Friday, October 7, 2011

JAGA2 KALAU MAKAN DI LUAR

album cik google
Sukar sebenarnya kita mahu memastikan kebersihan di tempat makan awam. Selalunya apabila memasuki sesuatu restoran atau gerai, mata Kjee memang liar memandang serata tempat makan itu sebab bimbang terjadi perkara yang tidak diingini atau lebih tepat lagi food poisoning (keracunan makanan).

Ramai kengkawan kata jangan pergi kedai mamak. Sebilangan besar mamak tidak mengamalkan kebersihan yang sepatutnya. Ada lah agaknya sekali dua Kjee, Unclepali atau Nadia terkena food poisoning setelah makan di kedai mamak tapi taklah kerap sangat.

Tapi Kjee cukup hati2 apabila makan rojak mamak di gerai di Anjung Melawati, Taman Melawati. Dalam 10 kali makan, 6 kali Kjee kena diarrhea (cirit). Tapi silap sendiri kan? Dah biasa kena diarrhea tapi gatal jugak pergi beli, so sendiri mau ingatlah. Camner nak buat kalau rojak dia best sangat. In fact, boleh Kjee kategorikannya sebagai Best in KL!

Kemudian masa gi JB hari tu, dalam masa tercari2 kedai makan tak jumpa, kami singgah di satu restoran mamak  (E&Y) kat bandar. Dah banyak kali round, perut pun dah keroncong so terpaksalah berhenti makan kat situ. Nampak makanannya memang menyelerakan. Tetapi malangnya, nasi briani yang dihidangkan tidak menepati citarasa Kjee.

Masa tengah makan, mata Kjee menilau tengok persekitaran restoran. Bolehlah lah tahan cuma tak suka pekerjanya menyapu lantai masa kami makan!  Kjee kemudian ternampak nun di satu sudut, seorang pelayan sedang menuang air gula (warna putih) ke dalam gelas. Kemudian dia capai botol pewarna (yang belum dimasak) dan dititiskan ke dalam gelas yang mengandungi air gula tadi. Kemudian dia kacau2, bubuh sikit air, ais dan straw. Kemudian terus dia hantar ke pelanggan yang duduk di meja sebelah Kjee. Sedap pelanggan itu sedut air sirap!! Kembangnya tekak!!

Itulah stail kedai mamak. Kjee pernah tengok mamak di sebuah restoran di KL, campur air paip dengan sedikit air panas ketika buat air suam! Sebab itu Kjee tak pernah bagi Nadia atau Unclepali order air suam di kedai mamak!

Tapi jaga punya jaga, akhirnya kami sekeluarga kantoi masa makan kat Restoran Ali Tomyam, malam Isnin lalu.

Nadia nak makan mihun tomyam. So lepas jemput dia balik dari kuliah, kami balik rumah dan selepas Isyak, kami ke sana. Makanan di Ali Tomyam memang pedas maut. Dah banyak kali kami makan tapi tak pernah komplen tahap kepedasannya yang kekadang melampau.

So esok, hari Selasa, pagi2 Kjee dan Unclepali pergi seminar. Perut langsung tak meragam. Malah, berselera betul Kjee makan pasta kat coffeehouse Hotel Flamingo.

Nadia kat rumah sorang2 makan maggie jer. Dan apabila kami balik kira2 jam 3 petang, Kjee tengok Nadia mula demam dan sakit perut serta muntah2, Kami blame maggie yang dia makan. Namun yang pelik kalau maggie yang disalahkan, kenapa pulak Kjee dan Unclepali jugak diarrhea petang tu?

Malam tadi, tetiba Kjee flashback dan trace di mana kami last makan bertiga. hah, dah sah dah kat Ali Tomyam. Heran jugak yer. Restoran tu nampak bersih. Namun kita tidak tahu apa yang terjadi di dapurnya. So for the time being, no more Ali Tomyam. Sampai bila? Wallahualam.

Kjee sudah beransur pulih tetapi lemah . Nadia masih lemah teruk dan terlantar.  Tak tahulah samada nak bawak dia ke klinik lagi.

8 comments:

  1. semoga cepat sembuh ya nadia..arwah mak saya dulu selalu suruh saya minum air coke yang tak masuk dlm peti ais kalau nak elak cirit birit..pelik kan kjee?tapi selalunya teknik ni menjadi..kalau cirit birit ringan lah sebelum nak ke hospital tu..

    ReplyDelete
  2. baru plan nak pegi ali tomyam this weekend..kensel lah...apa pun semoga k.jee & family cepat sembuh

    ReplyDelete
  3. eh janganlah camtu. mungkin nasib Kjee sekeluarga tak baik malam tu.

    ReplyDelete
  4. KAK JEE..
    MAK SAYA TAK SUKA SUNGGUH KALAU SINGGAH KAT KEDAI MAMAK..X LALU NAK MAKAN KATANYA..

    KALAU DIPERHATI BETUL2 KAT MANA2 KEDAI PUN MESTI ADA PERKARA YG TAK MENYENANGKAN HATI KITA

    DAH BAIK KE BELUM NI?MOGA CEPAT BAIK YER

    ReplyDelete
  5. Moga segera sembuh Kak Jee sekeluarga, Amin.

    ReplyDelete
  6. Pedas sangat kot....saya kalau nak makan tomyam siap pesan tak mau pedas/cili..tapi berapi gak masa makan...saya ni tak boleh makan pedas sebab nanti perut senak pastu gi toilet keluar darah jer....

    ReplyDelete
  7. semoga kak jee dan family cepat sembuh.
    bila dengar kes mcm ni rasa mcm nak masak je
    simple2 pun tak pe kan..
    cuma bila balik kerja...penat..tu menyebabkan
    beli dan beli kat luar tu .

    ReplyDelete
  8. Kak Jee, sy dulu p pernah satu family kena cirit-birit & muntah2. Sebenarnya bermula dr anak buah yg dpt dr nursery dia. Last2 satu family kena. Semua lembik tp cam ikut turn lak. Kata adik sy yg kerja pharmacist, mmg berjangkit sbb bakteria merebak melalui sentuhan. Walau kita x mkn menda yg sama.

    ReplyDelete