norazelin dah hafiz bersama diana. danish dan aqila leow |
bercerita mengenai tahun baru cina ni, arwah maklah yang paling sibuk kalau tiba perayaan ini. dulu kami tinggal di 'lubuk' orang cina belakang chong hwa high school . batu 3¾ jalan gombak. tak tahulah kjee kenapa dalam banyak2 tempat, bapak pergi cari rumah sewa di kawasan 100% orang cina. adik bongsu kjee (prof dr merdeka fazila kini dekan fakulti bisnes dan akaunting Universiti malaya), juga bersekolah cina di kawasan berhampiran.
masa tinggal di sana pada tahun 1969, tercetuslah peristiwa 13 mei. korang bayangkan, kami satu2nya keluarga melayu tinggal di situ. ada kira2 40 keluarga cina.
petang tu, kami sedang rehat di rumah. rumah kami sebelah atas sederet rumah dua tingkat yang bawah orang lain sewa. tetiba dengar kecuh kat luar. mak jenguk kat luar. nampak orang2 semua sedang berlari-lari. kecuh. mak suruh adik kjee pergi dengar apa dia orang cakap. hanya fazilah yang tahu cakap cina. tetiba fazilah, yang masa tu kecik sangat kata ada rusuhan. orang melayu lawan sama orang cina!
kami semua panik. jam tu jugak arwah mak tetiba rasa nak pengsan.. muka bapak pucat. toreh tak berdarah! bapak jenguk kat balkoni. dia nampak dua tiga orang jiran kami. jiran kami suruh duduk diam2 kat rumah. masa tu mak dah demam. orang sibuk nak tahu apa terjadi, dia mengigil2 lak atas sofa depan.
kami intai dari atas dan nampak beberapa lelaki muda dan tua sedang mengasah batang paip di tengah2 jalan. nak jadikan macam buluh runcing. tak berapa lama lepas itu, pintu rumah kami diketuk. mulanya mak tak bagi bapak bukak. sampaikan dia histeria ketakutan. tapi bapak tenang. dia pasrah sekiranya kami sekeluarga mati.
bapak buka pintu dan dua jiran cina kami masuk. bapak memeluk mereka. mereka beritahu bapa supaya tidak perlu susah hati. seandainya apa2 terjadi, keluarga kami akan dijaga sebaik2nya. seandainya ada orang luar masuk dan cuba kacau kami, mereka terlebih dulu kena berdepan dengan jiran2 kami.
begitulah baiknya kesemua jiran kami ketika itu. mereka turut menghantar bekalan makanan kepada kami. kami dapat berguni2 kentang dan quaker oats. sebenarnya masa timbul kekecuhan di KL, beberapa lori yang sedang membawa kentang dan quaker oats ketakutan dan berlindung di kawasan kami. kalau tak silap nama kampung itu ialah kampung chung hwa. jiran2 kjee cilok kentang dan quakers oats dan bahagi2kan kepada semua orang kampung kami.
esoknya, satu terak askar datang ke kampung chong hwa. rupa-rupanya datuk kjee yang tinggal di kampung baru membuat laporan polis anak, menantu dan cucu2nya mungkin terperangkap di kampung chong hwa. bapak kjee menolak dengan baik pelawaan pegawai tentera itu untuk keluar dari kawasan itu. bapak yakin hidup kami lebih selamat di situ. askar2 tu pun beredar dari situ.
hafiz bersama danish dan aqila leow |
sejam kemudian, suami jiran kami balik. kemudian mak dengar kecuh2. kami keluar. suami jiran itu beritahu isterinya sudah mati!!! mak terkejut. mak kata tadi mak pegang kaki dia panas. suami dia kata isterinya mungkin ketika itu baru sahaja mati! takutnya mak masa tu.
malam itu, bapak tolong jiran2 cina kami menaikkan kemah dan buat sambungan letrik untuk lampu2 bawah kemah.
kerana itulah, mungkin jiwa kami sekeluarga selamat. mereka sebenarnya tidak menganggap kami orang asing. kami dianggap jiran 1 Malaysia!
dan lama selepas 13 mei, kami sudah berpindah ke petaling jaya. tetapi setiap tahun baru cina, maklah yang paling sibuk masak. buat kek, buat kuih tart buat rendang untuk diberikan kepada kawan2 cina beliau. itulah pengalaman paling manis. kami adik beradik terima berbakul2 limau mandarin dan angpow.
baru2 ini kjee pergi ke kampung chong hwa. rumah kami zaman itu sudah dirobohkan dan digantikan dengan apartmen dan kondominuim. kjee ralat tidak dapat menemui semua jiran2 yang telah 'menyelamatkan nyawa' kami sekeluarga dulu.
GONG XI FAA CHAI SEMUA YANG MENYAMBUTNYA ESOK. SELAMAT TAHUN BARU CINA JUGA KEPADA ADIK IPAR KAMI HAFIZ LEOW KON SEONG.
Gong Xi Fa Cai juga untuk biras kak jee tuu = 恭喜发财
ReplyDeletedia kat kampung isterinya di kuala selangor.
ReplyDeletesemuga lin dgn husband bahagia bersama keluarga tersyg di tahun baru cina ni...(classmate lin 2000-2001 SMK sg besar)
ReplyDeleteterharu saya dgn semangat kejiranan yg ada pada jiran2 kak jee..semangat 1 malaysia dulu lagi tebal dr skrg!
ReplyDeleteassalam kjee,mengenang kembali masa 13 mei,69.kami masa tu tggl di kg baru dan ayah saya telah di tahan oleh sekumpulan pemuda melayu..ini semua gara2 wajah ayah saya persis lelaki cina..hehe..saya pun dengar cerita mak je..umur saya pun baru 5 thn masa tu..
ReplyDeleteya kjee masih ingat anymz...pakcik2 kjee ada cerita macam2 tapi terlalu sensitif untuk kjee tulis di sini.
ReplyDeletebuangkan yang keruh, ambil yang jernih. kita harus positif dan sama2 menyambut seruan dato seri najib untuk kembalikan semangat 1 malaysia.
kjee nor ada ceta kesah trgis 13mei ..tapi bak kata kjee sensitif...nor ingat kejadian yg berlaku dan terjadi 2 ....3 hari sebelum peristiwa tu walaupun masa tu nor baru 3 tahun..norasmah
ReplyDeleteActually kan Kjee, apa-apa kaum pun, mereka ni manusia juga. Ada hak untuk hidup di muka bumi Allah in sebab Allah yang ciptakan kita semua kan.. Jadi, kita perlu bersangka baik sesama manusia supaya tidak timbul pertelingkahan. I make friends with everybody regardless of their races, religions, skin colours...
ReplyDeleteGONG XI FA CAI!!!! thanks kjee...hihihi segan plak hafiz..malu2 arnab dia tgk gambar dia kat blog kak jee..:D TAKUTNYE DGR KISAH 13 MEI..apa lagi org yg mengalaminya ..harap2 malaysia aman selama lamanya...yg penting kita kena tanamkan semangat 1 malaysia pada anak2 supaya mereka menghormati semua bangsa..
ReplyDeleteGong Xi Fa Chai kepada semua kawan2 yang menyambutnya! anak saya dulu saya sekolahkan di sjk (c) subang dan walaupun dia kini sudah 2 tahun bersekolah menengah, saya tetap meningatkan nya, 'jgn lupa ucap cikgu2 selamat tahun baru' , 'keep in touch dgn kgkawan2 sek rendah dulu', . adap yang baik dikekalkan, hubungan yang mesra dieratkan.
ReplyDeletebest lah dengar pengalaman kak jee.. ras amacam nak buat filem je..
ReplyDelete