Pages

Tuesday, December 12, 2017

BUBUR BUTIR NANGKA






          Antara bubur yang mudah sangat disediakan. Macam-macam nama diberi tapi arwah Bonda kata Bubur Biji Nangka. Kjee tengok ramai yang kata Bubur Butir Nangka, maka Kjee pun follow lah.

          Kjee tak berapa sihat hari ini, so kalau korang nak resipi, klik SINI.

          One thing yang Kjee perasan, orang Cina pun suka bubur ini. Justeru sekiranya korang google, ada sahaja Chinese food blogger yang buat. Mungkin ada persamaan dengan dessert ala Nyonya Peranakan. Baru Kjee terfikir mungkin ini adalah makanan asal mereka. Tetapi orang Thai juga ada resipi yang sikit lebih kurang serupa.

          Okay, that's all for today. Nak rehat.

Sunday, December 10, 2017

MURTABAK DAGING






          Terliur tengok Chef Marinka dari Indonesia buat Murtabak (AFC) kelmarin, maka terus register dalam otak nak buat sendiri. Tadi Kjee selongkar peti ais sebelum pergi breakfast. Teringat masih ada satu peket kulit popia. Kalau belum expired, boleh guna. Kalau tidak, kejap lagi boleh pergi beli.

          Alhamdullilah, tempoh luput bulan Jun tahun depan. Kemudian baru cari bahan lain. UnclePali kata ada patti burger yang dia buat hari tu. Ada enam ketul katanya. Kalau nak guna, ambil lah, Orite. Kjee tanya apa dia letak dalam patti burger tu? Dia kata bawang besar, bawang putih dan cheese! Hah?!! Patutlah burger dia sedap!

          Kjee cilok 3 keping patti burger. UnclePali buat guna daging kisar Ramli. Kjee keluarkan dan letak diatas meja dapur untuk nyahbeku. Lebih kurang 1 jam gitu. Kalau korang nak guna ayam pun bolehlah. Tapi kena cincang halus-halus.

          Chef Marinka guna kentang untuk Murtabak nya. Tetapi Kjee nak ikut cara Murtabak orang kita. Hanya guna daging dan telor. Kjee dadu sebiji bawang besar. Panaskan dua sudu minyak dalam kuali dan masukkan bawang tadi. Apabila bawang itu dah sedikit lembut, masukkan  sudu makan rempah daging. Kjee juga letak 1 sudu makan serbuk cili. Apabila sudah agak garingkan, masukkan daging dan goreng bagi rata dengan rempah tadi.

          Perlahankan api. Letak sedikit garam dan serbuk perasa kalau guna. Masak sehingga daging itu cukup masak. Kjee tolak tepi kuali inti itu untuk toskan minyaknya. Lebih kurang 20 minit. Kemudian kaup perlahan-lahan ke dalam mangkuk. Pukul dua biji telor. Masukkan separuh daripada inti tadi. Gaul rata.

          Panaskan kuali. Kjee guna kuali non stick. Letak sedikit sahaja minyak. Ambil sehelai kulit popia dan letak atas pinggan. Sudukan satu atau dua sudu inti dan lipat kemas. Kemudian letak perlahan-lahan dalam kuali. Boleh goreng hingga 3 keping pada satu masa sekiranya kuali cukup besar. Tunggu sehingga satu bahagian garing baru diterbalikkan. Keluarkan apabila sudah cantik warna keemasannya dan tos atas tisu dapur.

          Sedap dimakan ketika panas dengan sos cili. Kjee makan begitu sahaja.








Friday, December 8, 2017

AGAR-AGAR MILO






          Kejadian Agar-agar Milo atau Jeli ini kerana Kjee sudah tak lalu nak tengok agar-agar tali duk terperuk dalam pantri. Mujurlah agar-agar tali bukan jenis bahan masakan yang boleh basi. Malam tadi Kjee jenguk Milo. Ada dalam 8 sudu besar. Maka terjadilah Agar-Agar Milo ini.

          Resipi yang Kjee buat untuk Agar-Agar Milo ini simple sahaja. Just Milo, setengah tin susu manis, Agar-Agar Tali dan air. Eloklah pun sebab itu aje bahan yang ada dalam simpanan.

          Mula-mula dijerang agar-agar tali bersama 1.5 litres air. Jerang guna api sederhana kalau tak mau ia melimpah. Macam mokcik tadi.  Sementara menunggu agar-agar larut, masukkan 8 sudu besar Milo bersama ½ tin susu manis. Kacau sehingga larut. Kalau nak campur sedikit air panas pun okay. Kjee hanya ambil satu senduk air dari dalam periuk jerang agar-agar. Kalau nak manis, boleh tambah lagi susu manis ata gula tetapi untuk tekak Kjee, rasa macam dah okay aje. Milo tu pun dah manis kan?

          Pastikan agar-agar tali sudah benar-benar larut baru dimasukkan campuran Milo dan susu manis tadi. Kacau sehingga sekata. Masak gunakan api kecil selama lebih kurang 5 minit, kemudian padam api. Hati-hati curah ke dalam acuan.

          Apabila sudah sedikit sejuk, masukkan ke dalam peti ais dan biarkan ia sejuk dan mengeras. Terbalikkan dan tunggu apa lagi. Hehehe. Mudah kan? Mokcik memang suka resipi yang mudah-mudah. Lain kali nak buat Agar-Agar Horlics pulak.

Thursday, December 7, 2017

ASAM PEDAS AYAM JOHOR





 
          Kalau sudah tiada idea untuk jadikan ayam lauk, maka selalunya Kjee buatlah Asam Pedas Ayam. Kjee suka sangat tetapi tak begitu popular di kalangan penghuni rumah kami. Tetapi kalau sudah dihidangkan depan mata, dibedal jugak lah. Hehehe.

          Seperti yang Kjee fikirkan selama ini, ayam adalah bahan terakhir untuk dijadikan Asam Pedas. Mesti berkerut dahi Arwah Bonda kalau Kjee kata nak buat Asam Pedas Ayam. Maklumlah pada dia Asam Pedas hanya untuk Ikan dan mungkin daging tetel. Tetapi kalau beritahu orang Johor Asam Pedas Daging, wajah mereka pulak akan berkerut.

          Kjee tak mahulah bercerita panjang mengenai Asam Pedas Ayam ini kerana rasanya dah beberapa kali Kjee masak. Korang nak cuba versi Kjee yang juga versi Che Mat Gebu (kita cilok resipi dia lah), sila KLIK SINI. Tetapi Kjee tak jamin rasanya sesedap air tangan Che Mat, tukang masak handalan selatan tanahair itu.


Wednesday, December 6, 2017

NASI GORENG CINA MUDAH






          Apabila tiba musim malas, tinggal sorang dan perut harus diisi, inilah yang selalu Kjee masak. Main campak sahaja apa yang ada dalam peti ais. Hari itu ternampak frozen peas, frozen jagung manis dan udang. Maka terjadilah Nasi Goreng Cina.

          Masa Kjee post kat FB hari itu, ada yang komen kata besarnya udang tu. Hehehe udang tu biasa-biasa aje. Macam camera trick jugaklah. Guna mangkuk kecik, nampaklah udang tu besar. Clever gurl tak?

          Anyway, ini Nasi Goreng paling mudah nak buat. Kalau nak guna udang macam Kjee buat ni, perap sebentar udang sama kunyit dan garam. Kemudian letak minyak sedikit dalam kuali dan goreng. Minyak sama akan diguna untuk masak nasi goreng. So minyak tak boleh banyak.

          Cincang-cincang bawang putih. Panaskan minyak gorengan udang tadi dan masukkan bawang putih. Goreng sampai garing kemudian masukkan isi ayam yang telah didadu halus-halus. Goreng sehingga ayam dah masak kemudian masukkan nasi. Kacau sehingga rata. Kemudian tolak nasi itu ditepi kuali. Tunggu minyak tadi berkumpul di tengah kuali kemudian pecahkan sebiji telor. Kjee guna sebiji aje telor sebab portion yang Kjee masa hanya untuk seorang.

          Kacau-kacau sikit telor itu. Kemudian kaup nasi dan tutup telor tersebut. Masukkan kacang peas dan jagung. Kjee guna ½ kiub ayam sebagai perasa. Kalau korang tak guna, bolehlah bubuh kicap cair atau nampla iaitu sos ikan/sotong.

          Kacau semuanya pantas-pantas. Sebelum padam api, titiskan sedikit minyak bijan (sesame oil) kalau ada. Tabur dengan bawang goreng dan daun bawang masa nak hidang. Jangan lupa cili padi atau cili merah yang diletak kicap cair untuk lebih umphhhh!





Monday, December 4, 2017

KASTAD TELOR SIRAP GULA MELAKA





          Dessert yang mengundang penyakit. Untuk mokcik lah.  Tetapi bukan makan hari-hari. Setahun dua kali kot! Maklumlah mokcik ini penakut. Cukup jaga supaya diabetes dapat dikawal.

          Anyway, Kjee buat kali ini sebenarnya tersilap resipi. Hanya setelah siap kukus baru Kjee tersedar kesilapannya. Adoiiii bengangnya. Sure jadi habuan Cik Tong. Tetapi, jeng jeng jeng, apabila sejuk, Kjee pun rasalah sikit. Wow sedapnya!! Maka kesilapan itulah yang akan menjadi resipi yang bakal Kjee simpan. Hehehe.

          Tahu ke apa kesilapan Kjee? Kjee terlupa letak air! Mengikut resipi yang diberikan oleh bekas kakak ipar Kjee dulu ialah 1 tin kecik susu manis dan 1 tin air guna tin yang sama dan of course telor.






          Untuk kejadian seperti dalam foto paling atas, Kjee guna 6 biji telor gred B, 1 tin susu cair, 3-4 sudu besar susu manis, 1 sudu kecil esen Vanilla, sedikit pewarna kuning (egg yellow) dan secubit garam. Masukkan semua bahan-bahan tadi dalam mangkuk dan kacau manja-manja. Tak payah dipukul hingga berbuih. Cukup setakat semua bahan telah sebati. Kemudian ditapis dan biarkan ia rehat pada suhu bilik lebih kurang 20 minit.

          Sementara itu, Kjee masak satu ketul gula Melaka. Maaf terlupa nak sukat air. Tetapi seingat Kjee, airnya menutup seketul gula Melaka itu. Masak sehingga larut dan pekat. Ia harus cukup pekat untuk dicurahkan (guna sudu) ke dalam acuan atau bekas yang ada.

          Curah sirap gula Melaka tadi ke dalam acuan atau dalam bekas atau mangkuk kecil. Susun dalam rak kukusan yang berlubang itu. Tunggu ia sejuk.

          Next step, jerang air dalam periuk kukusan. Apabila sudah mendidih, padam api.

          Kjee tuang adunan telor tadi ke dalam teko dan tuang perlahan-lahan dalam acuan berisi gula Melaka. Harus perlahan-lahan kerana tidak boleh ada buih. Jika ada buih, kuih akan mengembang apabila dikukus. Isi hampir penuh acuan. Kemudian dikukus.

          Alas penutup periuk kusan dengan towel yang bersih. Atau kalau ada penutup periuk bolehlah diletak atas acuan atau bekas-bekas yang berisi adunan kastad. Ini adalah untuk mengelak air menitis diatas kastad dari takungan di penutup.



Guna pelapik towel/kain

Api sederhana kecil




          Ketika ini, hidupkan semula api. Api harus sederhana kecil. Terlalu kecil, masa memasak terlalu lama. Terlalu besar, kastad akan berkembang dan bersarang. Untuk mendapat tekstur yang halus, kena jaga api. Kukus lebih kurang 20-25 minit atau permukaannya sudah hampir mengeras. Kalau masih goyang sedikit permukaannya, jangan risau. Apabila ia sejuk ia akan mengeras sedikit. Sejukkan. Terbalikkan apabila ia sudah betul-betul sejuk. Sedap dimakan chilled (sejuk peti ais).

          Kalau menggunakan satu sahaja acuan (bukan yang kecil-kecil), masa memasak perlu ditambah lebih kurang 10 minit lagi.

          Kjee memang suka buat Kastad Telor ini guna Gula Melaka kerana rasanya yang lemak dan manis. Tidak pahit seperti guna gula hangus.

          Selamat mencuba.


     

       

     

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...