Masa belum masuk oven dan belum bubuh jem |
Akhirnya, Kjee merajinkan jugak diri ke dapur untuk buat muffin rasberi macam yang Che Mat Gebu buat ari tu. Memang lama dah teringin nak buat sebab Kjee ada jem yang diberikan oleh anak sedara Kjee, Aimran, masa dia balik dari London hari tu.
Memang sedap. Cuma Kjee ni gatal sangat pergi kurangkan gula sikit (takut manis sebab kan ada jem), hah jadilah hasilnya tawar sikit. Tapi tak per. It's good for my health, you know. Weh dah makan muffin, cakap omputih lak. Hehehe.
Anyway, Kjee buat ni pun sedang nak menerai samada ramekins yang Kjee beli (yang ni Kjee guna paling kecik saiz 2.5") boleh ke tidak masuk oven. Hah gerenti tak pecah melainkan kalau korang hempaskan ke lantai. Kalau pecah masa masak, mau nya aku kena saman.
So, pesan Kjee kalau korang nak buat, jangan pepandai nak kurangkan gula atau bahan2 lain kalau tuan punya resipi tak kata apa2. Pepandai jer Kjee tadi. Nasib baik jem ada banyak. Boleh sapu jam sambil makan macam makan scones. Hah itu pun belum buat lagi.
Kjee copy paste resipi Che Mat yer. Thnx Che Mat.
BAHAN-BAHANNYA :-)
125 gram mentega
3 biji telur
120 gram gula perang @ soft brown sugar
200 ml susu segar
360 gram tepung gandum*
15 gram baking powder*
Secubit garam*(*disatukan dan kacau rata)
1 camca teh esen vanilla
Jem raspberry secukupnya
CARA MEMBUATNYA :-)
125 gram mentega
3 biji telur
120 gram gula perang @ soft brown sugar
200 ml susu segar
360 gram tepung gandum*
15 gram baking powder*
Secubit garam*(*disatukan dan kacau rata)
1 camca teh esen vanilla
Jem raspberry secukupnya
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan oven pada suhu 175C, alas tin muffin berlubang 12 dengan paper cup. Ketepikan. Sementara itu, tepung dimasukkan ke dalam mangkuk besar, buat lubang di tengah2 tepung tadi.
- Dalam mangkuk pengadun, satukan mentega, gula perang, susu, telur, esen vanilla dan garam, putar pada kelajuan sederhana selama 2 minit.
- Kemudian tuang ke dalam tepung tadi, gaul hingga sebati, tapi jangan gaul lama sangat. Cukup semua bahan sebati dan mesra. Isi adunan dalam bekas muffin tadi, sudu kan 3/4 camca teh jem raspberry.
- Bakar selama 25 minit atau hingga masak. Keluarkan muffin dan sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan untuk minum petang.... Selamat mencuba...
Jee nak sikit, hehehe rajin betul kakak aku ni.
ReplyDeletekjee,salam...jem tu letak atas adunan(selepas dah ada dlm bekas cupcake) atau in between adunan tu?maksudnya,letak stgh adunan,letak jem dan kemudian top up adunan lagi?thanx k.jee...
ReplyDeleteshelly
shelly, tadi Kjee bubuh kat atas adunan dalam cupcake sebelum masuk oven. actually kalau bubuh sikit adunan, pastu bubuh jem dan cover lagi dengan adunan pun okay.
ReplyDelete