Sunday, February 20, 2011

85. baked beefy cheese macaroni

hah amik ko. berbelit belit lidah nak sebut. gempak jer bunyi dia tapi sebenarya makaroni bakar bubuh daging dengan cheese jer. hehehe. resipi ni buat semalam. first time buat cilok resipi omputih kat ch 706 astro.

korang buatlah cepat2 pastu jangan lupa tengok filem AKU KAYA kat tv3 kul 3 petang ni. mokcik ada berlakon sikit tau. korang carilah dalam ramai2 tu yang mana satu mokcik. kahkahkah. ok back to Baked beefy macaroni cheese ni.

kjee pernah buat resipi ini dulu tapi kjee rasa yang ini lebih mudah. tadi ada tanya kalau bubuh ayam boleh ker? apa lak tak boleh. kan ayam cincang atau kisar ada dijual. jenama Ramli burger pun ada kalau was was dengan jenama lain. kalau suka kita boleh pelbagaikan, guna udang atau ikan dory. atau boleh buat ala vegetarian. bubuh sayur2an pelbagai jenis termasuk cendawan. ala kita yang buat dia kan. so suka hati kitalah. yang nak makan kita. okay sebelum mokcik banyak bebel, jom kita tengok resipinya.

bahan2nya:

2 cawan makaroni (direbus hingga lembut dan tos)
1 peket kecik daging kisar (kjee guna jenama Ramli 400 gms)
1 cawan tomato puree ( atau 1 tin kecik)
4 biji tomato masak ranum (dicelur dalam air panas dan buang kulit)
1 biji lada benggala (capsicum)
1 sudu besar serbuk oregano
1 sudu besar lada hitam kisar
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
2 kiub perisa daging/ayam
ceddar atau parmesan cheese (disagat)

cara membuatnya:

daging cincang dicuci dan ditos hingga kering. rebus makaroni hingga lembut dan toskan. bawang besar dan lada benggala di dadu. bawang putih dicincang halus. blend tomato masak ranum yang telah dicelur dan dibuang kulit bersama tomato puree. cara ini tak payalah tambah air.

bubuh sedikit minyak dalam periuk. kjee guna minyak zaiton. korang gunalah minyak joyah ke bedah ker. hehehe. minyak apapun boleh. panaskan dan tumis bawang putih seketika dan bawang besar hingga wangi. kemudian masukkan daging dan masak sehingga air daging menjadi kering. masukkan serbuk oregano. kacau2. kemudian masukkan tomato yang telah diblend bersama tomato puree. kacau hinga rata dan masukkan lada hitam serta dua kiub daging yang telah dipecah2kan. kacau hingga pekat. kemudian taburkan lada bengala. kalau suka, bubuhlah sikit lagi garam. apabila sudah agak kering, padamkan api dan masukkan makaroni yang telah direbus tadi. gaul rata.

sediakan bekas untuk membakar. bubuh sedikit minyak dalam bekas tadi dan sapu keliling bekas. pastu bubuhlah campuran makaroni dan daging ke dalam bekas. ratakan elok2 dan taburlah cheese sebanyak mana yang suka.
bakar dalam oven 180 darjah selama 15 hingga 20 minit.
ketika kjee kaupkan ke dalam pinggan untuk makan, kjee tabur lagi keju parmesan.

9 comments:

  1. Kecur seh nengok!
    Anak2 mesti suka ni...
    10q kgee. Bagi idea nk masak!

    ReplyDelete
  2. mujoq masuk sini time kenyang..hehehe

    ReplyDelete
  3. ehh. tengok iklan aku kaya tadi.
    dasat k jee lipat kepala ilya ka tu..hahaha

    ReplyDelete
  4. sedapnya! saya sukalah menu kak jee ni..:)

    ReplyDelete
  5. aduuhhai! meleleh air liur eden tengok cheese melimpah2 dalam gambar ni...sedappppnya!!..zumaira

    ReplyDelete
  6. woww..bestnyerrr...balik ptg ni nak try buat la..menu tuk buke pose..i polloww kjee.. ;)

    ReplyDelete
  7. delicious-l0oking dish..
    k.jee, mtk izin post kat bl0g saya yer..
    xlupe credited t0 k.jee's blog nati..hehe..

    ReplyDelete
  8. always be my fav dish ever...
    akan d'cuba nti..yummy.. =)

    ReplyDelete