Saturday, February 26, 2011
100. steamboat menu sihat hujung minggu
steamboat adalah makanan kegemaran kami tiga beranak setiap hujung minggu. banyak tempat orang rekemen tapi kjee ni cerewet sikit bab sup dan juga pilihan seafood dia orang. ada yang buat secara buffet tapi yang dilebihkan fishball.
steamboat yang paling sedap pernah kami rasa ialah di Kelana Seafood. punyalah generous dia orang hidangkan seafood secara buffet. sebut saja semua ada. tak de limit lak tu. eat till u drop. malangnya, kelana seafood kat kelana jaya tu dan bangkerap. itulah, kalau meniaga murah hati sangat kan?
masa kecik2 tu arwah mak selalu bawak kami makan steamboat di belakang stadium negara. sekarang dah tutup.
lepas kelana seafood tutup, kami pun merayau2 lah cari port lain tapi semua tak menepati selera. oleh kerana tak der pilihan, pergilah jugak kat restoren seafood pulau ketam kat Ikano. lama2 baru terasa kesedapannya dah berkurangan. dia sediakan dua sup iaitu tomyam dan sup ayam. yang tomyam tu boleh buat keluar asaplah kat telinga mahupun hidung. pedas maut!!!
steamboat favourite nadia kat hotel titiwangsa, cameron highlands. selalu dia merengek ajak papa dia ke sana. tapi unclepali ni kureng sikit bab bawa kereta ke tempat tinggi. so tunggulah kau nadia sampai pakwe ko bawak nanti. eh bukan pakwe...bahaya...suami hehehe.
hari ni memang tak der plan langsung nak buat steamboat. masa dalam perjalanan ke supermarket Hero tadi, terlintas lak kat otak nak buat steamboat. semua setuju so apa lagi, penuhlah trolley kecik dengan bahan2 steamboat dan stok ikan selama tiga empat hari.
sup untuk steamboat ni, kjee buat yang paling basic. inilah resipi ori steamboat. sekarang dia orang dah pelbagaikan cara memasak sup steamboat termasuk buat ala tomyam. jom kita tengok bahannya.
bahan2an untuk sup:
1 rangka ayam
1 batang carrot
3 batang (stalks) seleri
2 kiub ayam
air satu periuk
Cara buat sup:
Bersihkan rangka ayam dan masukkan ke dalam periuk bersama carrot, daun seleri dan kiub ayam. bubuh sedikit sahaja garam ataupun sos ikan. kemudian rebus guna api sederhana selama dua jam. lepas sejam, kecikkan api supaya air rebusan tidak kering. titiskan sedikit minyak bijan. jangan banyak sangat nanti kuat lak bau dia. kemudian asingkan sayur2 tadi dan ambil sup masukkan ke dalam rice cooker. kalau ada periuk steamboat, masukkan dalam periuk steamboat dan letak atas dapur kecik dan bubuh atas meja. kjee ada dapur kecik yang pakai gas dalam tin tu tapi tadi malas dan guna periuk nasi. nak tunggu panas memang lama walaupun masa rebus tadi dah cukup mengegelak. kalau guna periuk nasi, jangan lupa pasang karan tau. pastu tak payahlah ajor korang nak buat apa kan?
untuk bahan2 steamboat, terserahlah kepada kesukaan masing2. tadi kjee bubuh lala, undang, sotong, meatballs, fishballs, isi ayam, taufoo jepun, taufoo scalops, telor puyuh, cendawan dan sayur2an. daun seleri pun kjee petik dan bubuh bersama salah dan sawi jepun yang kontot2 tu. semua terserah kepada tekak masing2. nak bubuh kepah ke ataupun ketam, boleh saja.
setelah semua bahan2 steamboat siap dibersihkan dan dicuci, susunlah atas dulang ke atau pinggan. apabila sup didalam periuk nasi dah melegak, masukkan dulu bahan2 yang keras. kjee masukkan meatballs tadi. udang dan lala boleh bubuh last.
untuk sos cilinya, kjee kisar 2 ulas bawang putih, 1 inci halia dan 7 biji cili merah. kjee bubuh sedikit air sup ayam tadi ke dalam blender dan trrrr sampai halus. oh ya jangan lupa bubuh sedikit gula dan garam. ada orang bubuh cuka tapi kjee gastrik so taklah bubuh. ala sama jer rasanya. kemudian trrrr lagi sampai puas hati. tuang dalam mangkuk.
masa nak hidang, bubuhlah sedikit sos cili ke dalam mangkok dan kauplah bahan2 yang telah direbus dalam periuk tadi. kena siapkan kipas angin kat sebelah sebab bukan sup jer yang panas dalam mangkuk tapi kita pun berpeluh2.
oh ya ada orang suka di hujung makan bubuh pulak maggie kering ataupun mihun/mi. biar masak sikit barulah kaup bubuh dalam mangkuk. selain itu last sekali pecahkan jugak telor ayam sebjik.
emm.. mmg steamboat best... baru berangan2 nak mkn minggu lepas tp tak jd sebab buat benda lain.. cz mkn aritu tak puas..kna masuk list balik smula ni utk minggu depan punya menu..heheeh..skang ni msh try utk mendapatkan rasa sos yg mcm kat johnny's tu.. lom tercapai tahap nyer lagi..
ReplyDeletesedap nya steamboat aku pun suka tapi jarang dapt makan sbb SB tak suka, selalu gadoh kalau ajak makan steamboat. minggu ni kat sini ada 4 jemputan kawin, gilerlah sekarang orang kawin tak ikut musim ke? nak merayau KL pun tak dapat.
ReplyDeletetulis jer apa2 resepi....nanti bila senang2 mesti kita baca....insyaallah ada yg berkenan nanti kita ikut
ReplyDeleteT kasih. Nak cuba la resepi ni. Senang dan kena citarasa saya
ReplyDeleteNak cuba resepi ni kak...tq
ReplyDelete