Wednesday, February 23, 2011

94. korang ingat senang ker nak kawen?

entry kali ni bukan tulisan kjee tapi fren FB kjee, mohamad salleh othman. semalam kjee gi intai2 wall orang. ntah camner tetiba sampai di wall MSO. apabila membaca tulisan dia ni, kjee terkenang kembali anak sedara unclepali yang nikah dua minggu lepas. umur baru 24 dah kawen. tak sempat nak berbakti pada emak dan ayah. tapi apa nak buat, dah jodoh kan.

kjee harap tulisan MSO akan menyedarkan semua tak kira yang lelaki ke pompuan. nadia selalu kata kalau ditakdirkan dia bertemu jodoh satu hari nanti, dia nak buat yang afdal sahaja. nikah dan buat kenduri ala kadar. sebab dia kata sekarang bukan senang cari duit. daripada membazir duit buat kerja kawen, lebih baiklah guna duit tu untuk dia mulakan hidup baru dengan bakal suaminya.

hmmm ntahlah. kjee pun susah nak komen. apapun, korang bacalah tulisan di bawah ni. kjee langsung tak pinda sebab itulah gaya dia. kjee diajar supaya menghormati gaya penulisan seseorang oleh sifu kjee, Adibah Amin. layannnn.

KAWIN
oleh MOHAMAD SALLEH OTHMAN

katakanlah ko nie fresh graduate pada usia 23 tahun, lelaki, dan start keje sebagai executive officer (engineer/accountant/pegawai dan lain lain) kat kl dgn gaji RM2000 sebulan dan sebelum nie tak penah pon simpan duit kat bank.. tetiap bulan.. setelah ditolak dari perbelanjaan makanan, pengangkutan (sama ada public ataupon motor), duit letrik, air, telepon, rumah sewa dan lain-lain keperluan.. katakan lah.. korang leh saving RM800 la biasenye..

pastu.. oleh kerana korang nie boleh dikirakan sebagai anak yg baik.. korang pon bagilah duit kat ibubapa korang lebih kurang RM300 sebulan.. tinggallah RM500 untuk korang saving untuk bulan tu.. dan lepas setahun.. dgn setiap bulan korang saving tu.. korang ade lebih kurang RM5000 duit kat simpanan korang..
pada tahun berikutnya iaitu pada umur ko 24tahun.. ko pon berjumpa dgn gadis impian ko.. ko dan awek ko nie dah berjanji dan bersetuju nak kawin lagi 1 hingga 2 tahun lagi.. ok lah tu.. bagi masa nak prepare keperluan asas untuk membina 'rumah tangga bahagia'.. rumah lagi.. dgn kereta lagi.. kan?..

pada tahun tu gak.. oleh sebab ko nie kuat bekerja.. jadi ko pon dinaikkan gaji sebagai 10%.. sebagai lelaki.. ko mesti nak pastikan yg ko ade duit untuk keluar date dgn awek kan?.. so.. 10% gaji ko pon.. ko habiskan kat awek kesayangan ko nie..

macam gak tahun lepas.. tahun nie setelah ko berpulun simpan duit.. makan meggi je.. ko dah simpan sebanyak RM5000 lagi.. jadi jumlah simpanan korang untuk 2 tahun nie dah RM10,000.. kebetulan plak pada tahun tu.. company tempat ko kerja tu banyak untung.. so dier kasi bonus 2 bulan gaji.. menjadikan simpanan korang bertambah RM4000.. jadi jumlah simpanan yg ko dah ade skang nie ialah RM14000...

ko ambik keputusan nak spend RM8000 sebagai wang pendahuluan untuk beli brand-new RM40,000 car.. jadi.. simpanan korang skang nie dah tinggal RM6000..

tahun berikutnya pada umur 25thn.. ko masih bekerja mcm biasa lagi.. tapi untuk tahun nie.. oleh sebab ko dah ade kereta.. so jumlah simpanan untuk sebulan tu pon dah kurang dan menjadikan simpanan RM400.. jadi lebih kurang RM5000 gak la setahun tu ko saving..

takde bonus tahun nie sebab company korang tak byk untung.. jadi jumlah simpanan korang kat bank ialah RM11,000. pastu.. ko ambik keputusan nak bertunang dgn awek ko skang nie.. dier kate ok.. so ko kene la beli cincin pertunangan ye tak?..

lebih kurang RM1500 telah dihabiskan untuk cincin pertunangan dan hantaran pertunangan.. so jumlah simpanan ko skang nie dah tinggal RM9,500

tahun berikutnya pada umur 26thn.. ko dinaikkan pangkat dan gaji ko pon dinaikkan sebagai 1.5 kali berbanding gaji ko sebelum nie.. ok.. berita yg baik.. ko pon pikir la nak kawin tahun nie.. sebab ko pon dah tak sabar dan gersang sangat nak kawin.. ok la.. ko kawin tahun nie..

jadi.. ko tanye kat awek ko nie.. "berapa banyak duit hantaran?.." pastu dier ckp.. "berapa-berapa u sanggup.."
ko ckp.. "RM5000 ok?? "dier jawab balik.. "I ok je.. tapi my mom tu.. dia kate grad oversea mcm I ni mana boleh letak rendah-rendah.. paling kurang pon RM10,000 tau!"..

mate ko terjegil.. .. lidah kelu tak terkata.. dan ko pengsan kat situ gak.."Kat mane lagi aku nak carik duit nie.." ko ckp dgn diri sendiri.. tapi.. oleh sebab ko dah tak tahan sangat nak kawin dgn gadis impian ko nie.. dan atas dasar "cinta".. ko kerja dgn lebih keras lagi sehinggakan pada tahun nie.. ko digelar "The Best Employee of The Year".. ko dapat 3 bulan bonus.. pastu ko pon buat side income jual ayam pencen.. so jumlah simpanan ko pada akhir tahun tu ialah sebanyak RM20,000.

ok.. skang nie ko dah 27thn.. dan cukup dewasa dan cukup duit untuk bayar hantaran perkahwinan.. tapi.. mak ko plak ckp.. "anak mak nak kawin nie mesti la buat yg grand-grand.. kita sewa khemah besar2.. jemput penyanyi ke.. artis ke.. sorang dua untuk buat persembahan.. lauk pauk kite panggil cater aje la ye?.. ala.. sorang RM10 je.. baju kawin ko.. kite sewa yang cantik-cantik dan mahal-mahal sket..

kite jemput dalam 1000 orang datang ok? "ko pon dgn pantas pon kira la perbelanjaan semua tu... "1000xRM10=RM10000, penyanyi lagi.. khemah lagi.. buta-buta je RM15,000!!! tu tak masuk cincin kawin lagi..!" pastu ko pon ckp kat mak ko.. "mak.. nak buat ape bazir duit nie.. " pastu mak ko ckp "anak mak nie nak kawin sekali je seumur hidop.. biarlah buat betul-betul.. "ko ckp.. "tapi mak.. "pastu dgn pantas mak ko potong.. "dah lah.. ko jgn nak buat malu mak.. cik tipah jiran kita tu buat kenduri kat hotel siap dato2 datin2, tan sri puan sri semua datang.. mane mak nak letak muka kalau buat kenduri kecik-kecik?.."

akhirnya.. ko pon kawin la.. tapi.. 'rumah tangga bahagia' yg ko mimpikan tak seindah yg dimimpikan rupanya.. perkahwinan ko tak dpt bertahan lama.. banyak hutang.. interest setiap bulan semakin bertambah.. dan ko tak mampu nak bayar lagi hutang-hutang ko tu..

bini ko plak dah letih jadi tukang bayar hutang.. dier tuduh ko suami yg tak bertanggungjawab.. dan bla bla bla.. akhirnya.. korang pon bercerailah..

jadi kesimpulannya..

1) perkahwinan nie sebenarnya boleh dilakukan dgn cara yg paling mudah.. tapi kat malaysia nie.. seboleh-bolehnya semua orang berebut-rebut nak buat majlis kawin yg paling grand dan membazir..
2) "Harga" bagi seorang wanita terletak pada latar belakang pendidikannya, bentuk fizikalnya dan status keluarga.. berbanding dengan pengetahuan dan kefahaman tentang institusi kekeluargaan dalam islam.. yg menyedihkan.. wanita-wanita yg baik hati.. yg taat perintah tuhan.. bagaikan "tidak beharga"
hantaran perkahwinan yg menjadi adat kaum melayu pon sebenarnya ditiru dari kaum india yg datang ke malaysia.. bile hantaran terlalu tinggi sehingga lelaki nie tak mampu.. maka perkahwinan tersebut akan ditangguh atau dibatalkan terus..
3) perkahwinan sepatutnya dilaksanakan dengan cepat dan tidak menyusahkan pasangan.. tapi harini.. perkahwinan menjadi sesuatu yg complicated.. sehinggakan orang takut untuk berkahwin.. kita sepatutnya fokus pada kehidupan selepas perkahwinan.. bukannya majlis perkahwinan tu..

Perkahwinan nie sebenarnya hanyalah sebuah "pintu" je dalam institusi kekeluargaan..

kenapa nak abiskan banyak duit dan barang perhiasan kat pintu sehinggakan perabut dalam rumah semua kosong dan gelap..

20 comments:

  1. amacam? korang ada beran ker? hehehe

    ReplyDelete
  2. Mohamad Salleh OthmanFebruary 23, 2011 at 7:51 PM

    Thanx 4 the credit K. Jee... Dh mmg di zaman alaf baru ni wang n harta benda adalah penting bg semua org rasanya kan.... (Mohamad Salleh Othman)

    ReplyDelete
  3. betul MSO. ini semua bahana tv dan majalah yang terover paparkan kisah perkahwinan orang kaya sehinggakan anak2 gadis sekarang dah jadi 'bahan jualan'. dulu dailog ini 'makcik bukan nak jual anak...' begitu lazim disebut. sekarang? 'hai rm5-ribu jer? ingat anak kita kerja kilang ker?'.
    ko fikirlah sendiri..kata nabil.

    ReplyDelete
  4. kjee nor takde dah anak2 yg nak d kawainkan....anak2 buah adele nanti kita bantu le mana yg boli..nanti nak cakap kat depa along dulu anaktunggal buat simple je jangan membazir..ade ke depa nak dengor cakap kita nanti...tengok le...norasmah

    ReplyDelete
  5. itulah nor. ramai yang teruja tengok orang lain buat besar2an. ukur baju di badan sendiri sepatutnya.

    ReplyDelete
  6. Mohamad Salleh OthmanFebruary 23, 2011 at 9:09 PM

    Btul3x... Sy sokong pendapat K. Jee... Dulu kalu letak hantaran mahal2, kita bleh kata mak bapak nk jual anak.. Skrg kalu anak keje kilang pun, dh RM7000-RM8000.. Kira RM10000 harga standart la utk hantaran zaman skrg ni... Tu pun kalu jatuh cinta dgn Minah Kilang... Kalu dgn bakal Doktor? Lu Pikir La Sndr... :P

    ReplyDelete
  7. Kjee... anak sulong saya baru lepas melangsungkan perkahwinan...sekarang majlis perkahwinan memang ribu2... memang pun rasa nak buat sederhana je... maklumlah sejak dulu memang tak berkenan majlis yang besar2.. tapi bila mertua.. ipar duai yang masuk campur.. semua jadi lain..

    ReplyDelete
  8. hopefully boleh kawen dengan belanja paling minima

    ReplyDelete
  9. em kami kawin dulu family kata bergantung pada budak2 yang bincang sendiri brp hantarannya..tak letak2 pun..ntahla..skrg ni mcm2 kan..ade sedara ni kawin, family pompuan letak tinggi sgt2..padahal lelaki tu kije gaji tak sampai seribu pun..em susah payah plak mak n bapak die yg tolong.pinjam sna sini.bukn family yg byk harta pun..tp ni la contoh kalo family yg memandang kebendaan..terpaksa pikir mana nk cr duit..brg hantarn plak nk yg kelass2 tu..tolongla..fikirla sendiri kalo terjadi kt diri sendiri..camne susahnya nak cari duit, nak kawin..

    ReplyDelete
  10. saye sgt2 stuju... ape yg penting bg saye adelah slepas kiter berkahwin... itu je... kalo mse nak kawen kite nmpak kesanggupan die, tp pas kawen die ungkit smua balik... xtahan tlinge nk dgr...ape leh buat nk jdi istri pn... asalkan sah dh ckup... sye pn dh bg cdangan kt family, andai jdoh dh smpai sok sye nk wat simple je

    ReplyDelete
  11. Errrmmm..kalo mak mentua saya satu rumah dia tukar (hehehe) tahun lpas ank lelaki dia kwin bulan april cat satu rumah..tukar set bilik tidur n yg penting tkar set langsir. Tahun ni anak prmpuan dia nak khwin pun cat lagi satu rumah n tukar skali lagi set blik tidur..(yg last yearnyer smpan kat bilk lain) last2 setiap bilik ada 2 sets) tu blum lagi g shopping kat Klantan n Langkawi lagi..kalo ikutkan pengkiraan kasar mmg kebaboomm..aduusss pening !! dia ada 6 orang anak yg blum kahwin..end up dia boley buka kedai perabot :)

    ReplyDelete
  12. Assalam kjee,

    Memang majlis skrg semua nk grand2.. lagi2 wit hantaran tu lagi tinggi lagilah bangga siap canangkan kt jiran tertangga kat situ je dah jadi riak.

    Terasa sangat rugi bila hbis riban2 tapi x sampai 10 tahun dh bercerai bukankah lebih baik buat yg afdal dan kecilan saja tapi jodoh berkekalan, yg penting persefahaman dalam rumahtanggakan.

    Eh sy nk buat N3 pasal ni dlm blog sylah hr ni kjee !!

    ReplyDelete
  13. lagi satu yang orang sekarang turut nak 'tayang' ialah door gfts. ada yang sanggup berhabisan sebab nak jaga standard konon!! kenapa tak bagi jer bunga telor cam dulu? dahlah berhabisan buat belanja kawen, bagi orang makan...pastu kena bagi orang yang datang tu hadiah jugak!!!

    ReplyDelete
  14. hmm... kalau dah letak maharnya tinggi2 hilanglah berkat perkahwinan..

    ReplyDelete
  15. dulu masa aku kawin tahun 1983, bakal mak mertua aku tanya berapa hantaran nya mak aku boleh cakap berapa je lah yang awak bagi kita terima, bila tiba hari nikahnya mak mertua aku hanya bagi hantaran RM3,500.00 je adik beradik aku punya lah mengamuk dengan mak aku, selamba je mak aku jawab, kesian kat pengantin lelaki. aku rasa masa tu dengan badan aku yang cantik dan muka yang lawo(sorry terpaksa cakap yang betul)memang tak berbaloi dan lagi dengan dia dapat bini yang rajin masak dan berkemas memang aku rasa sedih. tapi tuhan tu maha kaya aku bahagia walaupun dah 27tahun berkawin, kemana-mana dia bawak aku pergi walaupun keoutstation dan kalau ada rezeki lebih apa yang aku hendak semua dapat. sekarang dengan badan yang dah 2x lebar dia tak pernah merungut dan malu kenalkan aku dengan sesiapa je. alhamdulillah syukur sesangat.

    ReplyDelete
  16. lawak la kak shidah..tp 1 kenyataan yang boleh ambik iktibar (syaomar)

    ReplyDelete
  17. Assalam Kak Jee, seronok membaca posting2 akak. Saya copy link akak ke FB saya untuk turut dikongsi bersama rakan2 FB saya ye. Terima kasih.

    ReplyDelete
  18. silalah suraia.ayani sekiranya boleh beri manaafaat kepada semua.

    ReplyDelete
  19. hmmm...baru terbaca n3 kak jee yang ni.... teringat masa kawen masa tuh 2002... bakal suami (skang dah jadik suami) nak letak hantaran 7000 ... tapi siap ada sesi tawar menawar .. mak cakap...7000 banyak sangat... kurang jer lagi...takper... pihak lelaki kata 6000 ... pon mak kata banyak lagi... klaka sebab pihak lelaki asik dok kena tepon pengantin lelaki pasal penetapan hantaran... last2 pihak lelaki kata... "ini last 5000 .. kami tanak turun lagi.." lepas kejadian tuh... baru mak saya bgtau kenapa... sebab mak pernah berbual ngan si suami yang masa tuh bopren... dia kata... mak dier dah letak syarat... kalau takda duit...jangan cerita pasal nak kawen... jadiknya... semuanya pengantin kena tanggung dari masa merisik hingga kenduri kendara ... jadik duit salam keruk..mak dier takkan amik sesen pon... semua akan diserahkan kembali pada pengantin... tuh yang mak saya tanak hantaran tinggi2.. sebab mak kata... 5000 duit sahaja... barang barang dulang nak kena beli..kenduri belah lelaki... pengantin kena tanggung sendiri... sumer guna duit.... alhamdulillah..selesai majlis... suami masih ada baki duit 2000 di tangan (tak termasuk salam keruk) dier dah kata... duit ni la nak pakai lepas majlis..sementara nak tunggu gaji.... saya sangat2 puashati... majlis perkahwinan saya sumernyer urusan tunai..takda utang..selasai majlis..kepala tak sakit...

    ReplyDelete