DIMSUM (SIEW MAI) AIR TANGAN KJEE

klik link ini untuk cerita penuh

Wednesday, September 28, 2022

POTATO MASALA

       Beberapa hari lepas Kjee ke restoran Mamak kat Lembah Keramat. Kedai tu memang femes dengan Puri yang mengelembung macam belon. Potato Masala pun sedap.       Tapi itu citer sebelum PKP. Sekarang dah tukar tukang buat puri. Nampak macam sama tapi rasa tidak. Puri tebal dan Potato Masala cair. 🤔     ...

Tuesday, September 27, 2022

TERUNG SAMBAL UDANG KERING

            Kalau Kjee ke Restoran Sakura Kristal di Taman Melawati, lauk yang seringkali di order ialah Crispy Spicy Eggplant.  Atau Sambal Terung Garing. Sepelaung aje restoran itu dari rumah kita.       Tetapi minggu lepas masa lalu kawasan itu, terkejut Kjee kerana Sakura Kristal dah tutup. Lama dah...

Sunday, September 25, 2022

ROTI JALA BIDAN TERJUN

        Tak ada plan pun nak buat Roti Jala hari ini. Tetapi apabila UnclePali kata nak lunch Nasi Padang Kak Anne, di kedai makan nya di Paya Jaras, Sg Buloh, terus Kjee decide nak buat Roti Jala dan kari ayam. Ala2 Roti Jala bidan terjun gitu.        Dah banyak tahun dah Anne beritahu Kjee yang dia suka sangat makan...

Saturday, September 24, 2022

BUBUR SIAP 30 MINIT

       Ya betul. Tetapi bukan bubur segera yang dalam pek tu (ada ke? ) dan direbus bila nak makan. Tetapi ini bubur yang kacang nya telah dibekukan terlebih dulu. Tak kesahlah beku semalaman atau berhari-hari!        Bubur Kacang, Bubur Pulut Hitam, Bubur Kacang Merah ataupun Bubur Nasi. Semuanya boleh siap dihidang...

Tuesday, September 20, 2022

GULAI TEMPOYAK PAHANG

       Kjee masak gulai ini tiga minggu lepas. Baru teringat belum lagi dikongsi disini. Tetapi Better Late Than Never.       Kenapa Kjee pilih cara buat gulai ini cara Pahang? Sebab mudah dimasak, bahan tak banyak. Kjee paling rimas kalau kena keluar masuk hutan cari bahan. 🤭        Hari itu masa kemas...

Monday, September 19, 2022

NASI GORENG KAMPUNG

      Kjee tahu ramai pandai masak Nasi Goreng Kampung. Kalau tidak pun akan kata Nasi Goreng emak dia paling best. Yalah kalau anak tak puji, sapa nak puji kan!       Kjee paling menyampah kalau ada tukang masak baik yang tempatan atau overseas kata, kalau nak buat nasi goreng mesti guna nasi yang telah dimasak hari sebelumnya....

Friday, September 16, 2022

KARI AYAM KERING

        Lama sangat tak masak Chicken Paratel ni. Dulu selalu makan di Restoran Thurkah, Melawati. Tetapi sejak kedai tu bertukar toke, rasanya dah tak sama.        Bukan susah pun nak masak lauk ni. Hari ini buat versi Kjee. Ayam tu (bahagian peha/thighs), UnclePali beli kat Ayam Mas. Elok guna ayam yang ada tulang2. Dulu...

Monday, September 12, 2022

MI KARI? NYONYA MANA?

       Teringat satu kisah lucu sewaktu Kjee meniaga di Foodcourt Anjung Melawati dulu. Ramai budak2 sekolah beratur time habis waktu sekolah. Dia orang memang hari2 booking Ice Blended UnclePali. Malah nama UnclePali yang dia orang selalu jerit2, terlekat hingga ke hari ini. 😂       Dalam ramai2 budak2 yang berasak-asak...

Thursday, September 8, 2022

MI HAILAM KICAP

       Ini antara Mi kesukaan Kjee yang paling mudah dimasak. Dalam masa 10 minit dah boleh makan. Kalau time kelaparan Mi Hailam menjadi pilihan sekiranya ada mi kuning dan sawi.       Mi Hailam tak cerewet. Boleh letak ayam, daging, udang atau sotong. Semua boleh masuk!! Letak semua sekali gus pun okaylah! 😆   ...

Wednesday, September 7, 2022

KUAH KACANG FAV KJEE

       Kuah kacang yang Kjee tahu buat, cuma kuah Sate. Maklumlah dilahirkan dalam keluarga penjual sate, jadi dari kecik hanya tahu buat cara itu.        Apabila dah tahu cara memasaknya, Kjee dah tak minat cuba resipi kuah kacang lain kerana kuah sate kami tak banyak bahan macam kuah kacang. Tiada rempah ratus. Cuma...

Monday, September 5, 2022

MI BANDUNG MUAR

       Kjee ni 'hantu' segala jenis Mi, Bihun atau Kway Teow yang berkuah atau basah. Malangnya UnclePali tak minat sangat. Tetapi itu bukan satu penghalang untuk Kjee. Nak makan silakan, tak nak dia buatlah sendiri mi tanpa kuah.       Tetapi UnclePali tak kesah kalau Kjee ajak dia makan Mi Jawa Suwarno di Kampung Baru....