Tuesday, January 31, 2017

PULUT KUNING BERSAMA RENDANG KELANTAN







      Kejadian semalam. Penuhi janji buat seorang adik yang mendapat anugerah baru-baru ini. Tetapi seringkali tertangguh sebab kesihatan yang tidak menentu.  Kebetulan pulak buat apabila buat semalam baru sedar ia juga hari lahir kedua anak bongsunya.

      Kerana tidak buat perancangan awal, maka kejadiannya secara ala kadar sahaja. Plan nak buat Rendang Kelantan guna ayam kampung tetapi dua tempat penyembelihan ayam di Melawati dan Keramat kehabisan stok. Maklumlah musim Raya Cina. Maka guna ayam dari Ayamas sahaja.

      Walaupun dalam kesihatan tidak mengizinkan, dapatlah siapkan dalam masa dua jam setengah. Selepas siap dan dihantar Nadia ke destinasi sepatutnya, Kjee pun KO. Terbaring sepanjang hari. Tak boleh lasak-lasak.

      Tetapi seronoklah dapat menunaikan hajat walaupun cukup sempurna.

      Happy Birthday Hamid Fahad.

      Resipi Pulut Kuning DISINI. Untuk Rendang Kelantan DISINI.





Sunday, January 29, 2017

CUCUR JAGUNG PEDAS






      Buat Cucur Jagung ini malam tadi atas permintaan Nadia. Dia lebih suka yang homemade. Hari tu dia beli kat gerai belakang office. Banyak sangat komplen. Keraslah. Kurang jagung lah. Bla bla bla.

      So malam tadi kami buat sama-sama untuk dinner sebab petang dah agak kenyang makan Kway Teow Beef Ginger.

      Nadia nak pedas so Kjee cincang cili padi, letak udang yang juga telah dicincang dan daun bawang serta frozen jagung manis.

      Kjee guna kaedah curah air panas supaya apabila dah siap goreng, di luar garing dan dalam masih lembut.

      Kalau tidak mahu cucur meresap terlalu banyak minyak, panaskan betul-betul minyak dalam kualli baru masukkannya. Kemudian jangan terlalu suka terbalikkan. Cukup sekali dua. Apabila sudah elok kejadiannya, toskan diatas tisu dapur.

      Cicah juga dengan sos cili.

      Untuk resipi penuh, sila KLIK SINI.





Saturday, January 28, 2017

KWAY TEOW BEEF GINGER ATAU HOR FUN








      Since hari ni Chinese New Year, maka Nadia ke dapur buat Kway Teow Beef Ginger atau sikit lebih kurang macam Hor Fun Noodles. Ini antara favorite Kjee. Boleh makan hari-hari.

      Tadi Kjee request Nadia buat kering sedikit daripada yang selalu dia sediakan. Macam buat Penang Fried Kway Teow lah. Boleh buat versi kering ataupun berkuah.

      Pentingnya buat Kway Teow Beef Ginger terletak kepada dagingnya. Harus guna daging yang cukup lembut. Daging Batang Pinang atau Tenderloin adalah pilihan terbaik kerana ia dimasak secara stir fry. Jadi dagingnya mesti lembut dimasak dalam masa beberapa minit sahaja.

      Bagaimanapun, kalaulah tak ada daging Batang Pinang, tak payah risau. Boleh guna daging biasa tetapi ia harus direbus hingga lembut dan dihiris nipis. Sup rebusan itu harus disimpan untuk kegunaan sekiranya masakan ini perlu berkuah sedikit.

      Kalau nak resipi, sila KLIK SINI. Sangat cepat membuatnya. Segala persiapan harus dibuat sebelum mula memasak. Itulah stail orang Cina.

      Gong Xi Fa Chai kepada semua yang menyambutnya.




   

Friday, January 27, 2017

NASI GORENG KAMPUNG BONDA









      Kekadang apabila duduk mengelamun fikir apa nak dimasak, seringkali teringat masakan airtangan Bonda. Yes she was good cook! Anak mana tak nak mengaku masakan Bonda paling sedap kan? Campak-campak pun sedapp.

      Kjee cukup bangga kalau Nadia kata.."Eh Mama masak lagi sedap lah. Mama ingat tak Nasi Goreng Telor ala scrambled egg lepas tu mama letak kicap. Fuyoooo sedapnya!"

      Sebab itu hari ini Kjee masak Nasi Goreng Bonda. Yang biasa-biasa aje. Tumbuk cili hidup, cili padi, bawang dan ikan bilis. Pastu tumis garing-garing bahan-bahan tersebut, masukkan sebiji telor dan goreng lagi sampai telor tu masak. Kemudian campakkan kacang panjang. Goreng seketika dan masukkan nasi. Kacau sampai mesra. Kemudian rasa. Masa tumbuk bahan-bahan Kjee dah letak sedikit garam. Dan ikan bilis pun dah masin. So, secukup rasa bila sudah masak. Jangan lupa buat telor dadar.

      Biasa aje kan? Tetapi sangat luar biasa bagi Kjee.



   



      Bonda tahu anak-anak dia suka makan Nasi Goreng dengan timun yang telah dimayang halus. Caranya seperti diatas. Lepas dihiris nipis, digulung dan dimayang. Makan dengan Nasi Goreng...perghhhh memang tak hengat dunia lah. Cubalah!

      Ini jugak cara timun dihiris untuk Laksa Johor. Rahsianya supaya hiris tidak putus-putus ialah timun itu harus berada pada room temperature. Kalau letak dalam peti ais, ia akan menjadi rangup dan putus-putus bila dihiris.

      Tadi apabila UnclePali balik Masjid, dia tanya ini Nasi Goreng apa? Nasi Goreng Kampung Bonda kata Kjee. Diam jer dia makan. Tak kena kot dengan citarasa dia tetapi tambah pulak dua kali. Hehehe.

      Sambil makan Kjee hantar foto ke Nadia. "Wahhhh sedapnya. Tinggalkan sikit untuk kita tau! Timun tu pun nak!"













 

Thursday, January 26, 2017

KACANG KUDA TIDAK MENGEMUKKAN?





      Kacang kuda antara makanan yang dikatakan paling berkhasiat. Hah korang dah tahu?!! Malunya... Kjee baru tahu. Itu pun dapat bantuan Cik Google. Elok bebenor untuk mereka yang tak ada kerja lain selain mengunyah. Opppsss mokcik tak termasuk senarai, ok!

      Jadi elok percaya kalau ada pakar kata makan Kacang Kuda tidak mengemukkan. Yayyy itu mokcik like!!!








      Selalu kalau beli kacang kuda (baik yang putih atau yang hitam), Kjee rendam semalaman setelah letak sedikit garam dan kunyit. Semalam suruh Nadia rendam. Lupa nak pesan letak garam dan sedikit serbuk kunyit, Justeru, kacang yang direbus pucat giler. Masa nak rebus barulah letak garam.

      Oleh kerana dah ada pressure cooker, maka Kjee pun rebus kacang tadi dalam periuk tu. Sepuluh minit sahaja dah cantik kejadiannya. Kjee tak pasti berapa lama kalau rebus guna kaedah biasa. Cuma yang pasti, mengambil masa jugaklah.

      Ada pelbagai cara kacang kuda dimasak selepas direbus. Kalau sebelah Timur Tengah, dia orang buat Humus atau paste untuk dicicah dengan roti mereka. Orang India pulak terutama yang vegetarian, ada macam-macam cara menyediakannya termasuk masak Masala atau dimasukkan ke dalam kari. Sedap sangat!










      Tetapi oleh kerana dalam rumah ini ada yang suka dimakan begitu sahaja, maka Kjee pun buatlah Kacang Kuda tumis biasa-biasa.

      Beberapa batang cili kering direndam seketika dalam air panas kemudian dikerat-kerat dan bawang merah dimayang. Panaskan minyak, (Kjee guna minyak Zaiton), campakkan sedikit biji sawi dan daun kari. Apabila sudah naik baru masukkan bawang dan cili kering. Apabila bawang sudah hampir garing, masukkan kacang kuda rebus sedikit serbuk kunyit dan garam (jika masih belum cukup masin. Kacang tadi kan sudah direbus dengan garam). Golek-golekkan dan padam api.

      Itu aje cara Kjee yang kurang rajin pagi ini. Kjee tengok ada yang rajin buat sambal kemudian goreng garing-garing ikan bilis. Lepas tu campurkan dengan kacang kuda dan ikan bilis goreng ke dalam sambal. Sedap jugak kan?!

      Jadi, kalau ada yang kerjanya tak henti-henti mengunyah, cubalah kunyah kacang kuda pulak selepas ini. Kandungan nutrisi cukup tinggi. Yang penting tiada lemak. Yo lah tu kalau makan kurang dari seguni sehari. Hehehe





     

Wednesday, January 25, 2017

KWAY TEOW AIRTANGAN UNCLEPALI








      Kway Teow Goreng. Ini antara makanan yang paling mudah dan disukai UnclePali kalau Kjee request nak makan. Paling cepat proses pengorengannya adalah lima minit. Penyediaan bahan-bahan lebih kurang lima minit jugak.

     Kjee sudah sediakan stok sambal tumis serba boleh. Kjee gelar sedemikian sebab ia cukup versatile. Kalau sudah ada sambal tumis itu, boleh dijadikan sambal Nasi Lemak, boleh digoreng mi atau  mihun. Apabila dicampakkan petai dan udang maka jadikan ia sambal petai dalam sekelip mata. Masukkan ikan goreng jadi Sambal Ikan dan seterusnya.

     Kjee masukkan sambal tumis ketika buat Kway Teow Goreng. Kalau korang selama ini guna cili kisar biasa, cubalah guna sambal tumis pulak.

     Kway Teow Goreng UnclePali, gelap sikit hari ini. Dia salahkan kicap tapi Kjee nampak dia tercurah lebih tadi.

     "Kicap ini bukan yang biasa kita guna. Kalernya terlebih gelap"

      Ya lah tu. I give him the benefit of the doubt. Hehehe.

      Gelap ke cerah ker, asben kita dah tolong masak dah kira nasib baiklah kan? Mokcik bedal sampai habis tadi. Tapi tak ler banyak sebab UnclePali memang suka masak satu portion tiap kali. Katanya macam itu lebih sedap.

      Letak kerang yang telah dicelur terlebih dahulu pun sedap. Tetapi tadi tukang masak terlupa nak beli. Bila ditanya dia jawab: "Eh awak suruh beli ker tadi?"

      Kalau korang nak resipi, sila klik SINI atau DISINI untuk cara buat step by step.






Tuesday, January 24, 2017

BUBUR KACANG MERAH







      This is my comfort food. Suka sangat-sangat kalau rasa stress. Mudah sangat nak sediakan... well sekiranya ada Pressure Cooker lah kan. Tak perlu rendam dan masak berjam-jam.

      Untuk Bubur Kacang Merah kali ini, sebaik sahaja siap, Kjee teringat pulak kalau letak sedikit sagu biji mesti lebih nyaman. So Kjee cuci sedikit sagu biji (jangan banyak nanti terlalu pekat), tambah lagi air panas, masukkan sagu dan rendidih lagi bubur tu.

      Ini first time Kjee letak sagu biji. Sangat sedap!

      Tiada sukatan untuk buat bubur ini. Kjee juga letak sedikit sahaja gula pasar. Apabila dah siap, curah susu cair.

      So pepandailah korang nak adjust yer. Juga terlupa dalam peti ais ada daun pandan. Dan siap baru jumpa. Kalau letak daun pandai, lebih wangi. Jangan lupa rendam dulu dua tiga jam kemudian masak dan tambah air sekiranya kacang itu belum lembut.... kalau masak tanpa guna Pressure Cooker.

      Selamat Mencuba.

   

   


Monday, January 23, 2017

KUIH GETAS PULUT



     

      Setelah sekian lama tak buat dan buat dua kali berturut-turut semalam, akhirnya barulah boleh senyum lega. Kjee tak ada masalah membuatnya cuma bab menyira gula tu yang kantoi. Menyira gula untuk kuih baik kuih Getas mahupun Keria, kena banyak practise. Kena selalu buat.

      Kjee tidaklah malas nak buat Kuih Getas ini tetapi tak ramai yang suka nak makan dalam rumah kami. UnclePali memang tak suka langsung sementara Nadia ikut mood. Kekadang dia suka makan kekadang tidak. Akhirnya, Kjee kena habiskan. Itu yang malas sangat-sangat nak buat. Kalau beli dua atau tiga biji, lebih berbaloi.

      Ini antara kuih tradisional kita yang hampir pupus sebab tak ramai yang membuatnya. Kalau tak percaya, korang survey lah 10 gerai kuih. Mungkin hanya tiga gerai yang jual. Tetai kalau bulan Ramadhan memang ramai yang jual.

      Buatnya mudah sangat. Bahan mentah hanya empat sahaja. Tepung pulut, kelapa parut (yang putih sahaja), sedikit garam dan gula. Oppppss ada lagi satu bahan iaitu air.

      Sukatannya ialah 1 cawan tepung pulut, 1 cawan kelapa parut, sedikit garam dan air. Gaulkan tepung pulut dengan kelapa parut. Air yang telah dicampur sedikit garam, dimasukkan sedikit demi sedikit dan digaul hingga menjadi doh. Doh harus sederhana lembutnya. Uli manja-manja hingga doh tidak melekat di tangan. Rehatkan lebih kurang ½ jam.

      Setelah direhat, buatlah bulat-bulat. Untuk secawan tepung boleh jadi dalam 9-10 biji. Setelah semua dibulatkan, leperkan pulak. Jangan terlalu tebal sebab apabila dimasak ia kan mengembang.

      Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan doh yang telah dileperkan dan perlahan sedikit apinya. Kalau terlalu panas ia akan mengelembung. Goreng sehingga warnanya keemasan. Kemudian toskan.

      Masak secawan gula yang telah dicampur ½ cawan air dan masak dalam kuali lain. Biarkan gula itu mendidih dan menjadi pekat. Ia harus betul-betul pekat barulah dimasukkan kuih tadi dan digaul mesra. Padam api.

      Mudahkan? Entahlah bunyi macam mudahkan? Cubalah. Kalau tak menjadi, beli ajelah sebiji dua. Hehehe.


Sunday, January 22, 2017

NASI LEMAK KOPI O








      Kjee pasti ramai setuju Nasi Lemak antara makanan favorite rakyat Malaysia. Melayu, Cina, India dan lain-lain. Semua suka Nasi Lemak terutama sekali kalau diiringi rendang, ayam goreng panas dan beranika sambal terutama sekali kalau ada sambal sotong, paru, kerang atau limpa.

      Nasi Lemak kini sudah tidak lagi menjadi sarapan pagi. Ia sudah dijual sepanjang hari. Kalau sebelah malam, biasanya ayam goreng disertakan panas-panas sebaik sahaja keluar dari kuali.

      Begitu juga dengan Nasi Lemak Bungkus. Kalau dulu pernah dijual dengan harga 50 sen sebungkus, sekarang ada yang menjualnya sehingga RM3.50 sebungkus. Tetapi di dalamnya ada lauk lah. Biasanya lauk rendang daging.

      Pagi tadi selepas Subuh, Kjee dah ke dapur. Lama sudah teringin nak makan nasi lemak airtangan sendiri. Yang cukup lemak, cukup rasa. Lauknya pulak yang basic sahaja. Kjee sertakan ayam goreng sebab ada stok ayam dalam freezer. Atas permintaan UnclePali yang suka sambal sardin, Kjee masukkan sardin dalam tin yang Kjee goreng terlebih dulu ke dalam sambal kosong. Itu yang buat UnclePali tambah dua kali. Hehehe.

      Inilah Nasi Lemak separuh tanak separuh kukus yang Kjee buat ikut cara arwah Bonda. Nak tahu cara membuatnya, sila lihat SINI. Kenapa harus kukus lepas tanak? Supaya nasinya cantik berderai.

      Nasi lemak favorite Kjee, kalau sebelah pagi ialah Nasi Lemak Wanjor di Kampung Baru. Kjee sudah kenali nasi lemak Wanjor sejak Kjee pandai bertatih lagi. Gerai dia sepelaung sahaja dari rumah datuk Kjee di Kampung Baru. Masih wujud hingga ke hari ini dengan rasa yang maintain lebih 60 tahun lamanya!

      Kalau sebelah malam, Kjee selalu makan Nasi Lemak Ujang di Keramat Permai. Nasi Lemak dia memang awesome. Harga sangat berpatutan dan lauk banyak termasuk ada sambal tumis tempoyak. Lihat link INI.






Friday, January 20, 2017

PAD KRAPOW GAI ATAU AYAM DAUN SELASIH








      Dulu Kjee pernah buat lauk ini. Daging dengan daun selasih atau Daging Kaprau. Tetapi apabila Kjee google, ia disebut Krapow. Ia adalah Thai Basil. Orang kita panggil daun Selasih. Kjee tak pernah buat guna ayam. Jadi, terfikir pulak bagaimana rasanya kalau diletak ayam.

      Resipi yang Kjee dapat, guna isi ayam bahagian dada. Tetapi entahlah Kjee sebenarnya tak berapa suka bahagian isi ayam yang putih itu, walaupun ia lebih sihat dimakan. Isi ayam bahagian lain lebih enak.

      Anehnya Pad Krapow Gai ini digandingkan dengan telor mata kerbau. Kalau tak suka pun tak kisahlah boleh tiadakan. Tetapi Kjee tengok itulah cara ia dihidangkan di restoran di Thailand.

      Kjee intai dalam freezer, ada tiga keping ayam whole leg (seekor ayam dipotong empat) yang dibeli di Ayamas. Tak tahu kenapa whole leg ni kenit sangat. Mungkin ayam tak cukup dewasa kot.

      Tiada sukatan tepat untuk resipi ini. Kjee agak-agak sahaja ya. Jadi, kalau korang nak buat, bolehlah adjust pepandai sendiri. Hehehe.

      Kjee buang tulang atau debone dan potong kecik-kecik supaya cepat masak. Kemudian cuci dan toskan. Lauk ini harus dibuat pedas. Kjee pernah makan Kaprau Daging di Restoran Ali Tomyam, sampai keluar airmata dan segala air di muka! Hehehe. Begitulah pedasnya. Ada kala Kjee bagitau supaya jangan buat terlalu pedas.

      Bahan lain mudah sahaja. Cili padi (ikut suka banyak mana), bawang putih tiga empat ulas dan daun selasih yang telah dipetik dari tangkainya. Kjee suka aroma daun Selasih justeru Kjee letak banyak. Selain itu, juga perlu sos tiram, kicap cair dan kicap manis.





      Cili padi dan bawang putih ditumbuk kasar kemudian ditumis. Apabila sudah naik bau, masukkan ayam yang telah dipotong kecik-kecik. Goreng sehingga daging ayam kecut. Letak sedikit sahaja air sekiranya terlalu kering.

      Apabila ayam sudah hampir masak, masukkan sos tiram, sedikit kicap cair (atau nampla) dan sedikit kicap manis. Rasa dan adjust lagi sehingga cukup rasa. Kicap manis itu sebenarnya untuk memberi warna kepada lauk. Orang Thai memang suka masak lauk yang seimbang rasanya. Ada masam, manis dan pedas.

      Masukkan daun Selasih dan padam api. Gaul sehingga rata.

      Lauk ini dimakan dengan nasi putih dan telor mata kerbau. Kjee makan di restoran Thai tidak pula diletak telor mata kerbau. Tetapi resipi yang Kjee perolehi itu menyatakan sedap dimakan dengan telor mata kerbau.

      Kalau nak cuba resipi yang letak daging, sila klik SINI. Resipi itu adalah versi yang telah Kjee olah.

       Selamat mencuba.

   

 




Tuesday, January 17, 2017

LODEH JAWA DAN LONTONG KERING







      Kalau dah tekak Jawa, pusing tang mana pun mesti nak cari tempe kan? Sebenarnya tempe tak elok untuk mereka yang sakit sendi sebab bahan asasnya kekacang. Kacang soyang. Tapi makan sekali sekala ok lah kot. Kjee makan pun dalam setahun tu, adalah dua tiga kali sahaja. Itu pun tetap sakit-sakit sendi.

      Lauk lodeh kering ini kalau tak letak tempe memang, kata orang, macam tak cukup korum. Kjee buat ni pun, yang mudah-mudah aje. Apa yang ada dalam peti ais.

      Semalam UnclePali pergi Hero Market untuk beli tempe, tahu, kacang buncis dan udang. Mahalnya udang sekarang! Yang tak berapa kasar dah RM36 sekilo. Maklumlah dah dekat Raya Cina. Udang antara bahan wajib untuk menu mereka.  Kali ini, Kjee guna perencah udang sajalah. Selalu letak hati ayam dan pedal. Apabila dah siap masak, baru UnclePali kata kenapa tak letak hati ayam. Ada dalam freezer. Hmmmm.






      Resipi lodeh kering ini atau arwah Bonda panggil Sambal Goreng Sayur, bolehlah korang intai SINI. Dah banyak kali mokcik buat dan tayang kat sini.

      Kalau buat lodeh kering ini, seorang lagi anak Jawa dalam rumah Kjee (Nadia lah sapa lagi), hanya ratah aje. UnclePali tak berapa gemar. Nasib baik lah kan. Kalau tidak, luaklah pulak satu portion lagi.

      Semalam Kjee makan ala-ala Lontong Kering. Ada sambal tumis dan serunding ikan. Sebenarnya, kalau ada Serunding Kelapa dan Kuah Kacang, lagi lengkap. Tetapi apabila intai dalam peti ais, ternampak Serunding Ikan. Hmmm guna itu ajelah. Kelapa parut simpan dalam freezer. Lain kali buat sekali kuah kacang.







Saturday, January 14, 2017

BRONOK ATAU KUIH SAGU










      Kuih ini antara favorite Nadia sejak kecil lagi. Banyak mana pun dia boleh habiskan. Kalau ke pasar Ramadhan, mata dia akan liar mencari kuih ini. Kerana dia suka, Kjee selalulah buat masa dia kecik dulu. Modal tak besar, buat pun mudah.

      Hari ini masa ke dapur setelah banyak hari tak masuk dapur, Kjee ternampak satu peket sagu biji. Baki dalam satu cawan setelah guna sedikit buat Pengat Pisang dan Pengat Keladi hari itu. Kjee ingat nak buat Sagu Gula Melaka. Tetapi bila fikirkan, yang makan nanti, Kjee sorang maka Kjee pun buatlah Bronok atau Kuih Sagu Kacau.

     Khabarnya orang Singapura panggil kuih Awol-Awol sementara adik Kjee, Indra Surya Buman yang asal orang Perak kata, disana dia orang panggil Kuih Lopis Sagu.

      Sebenarnya, sagu biji ini satu bahan yang sangat versatile. Boleh buat macam-macam. Kjee suka jugak kuih Abuk-Abuk tapi tak reti buat. Hehehe.

      Untuk Kuih Sagu Kacau hari ini, Kjee hanya buat satu cawan sagu sahaja (cawan metric standard),  tiga cawan air, ½ cawan gula (nak manis boleh tambah), sedikit pewarna merah (Kjee tak suka guna pewarna Rose), kelapa parut yang putih dan sedikit garam. Oh ya jangan lupa dua helai daun pandan.

      Mula-mula rendam sagu dalam air lebih kurang 10 minit. Kemudian cuci dan toskan airnya. Siapkan kukusan dan didihkan airnya.

      Sementara itu jerang tiga cawan air bersama gula dan dua helai daun pandan yang telah disimpul. Masukkan jugak pewarna merah dan didih air tersebut. Didih lebih kurang 10 minit atau sampai air dah mendidih.

      Kemudian keluarkan daun pandan, masukkan sagu dan kacau pantas-pantas sampai ia menjadi pekat. Kemudian pindahkan ke dalam loyang atau acuan dan kukuslah lebih kurang 20-30 minit atau sampai tak lagi kelihatan mata ikan atau sagu yang berbiji putih.

      Dah puas hati sagu tu dah tak ada mata ikan, padam api dan sejukkan. Kemudian bila dah betul-betul sejuk, guna pisau plastik atau spatula dan potong ikut suka.

      Golek dalam kelapa parut yang telah dicampur garam secukup rasa. Kalau nak kukus kelapa itu pun boleh supaya tak basi. Tapi Kjee suka kelapa fresh. Lain rasanya.

      Selamat mencuba.
   
       


Selepas dikukus 

Tuesday, January 10, 2017

CARI PENYAKIT






Pisang Tanduk dalam foto ni Kjee guna buat pengat diatas




      Memang mencari penyakit. Dua hari dalam seminggu buat pengat atau orang Jawa panggil Kolak. Mula-mula buat Pengat Keladi. Kjee habiskan seorang diri sebab Keladi bukan favorite dalam rumah kecuali kalau digoreng.

      Petang semalam Kjee buat pulak Pengat Pisang Tanduk. Mujur Kjee letak sedikit sahaja gula Melaka. Tetapi manisnya menyengat. Nasib baik kesukaan Nadia so dia tolong perhabiskan.

      Resipi? Masih cooking without a recipe.

      Tapi alahai jangan menyusahkan diri buat guna resipi yang sukar. Kjee jerang aje santan letak gula melaka atau gula putih dan sedikit garam. Guna api sederhana. Apabila santan dah mendidih, masukkan sahaja pisang. Kalau suka letak sagu biji yang telah direndam barang 10-20 minit. Tapi janganlah letak banyak-banyak nanti tak dapat ler hirup kuah.

      Untuk keladi pulak, terserah kepada jenis keladi. Kjee beli Keladi dari Indonesia yang elok empoknya tak perlu rebus lama-lama. Ada orang kukus sahaja. Terserahlah.

      Kenapa Kjee kata cari penyakit? Hmmm mokcik kan ada diabetes. Tapi Alhamdulllilah under control jadi bolehlah makan pengat berpada-pada. Hehehe

Sunday, January 8, 2017

BUAH MELAKA








      Pernah tak korang sakit hati apabila beli Ondeh-Ondeh dan apabila nak makan, kunyah sebiji sampai habis tetapi tidak terasa gula Melaka di dalamnya? Apa perasaan korang? Mestilah sakit hati kan!

      Kerana itulah hari ini Kjee paksa Nadia masak Ondeh-Ondeh atau Buah Melaka petang tadi. Dah banyak kali geram dan naik angin apabila kunyah kuih yang dibeli cukup menghampakan kerana hanya cantik paras rupanya sahaja!

      Bayangkan, kalau orang sebut pasal kuih Buah Melaka atau Ondeh-Ondeh, terus terbayang kat fikiran apabila dimasukkan ke dalam mulut dan kunyah, akan terus terasa gula Melaka yang lemak manis. Kalau semua itu tidak ada, maka mendidihlah darah.

      Anyway, kejadian hari ini buat kami dua beranak cukup puas hati dan senyum sepanjang masa menghabiskannya. Tetapi sebelum itu sudah ketepikan 15 biji untuk UnclePali yang masih belum sampai rumah lagi. Mengamuk dia kalau hanya setakat dengar cerita pasal Buah Melaka yang kami buat tadi. Hehehe. Kuih kesukaan dia tu!







   
   

      Kjee buat hari ini ikut resipi arwah Bonda. Kalau resipi beliau, maknanya macam tak ada resipilah. Main hentam sahajalah labu. Itu cara orang Melaka, kata arwah Bonda yang bapanya orang Melaka. Bonda buat ikut naluri dia. Kalau nak belajar dengan dia, kena perhatikan betul-betul sebab dia tak buat ikut sukatan.

       Kjee hanya guna setengah peket tepung pulut. Letak tepung tu dalam besen atau bekas dan taburkan garam secukup rasa. Kemudian curahkan sedikit demi sedikit air sehingga ia menjadi seketul doh yang tak lekat pada jari dan juga besen. Sepatutnya air itu adalah air daun pandan yang dikisar dan tapis. Tapi Nadia malas nak keluar amik daun pandan. So guna sedikit pewarna Apple Green sahaja. Uli sampai sekata kemudian rehatkan seketika.  





   

     

      Hari ini Kjee guna setengah biji kelapa parut (putih sahaja) yang tidak berapa remaja yang telah dicampurkan dengan sedikit garam dan dikukus seketika. Kenapa Kjee kukus sedangkan itu bukan amalan Bonda? Sebab nanti ada yang kata kenapa tak kukus sekejap? Kononnya kalau kukus tak basi. Hmmm Kjee ikut sahaja walaupun Kjee tahu kuih itu tak sempat basi sebab habis sebaik sahaja ia siap. Hehehe.

      Satu kemestian untuk jadikan kuih ini sedap ialah mesti ada gula kabung atau gula Melaka yang ori. Susah nak cari sekarang, Jenuh jugak Nadia mencari tadi. Akhirnya terpaksa beli gula Melaka yang tak ori. Tetapi nasib kami baik apabila sampai rumah, Nadia geledah fridge dan terjumpa gula Melaka yang ori! Entah bila beli tak tahu.

      Cara buat, Kjee rasa semua dah tahu. Ambil sedikit tepung, bulatkan dan leperkan. Letak seketul kecik gula melaka dan tutup hingga menjadi bebola. Kemudian masukkan ke dalam periuk berisi air yang tengah mendidih. Apabila sudah timbul, maknanya dah masak. Ankat sebiji demi sebiji dan golekkan ke dalam kelapa.

      Senang buat kan? Makan lagi senang dan cepat habis tau!

      Selamat mencuba.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...