Thursday, July 2, 2026

kisah2 close to my heart

KJEE NI WARTAWAN KE PELAKON?

      
      Kisah terjadi minggu lepas. Kjee tengah sarapan dengan UnclePali di sebuah restoran. Tetiba terdengar jeritan.. "Mona!!!" Kjee segera berpaling. Tak kenal siapa!
      Kalau tak kenal kenapa Kjee berpaling? Apa kena mengena Mona dengan Kjee? Hehehe panjang cerita tapi dipendekkan, ramai orang ketika zaman Kjee muda2 dulu lebih suka panggil kita Mona. Kjee malu masa itu.
     Kenapa Mona? Hah mak atau ayah korang semua pasti boleh beri jawapan. Itulah watak Kjee dalam drama Santan Berlada. Kisah gadis bernama Monaliza yang 'kurang seposen!'
     Sebenar Kjee sepatutnya muncul sebagai artis jemputan dalam satu episod Santan Berlada masa itu. Tetapi ketika rakaman di Studio Sound Stage Filem Negara, penulis skripnya ada sama. S.A.Takiyuddin kalau tak silap. Beliau ketawa lihat Kjee bawa watak itu. Justru dia tanya mahu tidak menjadi barisan pelakon tetap.
      Hati berbelah bagi. Kjee masa itu wartawan di NST. Adoiiii tapi minat sangat2 nak berlakon. Akhirnya.... Kjee curi2 berlakon. Tapi masa rehat, interviu artis2 untuk dimasukkan dalam paper. So tak kira ponteng lah kan., 🤭
       Antara pelakon Santan Berlada ketika itu. Fauziah Nawi, Accapan, Jantan Osman, Khairul Azhar. 👇

      Maka tiap episod Kjee berlakon lah. Oleh kerana watak kurang seposen, Mona dimekapkan oleh mendiang mekap artis Rama Lingham, dengan mekap tebal. Pipi merah menyala bagai.
      Kjee sanggup pakai kasut sebelah warna lain, subang juga sebelah lain, rambut kejap gerbang. Hehehe kelakar betul. Semata-mata nak hidupkan watak Monaliza yang senget 
      Dan kerana keberkesanan watak Mona, orang mula panggil Kjee nama itu. Sehingga hari ini, penonton zaman itu panggil kita Mona.
      Kjee sangat dikenali masa drama Santan Berlada. Actually watak Mona itu bercinta dengan Abg Ghani (lupa nama sebenar) tapi buat album Mona digandingkan dengan Os.
      Tetapi sekarang orang hanya ingat Kjee dalam drama Rumah Kedai. Kjee berlakon satu musim aje Rumah Kedai gantikan Rosnah Mad Aris, yang tarik diri.


      Setakat ini dah dekat 100 drama Kjee berlakon sejak RTM zaman hitam putih. Drama pertama 'Angin Bila Menderu' slot Panggung RTM arahan Abdullah Zainol. Baru-baru ini diulang tayang di TV9. Che Mat Gebu capture foto Kjee dalam drama itu minggu lepas. 👇

    
      Kjee dah berlakon lebih 100 drama setakat ini. Paling banyak drama bersiri. Filem ada lah sikit. 
     So Kjee ni Pelakon atau Wartawan? Hmmm satu kaki dalam industri drama dan satu kaki lagi dalam bidang kewartawanan. Itu aje yang kjee boleh kata. Tapi dua-dua Kjee suka. Masa jadi wartawan, Kjee menulis bidang hiburan.
      Malangya tak banyak foto untuk dijadikan kenangan. Yang bawah ni jer. 👇



Wednesday, July 1, 2026

kjee dan artis tanahair

BAHASA2 BIASA ORANG FILEM

Kalau masa shooting ini yang dia orang suka...posing amik gambar hehehe
 Malam tadi Kjee duduk bersebelahan Unclepali kat opis kecik kami di rumah, sambil bersembang. Opis kami sebenarnya ruang makan yang 'kami curi sikit' untuk jadikan opis. Maklumlah rumah kenit sangat. Penghuni hanya tiga orang tapi sorang tu bodi dia macam tiga orang.

Kami berdua sanggup duduk sampai 12 jam kat opis kecik ni walaupun bahangnya kat ruang opis ni, mengalahkan duduk dalam oven. Tapi kami masing2 ada kipas angin sendiri. Kipas angin Kjee duduk sat inci je dari Kjee so taklah rasa panas sangat.

Sebab tu kalau ada yang post komen yang bukan2, Kjee cukup cepat naik hangin! Taklah selalu tapi kadang kadang, kata P Ramlee.

cepatlah...satu dunia tunggu kau touch up...hehehe
Okay berbalik kepada story malam tadi. Ntah apa Kjee sembang, tiba-tiba terkeluar perkataan 'dilacurkan'. Unclepali terkejut. Apa you kata? Dia tanya Kjee. Kjee rasa pelik. Eh apa pulak aku kata? "Tadi you kata lacurkan?" kata Unclepali.

Yalah Kjee kata lacurkan. Kenapa? Kemudian baru Kjee teringat. Unclepali bukan asal orang filem jadi perkataan itu agak asing kepadanya. Bagi Unclepali, lacur tu mesti babitkan pelacur.

En taklah. Kalau orang filem cakap 'dilacurkan', maknanya menjuruskan kepada tempat, bukan orang. Misalnya.."Eh aku malaslah nak gunakan rumah tu untuk shooting. Rumah tu dah dilacurkan..". Maknanya, rumah tu bukanlah rumah pelacur tapi dah banyak sekali orang production guna untuk drama.  Dah tak eksklusif lagi.

Korang pun kalau tengok drama, kalau dalam seminggu tu asyik rumah sama baik kat TV3, TV1, TV 2, Astro dan stesyen lain yang sewaktu dengannya, mesti korang komplen kan? Balik2 rumah sama, mesti korang kata kan? Hah macam tulah. Barulah Unclepali faham dan senyum.

Orang filem ada banyak bahasa. Antaranya ENTER FRAME bukan INTER FRAME. Kjee tengok ada jugak orang yang pandai2 guna perkataan INTER FRAME untuk ENTER FRAME. Asal bunyi sama je kot, dia orang balun jer.

Ala baru pukul 4 pagi...2 jam lagi baru wrap kata pengarah
Enter Frame maksudnya, seperti menyampuk. Kalau kita tengah sedap2 berbual ada je yang sibuk menyampuk. Itu namanya Enter Frame dalam bahasa orang filem. Enter Frame dalam bahasa sebenarnya maksud, lalu depan camera. Camera tu macam frame...so kekadang director kata...'Awak enter frame masa dia tengah cakap kat telefon..' misalnya. So lain kali jangan sesekali guna perkataan Inter Frame. Tak betul tau.

Banyak lagi perkataan yang orang filem gunakan. Ada cara nak sembur sesama sendiri tapi guna bahasa halus macam ni.."Mana kau pergi? Satu dunia tunggu kau!!" Maknanya, artis atau budak2 porduksi yang hilang sekejap dari set. Semua tunggu nak shooting, tapi kelibat dia tak nampak. Bila tiba2 dia muncul, dia kena sembur cara itulah.

Tapi perkataan paling seronok dengar bila dah kepenatan shooting ialah apabila Penolong Pengarah kata "WRAP!!" Wah kalau tengah kepenatan shooting dengar perkataan tu bukan main suka lagi. Wrap dalam bahasa filem maknanya, shooting pada hari tu dah habis. So bolehlah balik. Wrap maknanya bungkus. So artis2 yang datang bawa kain baju banyak2 tanpa bawak beg, sediakanlah kain pelekat atau kain batik. Bungkus pakaian dan balik. Taklah. Kjee gurau jer.

Hehehe itu jer. Banyak lagi perkataan yang biasa orang filem gunakan. Tapi malaslah nak tulis panjang lebar kat sini. Nanti korang boring lak baca.