Wednesday, February 9, 2011

57. 10 feb 1988, kul 5.30 petang lahirlah FARAH-NADIA


Tiada apa yang membahagiakan kjee melainkan melahirkan seorang anak perempuan, 23 tahun yang lalu. Syukur alhamdullilah. Mana tidaknyer kjee happy giler…doktor scan kata anak lelaki. Bidan pegang perut kjee kata anak ni ‘hero’.

Hanya arwah ibu penyanyi mazuin hamzah kata anak perempuan. arwah makcik maimon datang bertandang ke rumah masa kjee sarat hendak bersalin. Dia raba pusat kjee. Kemudian senyum kata anak perempuan.

Kjee teringin sangat nak anak perempuan. Anak pertama kjee lelaki. Semua terkejut kan? Dia abang kandung nadia. Tak payahlah tanya mana dia sekarang. Sewaktu kjee berpisah dengan bapa dia, anak itu dibawa sekali dan … oklah kita sambung cerita seterusnya.

Oleh kerana kecewa setelah doktor kata anak kjee lelaki, kjee taklah bersiap apapun untuk sambut baby perempuan. Tapi masa anak sulung, kjee dah sediakan nama Farah Nadia. Bapa dia nama huruf N, kjee F. tapi yang keluar anak lelaki. masa mengandung kali ni, kjee kata kalau anak perempuan bagi jer nama siti khadijah. Oh ya nadia ni sebenarnya anak ketiga. Yang nombor dua perempuan tetapi meninggal dalam perut ketika usianya 8½ bulan.

Mengandung nadia cukup senang walaupun kjee banyak menangis. Sebab itu nadia pun cukup kuat menangis di usia keciknya. Kenapa kjee menangis sewaktu mengandung biarlah ia tinggal memori dalam hidup kjee.  Rupa2nya kjee tidak menjangka tangisan kjee itu itu membawa membawa petanda tidak elok.

Oleh kerana takut dengan kematian anak kedua kjee (kjee tak sedar dia telah meninggal selama 3 hari dalam perut kjee), kjee begitu takut kehilangan nadia. Setiap minit kjee akan awasi pergerakan dia. Kalau dia tidak bergerak atau menendang, kjee panik. Doktor selalu suruh kjee relax sebab mungkin baby sedang tidur.

Dua hari sebelum melahirkan nadia, kjee dimasukkan ke klinik bersalin. Kjee yang mintak dimasukkan ke wad sebab kjee rasa tak sedap hati. Mungkin kalau ada nurse dan doktor kjee rasa lebih selamat.

Doktor sengaja mahu kjee lahirkan nadia secara normal sebab abang nadia dulu lahir secara forceps. Kjee kata okay jer walaupun tak tahu betapa sakitnya lahirkan anak secara normal.

Setelah dua jam bertarung di dalam bilik bersalin, lahirlah anak ini. Sakitnya tidak terperi. Rupanya lahirkan anak secara normal cukup sakit. Sebaik sahaja anak ini keluar, doktor terkejut. Tanya kjee tak nak tengok ke anak perempuan kjee? Kjee marah doktor. Janganlah nak buat lawak kata anak perempuan. dia yang scan kata anak lelaki. Dahlah kita sakit melahirkan dia. Kemudian doktor bawa nadia kepada kjee. Ya allah anak perempuan!!! Scan yang doktor buat itu nyata tidak betul. Allah swt yang menentukan.
Nampak jer jantina anak itu, kjee jerit ‘Farah nadia' sekuat2nya!!! Mungkin sudah ditakdirkan nama dia farah nadia dan bukan siti khadijah. Lepas baby dibawa keluar, doktor kelambut. Nurse keluar masuk. Kejap2 kjee di inject di peha. Beza nadia dengan abang dia enam tahun so kjee dah lupalah proses selepas bersalin ni.

Kjee lahirkan nadia jam 5.30 petang. Tapi sampai pukul 12 malam, kjee masih terbaring diatas katil besi bersalin. Kemudian apabila doktor malam ambil alih, kjee minta dipindahkan ke bilik kjee. Dia kata tidak boleh sebab takut kjee tumpah darah lagi !

“U know u almost bled to death after delivery?"  kjee mengucap panjang. Kenapa? Dia pun cerita masa kjee menjerit, darah tak berhenti-henti keluar. Sebab itu doktor bagi injection kat peha nak bagi darah berhenti. Berulangkali dia kata kjee patut bersyukur sebab masih hidup!!

Bermulalah hidup kjee dengan nadia. empat bulan selepas melahirkannya, rumahtangga kjee bergolak sebab bapak nadia nak kahwin lain. Kjee bawak lari nadia dan mulakanlah hidup sendiri.
Mana sahaja kjee pergi, kjee bawak nadia. Masa tu kjee kerja sebagai pengurus produksi drama. Nadia tidur dalam bakul tepi longkang, bawah tangga rumah tempat shooting dan mana2 sajalah.  Budak2 crew jadi abang dan kakak2 dia. Sampailah apabila nadia mula bersekolah barulah dia jarang2 ikut kjee.

Begitu sukarnya hendak besarkan anak dengan kerja yang kjee lakukan. Ada kawan2 kata kenapa tak serahkan dia kepada ayah dia supaya langkah kjee panjang sikit. Ahhh kata kjee. Dengan ada anak di sisi, kjee akan dapat tepis segala godaan dan dugaan.
sungguh senang besarkan nadia. dia tak banyak kerenah. kalau kami pergi ke shopping compleks, dan dia ternampak sesuatu yang dia suka, dia akan tanya.."mama ada duit ker". kalau kjee kata tak der, dia terus diam. bila kjee ada duit, terus bawak dia ke kedai untuk beli apa yang dia idamkan hari tu. tapi dia hanya geleng2 kepalanya. ari tu hendaklah dia kata. hari ni dah tak nak! sampai ke hari ini, sama jer perangai dia.tidak reti meminta minta. 

barang2 milik dia (baik handfon ke laptop ker) semua mahal2. tapi dia beli dengan duit dia sendiri. dia simpan duit yang diterimanya hasil pencen arwah ayahnya sebanyak rm250 sebulan dan beli.

Now dah 23 tahun berlalu. seems like only yesterday... Sekarang kjee tak perlu lagi menjaga dia…cukuplah sekadar memantau segala aktiviti dia. She is such a great girl. Kjee di usia nadia ibarat langit dengan bumi dengan nadia sekarang.

Apa yang kjee inginkan pada seorang anak perempuan, allah swt telah berikan kepada kjee. Anak yang prihatin, pengasih dan penyayang…

Di hari lahir mu ini, mama doakan Nadia menerima segala yang terbaik, terus menjadi anak yang soleha, cemerlang dalam pelajaran dan hidup. ikutlah langkah mama yang baik2 sahaja. Mama mengaku mama bukannya baik sangat tetapi ada juga kebaikan mama yang boleh dicontohi.

I LOVE YOU NADIA…no words can describe my love for you. Mama tak sabar nak siarkan ini buat tatapan nadia walaupun hanya esok birthday nadia…

                                              
                                            HAPPY BIRTHDAY MY PRINCESS

17 comments:

  1. Saya suka...cerita Kjee lebeh kurang kisah hidup saya...

    ReplyDelete
  2. terharu baca n3 kak jee yg ni... ni nak meleleh ayaq mata nii....(tahann....nt ofis mate nampak ..malu)....bertuah kak jee jadi ibu kpd anak sebaik nadia....tu yg org tua2 selalu kata "sejuk perut mak mengandungkan kau"

    ReplyDelete
  3. hadiah terbaik dari Allah swt untuk ibu bapa..anak soleh dan solehah yang mendoakan kita dialam sana..tahniah kjee..u got such a great solehah doter n to nadia, am wishing u A very blessed birthday dik, walau hanya kenal melalui blog mama nadia , hati akak dah jatuh sayang pada Nadia..

    ReplyDelete
  4. Happy birthday Nadia. Semoga di panjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberkati kehidupan dan beroleh kebahagiaan dunia dan akhirat. Amin.

    Kjee, you are a one tough person and I salute you for that...

    ReplyDelete
  5. Hepi bufday Nadia~~emm..kjee memang seorg yg tabah~~munie pn xsekuat kjee...brcerai dgn exhubby mse umor ammar 4tahun..munie sowg besarkn ammar..alhamdullilah..skrg ammar dh drjah 1..seowg budak yg sgt cerdik dan paham situasi mummy dia...takot nk kawen lg~~~huhuhuhu~~~

    ReplyDelete
  6. thnx semua..zohani, rin, siti raudah, MamaFaMi and Munie.
    dugaan itu semua mematangkan kjee dan juga nadia.

    ReplyDelete
  7. lagi ceta kjee undang airmata nor....sedih dan terharu tapi seronok baca n3 kjee ..semuga kjee kuat untuk meneruskan semua nya...sekarang kjee ada uncle yang very caring semuga kjee bertiga bahagia selalu sehingga ke akhirnya..amin..norasmah

    ReplyDelete
  8. Hepi besday utk anak kak jee...kebetulan sama hari lahir dengan kak ipar saya dan juga anak buah saya 10.02 moga panjang usia, murah rezeki dan dipermudahkan kehidupan dunia dan akhirat kelak....

    ReplyDelete
  9. Happy bufday Nadia...terharu dengan pengiktirafan yang diberi oleh mama Nadia..percayalah allah menjanjikan yang terbaik untuk anak yang solehah..

    ReplyDelete
  10. sedih pulak cite kjee ni..huhu..
    tp ape yg berlaku mmg ade hikmah sebaliknya yg kite x tau..
    sekarang kjee dh bahagia kan dgn insan tersayang..
    happy bezday wat nadia..semoga pnjg umur,murah rezki dan jd anak solehah;)

    ReplyDelete
  11. lindaishak87&yahoo.com.February 10, 2011 at 10:10 AM

    Tahniah dikurniakan suami dan anak yang baik.
    Terharu baca cerita kjee.
    Sifat sabar dan senantiasa ingat ALLAH.s.w.t.telah menemukan kjee dengan kebahgian.semoga panjang umur dan dapat menitipkan kata nasihat kepada kami peminat kjee.Amin.

    ReplyDelete
  12. happy birthday to you nadia! semoga Tuhan panjang rezeki dan kebahgiaan di dalam hidup nadia sekeluarga..zumaira.

    ReplyDelete
  13. adeh. ternangis pulak baca entry nih huhu T_T

    ReplyDelete
  14. Menyentuh hati..Kjee adalah wanita yg betul2 tough..tabah, berhati waja..menangis Nora baca entry ni..tersentuh sangat..Moga Nadia menjejaki sifat2 mamanya..semoga Allah sentiasa memberkati hidup Kjee dan keluarga tercinta...sesungguhnya Allah menyayangi umatnya yg berusaha...

    ReplyDelete
  15. terharu baca cita kjee....tak sabar tunggu anak dara sy plk membesar....

    ReplyDelete
  16. she's just seems like my ex junior..kalu kate kembar mmg sah..hehehehe..

    ReplyDelete
  17. walaupun membesarkan Nadia begitu sukar....namun saya tau k jee seorang yg tabah...bahagia Nadia punya ibu yg cukup perihatin...syukur Alhamdulillah....saya selalu doakan agar k jee n famili bahagia sepanjang hayat.u really deserves it..!!!

    ReplyDelete