album cik google |
Malam tadi Kjee sanggup duduk depan PC sampai kul 4, ingatkan kalau masuk tidur lepas kul 4, tak akan kena ganggu. Isyhhh silaplah. Kena jugak. Terkebil2 sampi kul 6 pastu lepas subuh, cuba tidur. Dapatlah dua tiga lelap. So now mengantuk. So harap dapatlah 40 lelap (40 winks) Hehehe.
Entah kenapa sebelum nak tidur, teringat lak nak tulis entry pendek ni. Ni pasal ramai sangat budak2 muda (yang lelaki dan bujang) kahwin dengan Miss J. Baik Miss J di kalangan artis atau selebriti atau Miss J 'rakyat biasa'. Ewah.
Mungkin ramai tak tahu apabila si bujang kahwin dengan Mak Jan (Miss J), maka akan bertambahlah populasi Mak Esah (bomoh). Mak Esah ni terma sebilangan artis untuk istilah Bomoh.
Masa Kjee kecik2 dulu arwah Bonda kata, kalau seorang Miss J kahwin dengan anak bujang, maka Miss J tu akan mendapat gelaran segera sebagai Tok Moh. Insya Allah, jampi serapahnya akan menjadi penawar terutama sekali untuk mereka yang terkena kayap. Kayap tu sejenis penyakit kulit yang omputih panggil Shingles (betul ke ejaan).
Suruh jer Miss J yang bersuamikan budak bujang tu jampi segelas air. Sukatilah dia nak baca ayat apa yang dia tahu. Pastu minum sikit air yang dijampinya itu dan Miss J tu sembur kat tempat pesakit tu kena kayap. Khabarnya, mujarab.
Kjee pun terfikir2. Selain diri sendiri (ewah kita pun kahwin teruna tau), nama2 yang terlintas di fikiran Kjee termasuklah beberapa kerat artis. Tapi tak beranilah tulis nama mereka. Karang tak tentu pasal aku kena 'sembur' pulak dengan mereka. Tetapi yang bakal masuk senarai ini tentu Ana Dahlia.
So kalau korang terkena kayap atau ada kengkawan yang terkena penyakit ni, tahulah korang nak cari siapa kan? Kjee cuma bagi info jer. Tapi kalau nak singgah pondok Kjee mintak sembur pun, no hal.
Okay. Dah ngantuk sangat. Tumpang lalu.
btw kak jee.. suka baca blog kak jee ni...bersahaja je menyampaikan maklumat serta is-isu yang hendak diketengahkan.. suka2!!!
ReplyDeletesalam adik. itulah tujuan kjee. tulis simple2 supaya orang senang faham, otak senang tangkap. itulah cara wartawan dilatih. hehehe
ReplyDeleteteringat gurauan kawan yg kene kayap masa eira fazira baru kawin.. kwn tu kata hanya eira fazira jer yg boleh ubat sakit dia.. hahaha.. padahal kt sek tu ada jugak kwn yg sama tajuk cete kak jee ni..
ReplyDeletekjee, betol la... saya ade gak dengar cite pasal penyembuh kayap jenis ni... hehehehe... tp mujarab ke idak, x la brape pasti kan...
ReplyDeleteSalam jee aku nak suruh ko sembur boleh?
ReplyDeletebiaq betoi....
ReplyDeletehehehe .. janda bukan sebarang janda .. janda muda ada benda ..
ReplyDeletebukan bujang kawin janda saje bujang kawin janda emak kawan pun ade berlaku .he he asalkan masih ummm....
ReplyDeletex semestinya kak jee,kdg2 jodoh,duda kahwin dgn anak dara x ada pulak jd mcm ni
ReplyDeleteSalam Kak Jee.. Saya merupakan silence reader kak jee.. saya baca semua kak jee pnya post dari awal lagi.. pasal Miss J kawin teruna ni memang betul Kak jee.. sebab Makcik saya merupakan Miss J dan kawin dengan seorang teruna.. dan dengan kuasa Allah dia memang boleh ubatkan kan orang sakit Kayap..
ReplyDeleteSalam sy juga miss j dulu yg tlh betkahwin teruna..dn sy pnh ubatkan 2 org yg terkena kayap alhamdulillah mungkin kelebihan ni sy dpt menoling org yg memerlukan..kayap hampir membelit badan ,org panghil kayap ular dn dh g rawatan doktor xbaik juga makin membelit dn makin berair ..akhirnya ikot petua org tua ,jd mereka mtk tlg sy,alhandulillah dgn kunyahan air sirih dn disembur atas bdn pesakit.esok nya kering dn dlm 3 ari beransur baik..alhamdulillah sy dpt tlg org..
ReplyDelete