Tuesday, October 11, 2011

PILIH HOSPITAL SWASTA KERANA MAMPU ATAU....



Salam semua. Nadia dibenarkan pulang tengah hari tadi setelah menjalani 'observation' di Hospital Damai, Taman Melawati semalaman. Semasa di sana, dia masukkan air sebanyak 4 botol dan dicucuk berkali2 di kedua2 belah tangannya sebab doktor tak dapat jumpa saluran darah dia yang halus.

Beberapa kali dia menangis semasa dicucuk. Kjee suruh dia sabar tapi berkali2 dia bentak kata sakit. Hmmm anak manja. Menyampah!

Anyway, dia dah balik rumah. Masih lemah tapi setakat ini tiada lagi loya2 dan diarrhea. Tapi complain pulak tangan sakit akibat bekas cucuk.

Kjee nak cerita kali ini pasal pentingnya insurans kesihatan. Kalaulah Nadia tak ada insurans, Kjee terpaksa membayar bil berjumlah RM1391 hanya kerana food poisoning! Di hospital Damai, pakej untuk bersalin RM1,200. Murah sangat dan boleh bawak balik baby (kalau bersalinlah. Kalau tidak mana boleh bawak balik!).

Habis tu kenapa mahal sangat semata2 kerana keracunan makanan yang sepatutnya boleh dipulihkan secara tradisonal iaitu minum air kelapa muda. Entahlah. Zaman moden ni, muntah2 dan cirit birit pun kena bayar ribu ribu.

Kjee membayar premium RM150 sebulan untuk insurans Nadia. Pakej apa Kjee tak faham tapi ia meliputi bayaran hospitalization kira-kira RM62,000 setahun. Setakat ini bil hospital Nadia menerusi skim tersebut hanya berjumlah RM2700 sikit lebih kuranglah. Dah dua kali masuk spital. Kali pertama sebab retak di kakinya.

Mungkin kerana anak Kjee ni sorang maka mampulah Kjee keluarkan atau ketepikan RM150 sebulan untuk bayar duit insurans. Tapi kalau tak mampu, rasa2nya tak mati anak2 kita kerana Kerajaan kita cukup prihatin dan menyediakan kelengkapan kesihatan di hospital2 yang mencukupi. So harap2 pengamal2 perubatan Kerajaan amanah dan hulurkan bantuan terbaik baik mereka yang tidak mampu.

Dah banyak cerita kita dengar mengenai hospital Kerajaan. Dari zaman Kjee dulu iaitu kalau ke spital kena bawak botol (botol kicap pun jadi) untuk diisi ubat. Serius ni. Masa dulu kalau gi spital, kalau tak ada botol, ada budak2 India jual botol di kaki2 lima spital. Lime sen satu. Masa itu, kebanayakkan ubat dalam bentuk cecair.

Walaupun hospital sekarang dah canggih tapi Kjee tengok masalah sama masih berbangkit. Tunggu berjam2 untuk dapat rawatan atau kena herdik dengan misi2 yang berhati kering. Atau kalau kita ke yunit kecemasan dan 'tak berapa kritikal', siaplah kena sindir dan kena tunggu berjam2 lamanya!!

Jangan ada yang cuba menyangkal ini. Nadia ke Hospital Selayang kira-kira jam 4.45 pagi Rabu lalu (5/11). Dari rumah muntah2 non stop sampai keluar muntah hijau. Demam (ikut pemeriksaan di klinik swasta pada jam 7.30 malam yang sama) 36 darjah. Cirit birit bak kata Nadia 'macam buang air kecik dari belakang!'

Tapi sampai unit kecemasan, dia dibiarkan tunggu diatas kerusi roda sebab petugas spital kata tak kritikal. Masa itu dia jinjing beg plastik sebab muntah tak henti2!!

Kalau orang ramai ketika itu, Kjee faham. Tapi pesakit lain boleh dikira dengan jari dan Nadia kena tunggu lebih kurang ½ jam untuk jumpa doktor! Setelah diambil darah, doktor kata, okay you can go back! Doktor sampai ke sudah kata Nadia bukan kena food poisoning!

Sebab itulah, apabila dia masih muntah2 pada tengah hari Isnin (10/11), Kjee terus kejarkan dia ke spital swasta sebab keyakinan kepada spital Kerajaan sudah cukup tipis. Bukan kerana Kjee nak berlagak tunjuk kaya hantar anak ke spital swasta semata2 kerana food poisoning!

Kjee penyokong Kerajaan sekarang. I have no problems with the present government. Masalah Kjee dengan mereka yang diamanahkan untuk memikul tugas menghulurkan bantuan kepada yang sakit. Kalau mereka rasa dah tak suka Kerajaan sekarang sebab tu dah malas nak buat kerja, sila berhenti dan bagi mereka yang berminat!! Insya Allah dengan cara ini nama baik hospital Kerajaan boleh dipelihara!!

26 comments:

  1. Alhamdulillah Nadia dah dibenarkan pulang. Ask her to take it easy. Rehat secukupnya. Gitu gak dengan Kjee... take care ye...

    ReplyDelete
  2. bab lembab.. nurse2 bermulut puaka.. dr dulu sampai sekarang tak pupus kat hospital kerajaan ni. Kadang2 ter pk la.. kalaupun pesakit tu dpt rawatan percuma (percuma ke? tetap kena bayar tp kos dia rendah la) tapi dorang tu bukan percuma je buat kerja. tetap di bayar gaji bkn buat kerja sukarelawan so tak payah nak lepas geram kt pesakit.

    ReplyDelete
  3. setuju kak.. saya pun bknlah mampu sangat tapi bila pikirkan servis yg bakal diterima baiklah saya amek isnurans siap2...

    ReplyDelete
  4. insuran memang penting..saya pun ambil untuk kedua2 anak saya.. Hospital Damai memang pilihan saya juga... makanan pun sedap...

    ReplyDelete
  5. Jee aku masuk hospital kerajaan dulu tunggu 2 hari nak masuk first class pun tak dilayan padahal kita nak bayar, office staff hospital macam haramja....... Pemalas nak buat kerja, nak check bilek 1st class kosong pun ambik masa 2-3 hari.

    Kita bukan tak mampu nak masuk hospital swasta tapi kita nak dekat dengan rumah.

    ReplyDelete
  6. alahai kesian nadia...get weel soon ye nadia
    servis hospital kerajaan...he..he dgr dah ramai org tak berpuas hati, cthnya kena tunggu lama, lambat menerima rawatan, diagnosis yg tdk tepat..malahan pernah ditengking oleh yg merawat..hu..hu sib baik deliver baby dulu kat hosp swasta..cuma anak yg first jer kt HUKM, tapi situ ok
    Tak kira la di mana kita berkhidmat....mestilah ikhlas, berhemah, berbudi bahasa dan sopan dlm menjlnkan tugas krn semua org berperasaan

    ReplyDelete
  7. Sy setuju sgt dgn kjee.... wlpun swasta mahal tapi layanannya menyenangkan... ini dahlah badan sakit dapat lak perangai nurse yg menyakitkan hati lagilah bertambah sakit.... badan sakit hati pun sakit.

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum kak jee, bagi mereka yang mampu memang memilih hospital swasta, tapi bagi saya yg krg mampu ni terpaksala ke hospital kerajaan.Tapi setakat ini saya tak ada masaalah dgn hospital kerajaan.5 org anak saya semuanya bersalin di sana.saya melahirkan anak ke 5 pd 24/6/2011 secara pembedahan, 6 hari saya di wad.Alhamdulillah saya dilayan dgn baik w/pun hanya di wad kelas 3. Nurse skrg dh tak mcm dulu lg.w/pun masih muda tapi prihatin dan melayan karenah pesakit dgn sabar.Terima kasih kpd nurse yg bertgas di wad 3B dan juga doktor2 muda yg bekerja penuh dedikasi dan melayan pesakit dgn lembut dan hormat.Terima kasih kepada Dr Ilya Ajmal,Dr Azri Firdaus,Dr Randeep dan Dr Haliza

    ReplyDelete
  9. Syukur alhamdulillah Nadia dah pulih seperti biasa, btw jaga diri dan kesihatan ya Kjee serta keluarga...anak Yatie lepas exam PMR je terus demam..nasib baik dah abes exam...

    ReplyDelete
  10. ala keje & rezeki dh tetap,apela sangat pkerja gov nk risaukan

    ReplyDelete
  11. Kak Jee, semoga Nadia segera pulih dan boleh ke kuliah. Take a good rest and plenty of plain water okay... :-)

    ReplyDelete
  12. SYUKUR ALHAMDULILLAH....MOGA CEPAT SEMBUH YEAA...

    ReplyDelete
  13. hmmm..memang menyampah betul klu dapat layanan buruk...bab tu la tak pernah gi spital kerajaan,bayar mahal takpe..asalkan dapat layanan yg baik n puas hati.

    ReplyDelete
  14. Salam Kak Jee..

    Semoga Nadia cepat sembuh.. pasal insurans ni, memang penting.. tapi sayangnya kadar kesedaran insuran dikalangan orang melayu sgt rendah, jadinya bila ada masalah dikemudian hari, terpaksa minta derma dsb utk rawatan. Insurans tak mahal kalau ambil utk purpose of protection not investment, especially kalau kita ambil utk anak kita dari baby.

    Bab servis hospital kerajaan tu, mungkin sebab government servants are comfortable at their place. Kenaikan gaji dsb tak bergantung kepada kecemerlangan khidmat, jadi insentive / dorongan tu mungkin kurang sikit.

    ReplyDelete
  15. Saya masih ingat lagi masa saya bawak arwah anak saya ke hospital Klang dulu (dalam pkl 7 pagi)..saya cakap dengan terang..tadi dia pengsan dan sakit dada..
    Tapi dia check macam biasa , test ecg dan ambik darah..tu saja..lepas tu dia srh balik dan ambik ubat...Panadol saja..

    Tengahari tu anak saya meninggal dunia di rumah.

    Kalau lah mereka lebih prihatin dengan aduan kami,kemungkinan anak saya masih hidup lagi...
    Tapi saya percaya pada ketentuan Allah...

    Saya masih ingat lagi doktor yang merawat dia masa tu..rambut serabai seperti baru bangun dari tidur jer...

    Jaga diri Nadia...
    Health is Wealth!

    ReplyDelete
  16. syukur buat nadia,,,kak jie sy amik cerita kakjie tempel di blog insuran sy. http://takafulmaa.blogspot.com/....

    ReplyDelete
  17. dari anak sulung sampai yang terakhir,saya pernah bercita-cita nak bersalin di klinik swasta,tapi akibat kengkangan wang,maka cita-cita tinggal cita-cita...tapi bila sekarang ni saya fikirkan balik,mujur tak bersalin di swasta,rasanya macm membazir duit je...ribu-ribu banyak leh guna buat benda lain..hospital kerajaan sekarang pun dah okay..layanan misi pun dah okay..ini pendapat peribadi saya lah..

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah, anak kjee dah sihat.... Kalau ada kemampuan tu pergi jelah hospital swasta. Buat sakit jiwa je ngan hospital kerajaan ni... kita dah kena dah, bukan sekali... banyak kali.

    ReplyDelete
  19. salam kjee...selamat pagi..

    masa eima first bb dulu incik hubby kumpul wet awal2 tok bersalin kat swasta..katanya dia xpercaya hosp kerajaan...

    tapi kan kjee kadang2 org sekeliling kita plak yg dengki ckp mcm2...katanya kita nak berlagak kaya..padahal kita cuma nak yg terbaik utk diri kita...org sakit kena la dilayan dgn cara berhemah...

    ReplyDelete
  20. salam kjee....hospital kerajaan mmg mcm tu tunggu punyer lah berjam2 pastu check sekejap jer dah kuar mcm mana ni...hai susah kalau doktor n pembantu doktor suka buat kerja sambil lewa ni...:)

    ReplyDelete
  21. Kak Jee pasal layanan ni saya anggap semuanya rezeki. Pasal, tak semua hospital swasta layanan first class. Ada juga yang macam ... entahlah susah kadang-kadang nak cakap. Yang herannya hospital tu 'orang kita' punya. Saya pernah kena sekali. Anak saya demam. masa tu umur dia dalam 5 tahun anak saya lelaki. Nurse cakap tak ada bilik dan letakkan anak saya dekat wad wanita pasal dia budak.
    Kesian tgk anak saya bercampur dengan orang tua dan saya sebagai bapa pun rasa tak selesa nak duduk kat dalam wad tu lama-lama. Kesudahnnya saya merayau dekat wad kanak-kanak cari katil kosong rupanya ada. Bagi tahu kat nurse barulah terhegeh-hegeh nak transfer kan anak saya. Lepas tu serik dah nak pergi hospital tu rasa tak berbaloi langsung duit yang kita keluarkan. Lagi satu bila hospital tu dah pindah kat tempat lain saya ingatkan perangai berubah rupanya sama. Saya tak pergilah tapi ada satu telemovie shoot kat situ. Ada adegan seorang tua yang bertongkat pegi kat spital tu tapi nurse kat situ buat tak heran aja. Nampak sangatlah memang dia orang ni tak heran kat orang. Ada sekali saya melawat sedara kat situ (kat tempat baru) persepsi saya selepas melihat suasana dan persekitarannya ialah hospital swasta tapi ciri-cori hospital kerajaan. Tapi nak kata hospital kerajaan teruk tak boleh jugak pasal ada anak saya mendapat layanan yang cukup baik dan mesra di HKL apabila beliau dimasukkan ke wad pediatrik kerana masalah macam nadia. Masa tu umur dia 9 bulan. Memang saya respek kerana mereka cukup baik. Sebab tu saya kata ini semua rezeki.

    ReplyDelete
  22. Salam Cik Puan Anonymous. Kjee sangat2 setuju kalau pergi berurusan dengan spital kerajaan, terpulang kepada rezeki masing2. Bukan spital jer, tapi semua jabatan kerajaan cam tu. Kalau rezeki kita baik dilayan kita dengan baik. mengalahkan layanan di spital swasta. Kan Kjee dah kata di hujung entry Kjee. kalau kerja kerajaan, sokonglah majikan kita. kalau kita nak campuradukkan politik, jangan kerja dengan pihak yang kita tak sokong. yang jadi mangsa, orang yg memerlukan bantuan awak tu. kalau 24-jam awak asyik nak politikkan suasana kerja, baik berhenti kerja kerajaan dan jadilah YB. boleh lalak sepuas2 hatinya kat parlimen. DAN yang PENTING tak nyusahkan orang! Korang tahu tak hukum hakam dan dosa pahala makan gaji dengan majikan tapi siang malam majikan dikutuk! Silap haribulan guna duit majikan tolong orang nak jahanamkan majikan awak!! Itu tak termasuk ponteng kerja dan nyusahkan orang ramai!!
    Komen ini Kjee tak tujukan kepada sesiapa melainkan mereka yang MAKAN CILI!!

    ReplyDelete
  23. kak jee, saya pun ada pengalaman dgn gomen clinic hu hu hu... keguguran anak sulung... doktor said.. i tak tau u pregnant ke tak.. dtng balik dua minggu kemudianlah... patutke nyawa orang sambil lewa gitu?.. malamnyer my hubby saya hantar ke private.. doktor sahkan saya keguguran dan terus buat DNC... bayangkan kalau saya masih menunggu apptmt seterusnyer :(

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum Kak Jee

    Saya teringin nak share juga pasal hospital kerajaan dengan swasta. For some reason, saya pergi ke hospital kerajaan dekat dengan rumah (rawang) hospital tu di tepi highway utara selatan berdekatan sg buloh. For other reason saya pergi ke hospital tawakal untuk check-up my 4th pregnancy.
    Sejak dua menjak ni saya seminggu 3 kali pergi hospital, sama ada swasta atau kerajaan, kerana saya di kira high risk pregnancy (thyroid and diebetes) dan jumpa gynea ObGyn di Tawakal kerana 2 anak bersalin sana. Anak ketiga bersalin di Dubai.
    Saya kena pegi combine clinic di HSB coz of my condition. Appointment pukul 9 pagi tapi standard saya jumpa doktor pukul 1.40 ptg dikala perut berkeroncong kelaparan, nak pegi makan takut terlepas nombor. Setakat bawak roti dalam handbag mana sama dengan real food kan. habis itu ini dekat pukul 3 petg termasuk waktu tunggu ubat. Dua hari lepas doktor di HSB buat saya kelam kabut, based on saya punya cerita dia nak admit saya coz dia kata kawalan gula tak cantik. and amniotic fluids tinggi. ok saya dah takut. and than she asked me to call my husband (di luar negara ) balik. Senang je nak suruh suami balik. Kerja kan. So after habis di HSB saya rush pegi ke Tawakal, buat CTG fetal heartbeat ok dan no contraction. Semalam pegi Tawakal buat blood test, change from insulin yang kerajaan bagi ke new type of insulin, saya kena lagi 20 ringgit 500. Saya housewife dan tiada insuran buat masa ni. Saya buat blood test dan today Dr from tawakal inform my HBA1C result is ok under control. So kenapa Doktor gomen yang much junior than specialist di Tawakal tu beria2 nak admit saya, bila saya refused dia suruh sign AOR form kata dia (HSB) tak kan bertanggungjawab if anything happened to me. I felt that's the way they want to get away from bertanggungjawab. Saya refused sebab doktor tu tak buat blood test yang hantar ke lab dan dia based on my random blood sugar yang memang akan tinggi bila lepas makan. tapi gradually with insulin injection paras gula akan terkawal. Dia buat saya panik unnecessary dan dia siap tulus kronik hypertension sedangkan BP saya terkawal. than i told her doktor apa u tulis macam tu. I got the feeling that she want to act smart but actually she's not. Saya dah pernah merima rawatan mengandung dan tyroid di negara arab, rawatan pakar di england under NHS, tapi di Malaysia, malas nak cakap. Macam kak jee cakap buat kerja biar ikhlas, jangan suka marah orang tak tentu hala, we tax payer bayar salary dema so demo kena lah keje betul2. apa2 pun kemudahan untuk gomen staff kemain banyak, we private have to make do with whatever. Minta maaf jika terkasar bahasa, tapi tak kan lah nak pegi hospital gomen kena tunggu rezeki, jiran saya mak dia kanser nak buat bone scan di HKL kena tunggu 2 November 2011, dia kata makcik ni kira cepat ni ada org lagi, 3 bulan baru dpt appointment. Suruh makcik tu puasa untuk further investigation so puasa la makcik sampai waktu, eh makcik balik dulu ye sebab doktor takde. Boleh macam tu.
    Lagi sekali minta maaf kak jee take so much of space but i think i have to share this. terima kasih. wasalam.

    ReplyDelete
  25. My experience dengan gov hosp..memang serik sampai skang. Dulu masa kecik2 my mom pnah operate kat 1 gov hosp..boleh diorg tertinggal kapas dlm perut. Terus jadi kes bila my dad report. Diorg ingt my dad org kg boleh la buat suka2 ati.
    Then myself, thn 2008 i ectopic pregnancy. Dh pengsan and darah dah kluar. Boleh staff kat emergency wat dunno je pastu suruh fariha jalan sendiri peg kat klinik O&G. Dengan sluar penuh darah and sakit fariha pun jalan la peg O&G..alasan tak sakit kritikal..

    ReplyDelete