Monday, September 28, 2026

Innalillahiwainailaihirajiun





 ‎اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَجِعُوْنَ 

“Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada-Nya kami kembali”. 

‎أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَها وَارْحَمْها وَعَافِها وَاعْفُ عَنْها وَأَكْرِمْ نُزُلَها وَوَسِعْ مَدْخَلَها

“Ya Allah, ampunilah baginya dan kasihilah dia dan afiatkan dia dan maafkanlah kesalahannya dan muliakan kedudukannya dan lapangkan kuburnya"

Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin

Butiran Allmarhummah: FAUZIAH BINTI ABDUL SAMAD

Umur :  71 TAHUN 

Alamat Terakhir :  LOT 3436A. LORONG SETIA 12, KG SETIA. 48050 KUANG. 

Lokasi & Masa Meninggal Dunia : 

DI  LOT 3436A. LORONG SETIA 12, G SETIA. 48050 KUANG. 16.00H  27.9.2026

Sebab Kematian : SESAK NAFAS 

Pengurusan jenazah akan di laksanakan di SURAU KG SETIA pada jam 08.30H 28 .9.26 dan seterusnya akan disolatkan di Surau Jumaat Kg Setia pada +- jam 10.30H 28.9.26

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu 17

Sama-sama kita doakan semoga Allahyarhamah ditempatkan di kalangan orang² yang beriman dan semoga rohnya dicucuri rahmat. 

Semoga keluarga arwah sabar menerima ujian ini dan ditinggikan darjat. Amin.

Al-Fatihah... 

بِسْمِ  ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاك نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞‎ 

آمــــــــــــــــــينَُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن.

Terima kasih.

Yang benar,

PENGURUSAN KHAIRAT KEMATIAN, KG SETIA 

"Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke  atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia."

آَمِيـٍـِنْ آَمِيـٍـِنْ آَمِيـٍـِنْ يَآ رَبَّ آلٌعَآلَمِِيِنْSalam takziah kpd seluruh ahli keluarga arwah

Monday, September 21, 2026

kuih muih

CAMNER GORENG KARIPAP JADI LICIN









Dah banyak kali Kjee buat karipap dan masukkan dalam blog ni. Malu pulak asyik ulang tayang jer. Tapi yang buat Kjee nak buat entri kali ini sebab ada yang tanya macam mana Kjee goreng nampak licin. Tak mengerutu macam bulan purnama!

Memang ada cara atau trick nya. Kjee cukup hati-hati apabila nak goreng karipap. Cuma kekadang bila giliran UnclePali bantu goreng, maka terjadilah ia mengerutu. Orang lelaki jarang sabar bab menggoreng ni. Asal minyak panas dicampakkan jer karipap ke dalam kuali.

Memasak sebenarnya, perlu dilakukan dengan penuh kasih dan sayang. Macam kita belai orang yang kita sayang.

Ok bab karipap pulak. Nak resipi buat karipap, KLIK SINI.





Kalau korang rasa cantik, kena puji sebab my asben yang kelim semuanya tau. Hehehe



























Senang jer nak dapat hasil karipap yang licin dan menarik. Ketika menggoreng, minyak tak boleh terlalu panas. Panaskan minyak dalam kuali. Apabila sudah panas, selalunya, Kjee perlahankan api dan tunggu seminit dua sehingga suhu dia turun.

Lepas tu baru Kjee masukkan karipap ala-ala manja satu persatu. Jangan main campak jer. Pastu jangan asyik nak terbalikkan jer. Tunggu sampai bahagian bawah agak-agak keemasan, baru diterbalikkan. Guna api sederhana saja sepanjang masa! Bila dah elok keemasan, barulah ditoskan atas kertas tisu dapur.

Ada orang guna surat khabar. Janganlah... surat khabar tu tak bersih sebenarnya. Dakwat yang dia orang guna, tak baik untuk kesihatan! Baca SINI. Kjee kan pernah kerja sok khabar.

Itu jer lah tips untuk mereka yang nak tau camner nak dapat hasil gorengan karipap yang lawa. Kjee pun kadang-kadang dapat hasil karipap yang tak lawa jugak. Ikut mood. Rasanya yang goreng arini pun tak perfect sangat. UnclePali yang goreng. Hehehe.





Friday, September 4, 2026

spaghetti /pasta

MAKARONI GORENG


     Bila lah nak berakhir pandemik ni. Tiap hari pening fikir nak masak apa. Kalau tidak, bolehlah makan kat luar. Rindu nak lepak-lepak sarapan kat rest mamak, warung nasi lemak dan semua yang sewaktu!
      Mujur tiap hari ada aje idea lalu lalang kat FB. Dan kali ini dapat idea dari Shagim. Makaroni Goreng. Sebelum tidur malam tadi fikir-fikir apa protein ada dalam freezer. Dah hujung-hujung bulan, freezer dah kosong. Eh jap! Ada minced beef! Cantikkkk!
     So lepas Subuh tadi, Kjee langkah dengan penuh gaya ke dapur. Ewah. Keluarkan makaroni. Ada semangkuk kecil. Keluarkan minced beef, frozen peas, baki jagung dalam tin dan sambal tumis. Cukup lengkap dah. Oppppsss Parmesan Cheese! Itu pelengkap.
     See I told you all selama ini betapa pentingnya buat Sambal Tumis pastu bekukan! Masa macam nilah, it'll come in handy!!
      

     Mula-mula Kjee rebus makaroni. Kat paket kata 8-10 minit. Letak garam dalam air. Dah mendidih baru masukkan makaroni. 
     Pastu rendam daging cincang dan toskan. Panaskan kuali. Letak minyak sikit aje. Kemudian letaklah berapa banyak sambal tumis. Kerana ia beku, ambil masa sikit untuk cair. Api sederhana aje ya. Takut sambal tu hangit.
     Makaroni dah siap. Padam api. Masukkan daging dalam kuali. Kacau-kacau. Kjee amik segenggam kacang peas frozen dan masukkan dalam periuk makaroni. Tak payah hidupkan api. Seketika aje.
     Daging dah masak, kaup makaroni bersama kacang peas masuk kuali. Gaul rata. Letak juga jagung. Ikutlah banyak mana suka. Kalau rasa kering sangat, letak satu senduk kecik air rebusan makaroni. Hati-hati air tu dah ada garam. Sambal pun dah cukup rasa.
     Kacau-kacau sampai semua bahan sampai mesra. Siap. Masa nak hidang, tabur Parmesan Cheese kalau suka. 
     Kalau tak ada minced beef, boleh letak ayam, udang ataupun sotong. Kalau tak ada langsung, telor pun jadi. Sayur pun ikut ada aje lah. Kjee pernah guna sawi yang Kjee potong halus-halus. 


     Abaikan Parmesan Cheese yang terlebih tabur. I like. 😁