DIMSUM (SIEW MAI) AIR TANGAN KJEE

klik link ini untuk cerita penuh

Wednesday, March 22, 2023

SALAM RAMADAN. CUTI SEBULAN

        Esok umat Islam seluruh dunia (ikut tarikh tempatan) akan menyambut ketibaan bulan Ramadan. Bulan paling Mulia dan Berkat dalam kalendar Islam.       Dan kita akan mula berpuasa selama sebulan, Insya Allah. Selain itu malam ini kita mula Solat Tarawih sama ada di surau, mesjid atau sendirian (seperti mokcik) di rumah.  ...

Tuesday, March 21, 2023

IKAN TALANG KERING

        Menjelang aje bulan Puasa, ikan Talang Kering menjadi antara lauk pilihan kami. Aritu UP ke kedai Soon Cheong Marine di Selayang. Kedai itu mempunyai stok segala jenis ikan kering/bilis/sotong. Harga boleh tahan murah.        So hari pertama berbuka nanti, Insya Allah lauk Ikan Kering Talang. Masalahnya pilihan antara...

Monday, March 20, 2023

JUS BERHANTU BULAN PUASA

        Antara tiga jus pilihan Kjee di bulan Puasa. UnclePali hanya suka air tebu. Kjee kurang sikit bab air tebu. Ada story yang tak syok sangat pasal air tebu. Ahhh tak payah lah nak story.         Jus mangga menimbulkan nostalgia. Arwah mak suka buat especially kalau musim mangga. Dia beli...

Sunday, March 19, 2023

JELI AIR KELAPA MUDA NYAMAN

        Jeli Air Kelapa Muda ini seringkali muncul dalam rumah kami ketika cuaca panas terik atau di bulan Puasa. Dah lebih seminggu musim panas baru semalam UnclePali kata tak buat ke jeli untuk sejukkan badan?         Hmmm Kjee memang tak larat. Musim panas ni nak masuk dapur punyalah berat. Duduk releks depan tv ditemani...

Saturday, March 18, 2023

INTI KELAPA MANIS

        Selain Sambal Tumis dan Sambal Ijo, Inti Kelapa Manis juga mesti Kjee buat sebagai stok untuk bulan Puasa. Inti ini sangat versatile dan boleh jadi pelbagai jenis kuih muih kegemaran my asben. Kjee makan sikit jer maklumlah ada diabetes!        Antara kuih muih yang seringkali Kjee buat guna Inti Kelapa Manis ialah...

Friday, March 17, 2023

ULAM RAJA TUMIS PEDAS

        Ramai macam tak percaya sayur Ulam Raja boleh digoreng/tumis. Termasuklah makcik yang niaga sayur2 kampung di Chow Kit.         "Eh sayur ni ulam lah. Makan mentah dengan sambal belacan," katanya apabila Kjee beli 2 ikat. Satu ikat dah goreng secoit aje, Kjee beritahu dia.         Mungkin...

Thursday, March 16, 2023

KENTANG MASALA

        Potato Masala for breakfast tadi. Lama dah tak buat. Memanglah dah jadi resam manusia, dah dekat nak Ramadan cepat2 fikir apa yang hendak dimakan takut kempunan. 😬        Alahai macam lah Ramadan tu setahun lamanya. Heran kan... Bukan senarai amal ibadat yang difikirkan... Bukan ditujukan kepada orang lain tetapi...

Wednesday, March 15, 2023

KUIH DANGAI KUKUS

        Kuih Dangai kesukaan my husband. Dek kerana sukar nak cari orang menjualnya di Kolumpo, maka satu ketika dulu Kjee cari resipi dan cubalah buat. Alhamdulillah sukses.        Dan minggu lepas, UnclePali balik dari beli sarapan bersama satu peket plastik kuih. Kjee pelik sebab tak pernah tengah kuih macam itu. Ada secoit...

Tuesday, March 14, 2023

SAMBAL BULAN PUASA

       Seminggu lagi kita berpuasa. Dua sambal ini penting especially buat ibu2 yang bekerja. Dan ibu2 yang duduk rumah macam Kjee. Adanya dua sambal ini, kerja memasak jadi lebih mudah.        Dua sambal ini sentiasa ada dalam freezer Kjee. Tambahan pulak sejak akhir2 ini, Kjee kurang sihat. Jadi sambal2...

Sunday, March 12, 2023

TELOR ASIN TELOR AYAM

        Telor Asin pembuka selera di  bulan puasa. Ia rebus dan menjadi antara pilihan asben kita selain ikan kering masin. Kjee pula guna telor asin untuk my bubur lambuk.       Biasanya Kjee mula projek mengasinkan telor Itik dua minggu sebelum bulan puasa. So beberapa hari lalu pergilah intai telor itik. Amboiiii...

Friday, March 10, 2023

APABILA RAMADAN HAMPIR TIBA..

        Ada ke orang jual Bubur Biji Nangka aka Bubur Butir Nangka, ini di pasar Juadah bulan Ramadan. Entahlah. Kjee tak pernah jumpa. Oppps memanglah tak jumpa sebab Kjee jarang2 singgah pasar Juadah.        Malam tadi tetiba terasa nak makan. Badan tak larat nak buat tetapi Kjee paksa diri Kjee tadi. Tak susah pun buat....