kjee bersama hajah siti rokiah |
kjee bukan nak polimikkan isu ni, tetapi harus ada two way traffic kan? betul ke tidak? kalau menantu jer baik atau pun mak mertua jer baik, tak jadi juga kan? apakah kita ni lebih muda maka kita jer yang selalu dijadikan mangsa? maaflah.
kjee ada kawan2 yang kena kaw kaw dengan mak mertua. sampaikan dia kata mintak2lah kalau anak2 pompuan dia kahwin, suami mereka dah tak der ibu!! begitu juga kjee pernah jumpa ibu mertua yang hidup tersisih daripada anak2 lelaki mereka dek kerenah menantu.
apapun, seperti kjee kata harus ada trafik dua hala dalam hubungan ibu mertua dan menantu. kita cerita dulu pasal mak mertua yang 'ala ala mak dara' dan lepas tu kita kupas gak cerita 'menantu macam hantu'.
ada seorang kawan kjee ni. kita bagi dia nama julie. dia kahwin dengan seorang lelaki yang asyik berkepit 'bawah ketiak mak' dia masa dia bujang. memang fahamlah sebab dia anak lelaki sorang. jadi, memanglah dimanjakan setengah maut. (ini bukan cerita kjee bersama ibu unclepali).
mak mertua julie ni, punyalah pandai masak. memang kjee pun pernah makan masakan makcik ni. apa jer dia campak menjadi. si julie pulak taklah pandai masak sangat. masak biase biasa. bila dah kahwin, dia cubalah ambil hati suami. tapi si suami ni dah biasa makan makanan mak dia. mestilah dia rasa janggal sangat.
kucupan mesra. ketika ini mak siti nak gi umrah bulan puasa lalu |
julie hilang punca. ibu kandung dia suruh dia pergi belajar dengan mak mertua dia. tapi mak mertua dia ego. dia kata tak payahlah belajar. biar mak je yang masak untuk laki kau. lagipun, dia kata dia tahu selera anaknya. akhirnya, rumahtangga julie bergolak. ibu mertuanya siap bagitau suami julie...ah macam ni kalau dah tak boleh makan masakan dia, ceraikan jer lah dia. suami julie akur. kini julie kembali duduk bersama keluarganya. hah sedihkan!!
okay itu bab mak mertua. bab menantu hantu camner? isyhh jangan kata tak der. memang ada. kjee pernah jumpa mak mertua yang 'kehilangan' anak selepas anak dia kahwin. bukan anak jer, cucu pun menantu dia tak bagi tengok. semuanya kerana mak mertua dia orang kampung. dressing ala kampung, tak boleh 'masuk' dalam social circle dia.
selain itu, bila time raya jer, tak kiralah raya melayu, cina atau india ataupun christmas (cuti panjang kan), mesti nak balik rumah mak dia. suami dia pulak, lupa diri lepas kahwin. seorang kawan baik kjee (lelaki) terpaksa berpisah dengan isterinya apabila isteri yang terlalu mengongkong suruh dia pilih antara dia dengan ibu dia. eh ada akal ker? ayah dia dah tak der. dia anak tunggal dan ibunya tinggal bersama mereka!!! ini kes pernah terjadi tau!!
bagaaimana hubungan kjee dengan mak mertua kjee Hajah Siti Rokiah? mula kahwin dulu kjee memang risau. mak siti ni ada anak lelaki sorang jer tau. bongsu lak tu. kjee ibu tunggal ada anak dara sunti. anak dia bujang trang tang tang. masa mula2 kenal, tiap kali unclepali ajak kahwin, kjee tangguhkan sebab kesian kat ibu dia,. kjee pun ibu so kjee fahamlah sikit lebih kurang perasaan ibu dia ketika itu.
kjee tahu hati mak siti hancur tapi apakan daya. dah jodoh anak dia. kali pertama kjee menemui mak siti, dia menangis dan peluk kjee.
tapi setelah 10 tahun, kjee rasa amat bertuah kerana menjadi menantu mak siti. walaupun bukan orang bandar, mak siti ni cukup broad minded. kjee tahu dia sayang kjee sebagaimana kjee sayang dia dan anak dia.
tiada ilmu khusus sebenarnya nak ambil hati mak mertua. dia hanya perlukan kasih sayang. bagaimana kita sayang ibu kandung kita, ibu mertua juga harus menerima hak yang sama. kjee tak longgokkan mak mertua dengan hadiah hadiah apabila balik kampung walaupun dulu arwah mak ada pesan itu cara nak ambil hati mak mertua.mungkin arwah mak ada masalah dengan mak mertua dia dulu, maka dia guna taktik itu.
tapi kjee pastikan selalu berbual di telefon bertanya khabar. ari tu kjee terlupa nak call mak mertua di hari jadinya sebab kelamkabut sangat tugasan kjee hari tu. mak mertua kjee call anak dia. kenapa jee tak ucap mak selamat hari jadi? tanya dia sedih. rupa2nya itu bukan budaya famili dia orang selama ini. tetapi dek kjee dah mulakan, mak mertua kjee jadi seronok lak. menyesal tak sudah kjee. terus capai fon dan mintak ampun kat dia banyak2.
terserahlah pada korang nak jadi menantu atau hantu. kalau selama ni terasa diri tu lebih hantu, ubahlah. belum terlambat. jangka usia mak mertua kita mungkin lebih pendek dari kita. apa lah salahnya bahagiakan dia... kalau korang tergolong dalam kategori menantu yang dianiaya, banyak2 berdoa agar pintu hatinya dibuka untuk sayang korang. insya allah. allah swt maha mengetahui.
betapa kasihnya mak siti terhadap unclepali |
nak ceta macam mana....mak mentua nor baik walaupun orang kampung dan tak tahu perkembangan semasa..nor senang je ikut je apa2 tak bangkang dan tak komen apa dia nak yang d suruh buat je suka je ....buat apa lawan umur kita tentuan tuhan entah dia atau kita yang p dulu buat apa buat dan tinggal dosa....norasmah
ReplyDeletemmmm... alhamdulillah sy mmpunya mak n pak mentua yg sgt baik... sgt penyayang.. xde pilih kasih. dan sy dpt menumpang kasih degn mak n pak mentua n adik beradik ipar.... bersyukur sgt djodohkan dgn abg.... alhamdulillah...
ReplyDeleteermmmm....sepupu2 sy n kwn2 pun ada citer yg sama...tp alhamdulillah sy dkurniakn ibu mertua yg blh dibuat kwn....segala masalah dia akan citer kt sy,begitu juga sebaliknya...kalu kte anggap ibu mertua 2 sebagai ibu kandung xda isu menantu hantu dan sebagainya...
ReplyDeleteSaya suka blog kak jee.. Dan bagus juga kak jee ketengahkan isu menantu dan mertua ni. Boleh dijadikan pengajaran dan iktibar..
ReplyDeleteAlhamdulillah saya dapat mak mertua yg baik dan kamceng dgn saya.. Walaupun dia tinggal di luar negara, kami sentiasa saling berhubung melalui sms, email, panggilan telefon dan juga video call. Beruntung saya dapat menumpang kasih dengan mak mertua saya.. :)
saya bukan menantu yg baik tp bukan la hantu..huhuhu tapi yg pasti sy selalu ingatkan suami untuk berbakti kepada ibu bapa dia sbb barakahnya pasti sampai pada kami sekeluarga..insyaallah..:-)
ReplyDeleteBetul tu Kjee. Kena ada traffic dua hala. Kalau seorang je yang berusaha, takkan sempurna hubungan mentua dan menantu.
ReplyDeleteTie punya pengalaman pahit, tapi sekarang dah rasa sedikit kemanisannya. Yang penting kita mesti banyak-banyak bersabar dan berhati-hati kerana diri kita masih lagi dicurigai.
Bagi dia, menantu tetap menantu, walaupun kita cuba anggap dia seperti ibu sendiri. Tu yang rasa sedikit terkilan.
kjee faham keadaan awak Tie. banyak2lah bersabar. rambut sama hitam kan. berusahalah lagi. insya allah.
ReplyDeletesalam kjee....kadang-kadang kjee pak mertua ngan mak mertua tu ok jee kjee..ipar-ipar pulak yang menjadi batu api.selalu pak mertua ni susah sikit nak termakan kata-kata ipar ni(terutama ipar perempuan)berbanding mak mertua...kena pulak ipar perempuan tu anak kesayangan nya...faham-faham je lah kjee...kena pulak kita baik sangat dgn mak mertua ni kang macam-macamlah dia kata..pada perasaan dia kita ni nak bodeklah..sikit-sikit dia akan hasut mak mertua kita tu supaya membenci kita.tulah kalau kita terpaksa berhadapan dgn ipar-ipar yang ada penyakit PHD ni bersabar jelah..mohon jelah pada Tuhan supaya diberi kesabaran dan kekuatan..kan kjee....
ReplyDeletekjee bernasib baik sangat. kakak2 ipar kjee baik sangat. tak der masa dia orang nak cucuk mak mertua. tapi kjee tak bernasib baik sebab dua kali kawen tak pernah dapat rasa kasih sayang bapak mertua huhuhu
ReplyDeleteSetuju dengan kak jee...mak saya pun walau pun kampung punya olangg, tapi bab2 ni dia open, satu lagi mak saya bukan jenis suka perintah2 menantu...pada dia koo dah kawen dengan anak dia, janji koo jaga pakai/makan suami memasing sudahhh...dann sama macam mak mertua akak, kami pun kadang jarang ingat2 besday ni segala...erkk...ni cakap betul, bukan tipu punyaa.. Sejak berblog ni jelahh baru ada sdikit kesedaran...
ReplyDeletesalam CMG. harap2 bakal2 mak mertua dan bakal2 menantu dapat renung sejenak peranan mereka sebelum melangkah ke alam baru itu. memang sukar sebenarnya... celik2 mata kena terima kehadiran seorang insan baru dalam hidup kita. tetapi janganlah jadikan hidup itu lebih menyusahkan.
ReplyDeleteSyukur untuk rakan2 yg ada mak mentua yg ngam gan menantu..saya dahlah mak dah xde..bukan menantu pilihan pulak, reasonnyer sbb saya org Srawak..mertua org n9..so..diaorg kureng gan saya walaupun dah 12 thun jadi menantu sulung n memegang award menantu tunggal selama 11 tahun last year adik ipar saya khwin gan org senegeri..n tahun ni, 2 lagi ipar saya akan nikah dgn org negeri yg sama, mertua saya punyalah happy giler..n jurang antara saya n mertua smakin besar..kalo sape nak jadi menantu dia syarat yg prtama kena keje gomen n brasal dari n9..huhuuhu maka jadilah menantu pilihan..sian kat saya terkontang-kanting spnjang 12 thun..kalo nak kata saya x cuba jadi yg trbaik..bohonglah dah mcm2 saya cuba..tp xpe saya redha..
ReplyDeletesalam hasniza. sabarlah. moga satu hari nanti akan terbuka pintu hati orang tua itu.....
ReplyDeletemak mentua aku ok je apa aku masak semua dia kata sedap, kalau kenduri memang qaku jelah yang kena masak. dulu masa baru2 kawin dia macam tak berapa suka aku sbb aku free hair maklumlah walaupun sb anak yang ke2 tapi kita orang kawin dulu. lepas 2/3 tahun dia sayang sbb aku pandai ambik hati dia, tiap2 kali kalau buat kenduri apa2 aku yaqng masak sampai ipar lain suka sakat2 aku kata aku kesayaqan mak dan abah. tapi yang paling terharu bila arwah bapa mentua aku cakap kat aku, aku bukan menantu tapi anak dia,menanggis aku jee.
ReplyDeleteshida: kau memang isteri dan menantu yang baik. itulah cara dia. mula2 kalau ibu mertua tak suka, tapi kalau kita pandai bawak diri, insya allah dia akan suka akhirnya.
ReplyDeleteseronok dengar baca kisah kak jee dan mertua ... alhamdulillah ibu mertua saya juga amat baik orangnya.Cukup rajin memasak dan amat teruja bila anak, menantu dan cucu balik kpg. Kelemahannya ... bila memasak tak pandai nak BUDGET dari segi kuantiti. SO .. sering berlaku pembaziran. Sejak jadi menantu, saya layan dia macam mak sendiri. Bila HARI IBU, saya belikan dia sesuatu dan saya akan call dia ucap SELAMAT HARI IBU. Kalau raya saya hadiahkan sesuatu juga... kain baju atau perkakas rumah. Tapi .. dia jaranggg guna. Kata suami, mak sayang apa benda yang di beri , so dia simpan je. Mertua saya ni .. kalau bercakap nada suaranya tinggi dan bunyinya macam menempik !! Sering juga saya terasa hati walaupun saya faham itu cirinya. Malah dengan pak mertua pun, dia sering bercakap dengan nada gitu. Kekadang bunyi macam GARANG betul .. Apapun .. perasaan ' sayang' saya terhadap ibu mertua dah kurenggg sekarang sejak suami menikah lagi. Sebabnya .. dia macam percaya pada menantu barunya yang menuduh saya menyebabkannya ( isteri kedua suami) sakit.
ReplyDeletebest klu dpt mak mertua mcm mak aku. smpai ank buah aku 2 3 org ingat kakak ipar aku adalah ank kndung mak aku dan abg aku tunpulak menantu.. hahahar..
ReplyDeleteaku pulak dpt mak mertua mcm wicked witch... hantu penyapu...