia kureng sikit. Kalau nak cepat, rendam dalam air panas mendidih. Sekejap aje tau dia lembut. Tetapi kalau ada banyak masa, rendam dalam air biasa pun ok. Tunggu sampai lembut dan potong-potong.  Kemudian rendam pulak Cendawan. Hiris-hiris. Kentang dan lobak, potong ikut suka.

          Kjee hiris 3 ulas bawang putih dan tumis dalam minyak yang sedikit. Apabila garing, masukkan air dan didihkan. Air ni ikut banyak mana sup yang dikehendaki. Kjee campak juga sedikit udang kering dan dua kiub bilis. Kalau tak guna kuib bilis, masukkan aje ikan bilis.

          Apabila sudah mendidih, masukkan semua bahan-bahan lain termasuk dua tiga biji cili padi yang telah diketuk-ketuk. Kjee letak 6 biji tadi sebab suka sup yang pedas.

          Rendidih sehingga kentang dan lobak cukup empok. Kemudian perlahankan api dan rasa. Itu aje. Hidang panas-panas atau dipanaskan sebelum dihidang.

          Selamat mencuba.

2 comments:

Etuza Etuza said...

Suka hati ja kan..tapi menjadi yg sedap,,rasanya tu

Mama Chantique said...

macam² ada haaa... janji boleh makan sedap dan mengenyangkan sudah... hahahaha saya pun kalau masak main campak² je.. hihi

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...