Pages

Friday, December 8, 2017

AGAR-AGAR MILO






          Kejadian Agar-agar Milo atau Jeli ini kerana Kjee sudah tak lalu nak tengok agar-agar tali duk terperuk dalam pantri. Mujurlah agar-agar tali bukan jenis bahan masakan yang boleh basi. Malam tadi Kjee jenguk Milo. Ada dalam 8 sudu besar. Maka terjadilah Agar-Agar Milo ini.

          Resipi yang Kjee buat untuk Agar-Agar Milo ini simple sahaja. Just Milo, setengah tin susu manis, Agar-Agar Tali dan air. Eloklah pun sebab itu aje bahan yang ada dalam simpanan.

          Mula-mula dijerang agar-agar tali bersama 1.5 litres air. Jerang guna api sederhana kalau tak mau ia melimpah. Macam mokcik tadi.  Sementara menunggu agar-agar larut, masukkan 8 sudu besar Milo bersama ½ tin susu manis. Kacau sehingga larut. Kalau nak campur sedikit air panas pun okay. Kjee hanya ambil satu senduk air dari dalam periuk jerang agar-agar. Kalau nak manis, boleh tambah lagi susu manis ata gula tetapi untuk tekak Kjee, rasa macam dah okay aje. Milo tu pun dah manis kan?

          Pastikan agar-agar tali sudah benar-benar larut baru dimasukkan campuran Milo dan susu manis tadi. Kacau sehingga sekata. Masak gunakan api kecil selama lebih kurang 5 minit, kemudian padam api. Hati-hati curah ke dalam acuan.

          Apabila sudah sedikit sejuk, masukkan ke dalam peti ais dan biarkan ia sejuk dan mengeras. Terbalikkan dan tunggu apa lagi. Hehehe. Mudah kan? Mokcik memang suka resipi yang mudah-mudah. Lain kali nak buat Agar-Agar Horlics pulak.

1 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...